16 July 2020

Resepi Cara Masak Mee Goreng Basah Bajet Yang Meletup Sedap

Salah satu makanan kegemaran aku adalah mee goreng. Aku suka buat yang basah-basah sikit. Bukan terlalu berair cuma lebih sikit basahnya. Barulah sedap apabila bahan-bahan rencahnya terasa kebasahannya dalam mee goreng tu. Tapi bahan iringan selalu tak cukup apabila aku nak masak mee goreng basah ni. Jadi aku buat yang stail bajet je lah!

Mee Goreng Basah Bajet Yang Meletup Sedap
Mee Goreng Basah Bajet Yang Meletup Sedap

Tak ada ayam atau daging dalam mee goreng yang aku buat ni. Udang dan sotong pun tak ada. Ada tidak. letak hanya telur, kek ikan dan sedikit udang kering untuk penyedap rasa. Selain itu sayurnya adalah 2 pokok sawi yang di patah-patahkan kecil saja. Namun begitu rasanya tetap meletup sedap,



Buat versi bajet macam ini pun  suami dan anak-anak dah bagi markah penuh 5 bintang. Anak-anak memang suka aku buat mee goreng basah ni. Tak kisah masak stail macam mana pun. Kalau masak  dengan pelbagai bahan yang mencukupi apatah lagi akan kesedapannya... Kan!

Resepi Cara Masak Mee Goreng Basah Bajet Yang Meletup Sedap


Bahan-bahan: 

1 kg mee kuning
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih 
3 sudu besar cili kisar
2 sudu makan udang kering
2 keping kek ikan
2 pokok sawi
2 biji telur
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
3 sudu besar kicap manis
1 sudu makan pes asam jawa
1/2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
1/4 dari seketul kiub ayam - jika suka

Cara masak mee goreng basah: 

Bawang merah, bawang putih dan cili kering setelah di hiris dan di bersihkan, di tumbuk lumat.  Kek ikan di  hiris nipis. Pokok sawi di patah-patahkan dan di carik-carik daunnya.

Panaskan minyak di kuali dan tumiskan bahan tumbuk sehingga naik bau dan kekuningan. Masukkan cili kisar dan goreng hingga hampir garing. Seterusnya masukkan sos tiram, sos cili dan kicap manis. masukkan juga pes asam jawa dan air. Di waktu ini masukkan juga kiub ayam jika suka.

Seterunya apabila bahan di kuali telah mendidih, masukkan kek ikan dan sawi. Seterusnya pecahkan telur ke dalam kuali. Biarkan sekejap bagi telur membeku sedikit, masukkan mee kuning. Kacau semua bahan sehingga sebati.

Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Pastikan semua rasa mee goreng basah ini mencukupi, barulah boleh dia angkat dan di hidangkan. Selamat menjamu selera... !

Sedap bag hang.... Kalau tak percaya, silalah mencuba resepi masak mee goreng basah bajet ni. Senang pun senang, sekejap saja sudah terhidang di atas meja untuk santapan sekeluarga tau. Semestinya tak menggunakan banyak bahan yang renyah dan susah.  Jimatttt!!!

Nak dapatkan pelbagai resepi menarik di blog ini, klik SINI

p/s: Lupa plak nak beritahu, mee kuning ni aku gunakan mee homemade tanpa pengawet  dan bahan kimia. Beli dari seorang teman yang membuat dan menjual mee kuning dari rumah. Sedap mee dia... Lembut dan kenyalnya lain dari mee kuning yang biasa.


2 comments:

  1. Wah! Bajet bukan sebarang bajet ni. Ni memang bajet meletup...cukup rasa! Sudah tentu sedap!

    ReplyDelete
  2. nampak pun dah sedap tu.Kadang yang simple macam ni pun boleh bertambah

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...