11 August 2020

Petua Menghindar Buku Lama Dari Di Mamah Bubuk

Petua yang aku dapat dari status Fb seorang novelis terkenal iaitu Lily Haslina Nasir sangat menarik minat aku iaitu petua menghindar buku lama dari di mamah bubuk. Pada sesiapa yang banyak menyimpan buku atau novel tentu sayang dengan buku-bukunya. Bolehlah ikut petua mnghindar buku lama dari di mamah bubuk ini. Pasti buku-buku akan terjaga dengan elok.

Petua Menghindar Buku Lama Dari Di Mamah Bubuk
Petua Menghindar Buku Lama Dari Di Mamah Bubuk

Bubuk yang di maksudkan ini adalah sejenis binatang kecil yang hampir serupa dengan kutu beras yang biasanya mendiami beras apabila beras di simpan lama. Sekiranya buku tidak di jaga dengan elok, lama kelamaan buku atau novel yang di simpan elok di rak akan di huni oleh bubuk dan sedikit demi sedikit akan memamah buku sehingga koyak dan hancur.



Jadi, kenalah cari solusinya untuk mencegah buku-buku dari di mamah bubuk ini. Sebagai seorang novelis, Lily Haslina Naasir ini semestinya  mampunyai koleksi buku-buku yang banyak. Dia ada cara yang mudah dan hanya menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur rumah kita untuk menjaga buku-bukunya dari rosak di mamah bubuk. Jom kita tiru cara dia menjaga buku-bukunya. Sayang dengan buku-buku, banyak ilmu dan inspirasi di dalamnya... huhu!

Petua Menghindar Buku Lama Dari Di Mamah Bubuk


Bahan-bahan untuk menghindar buku lama dari di mamah bubuk: 


Daun limau purut
Biji lada hitam
*Kuantiti secukupnya untuk di letak dalam buku lama yang kita ada...

Cara-cara menghindar buku lama dari di mamah bubuk:

 
Selit atau tampal daun limau purut bersama biji lada hitam di antara helaian buku-buku lama. Buatlah pada hampir kesemua buku yang ada untuk menghindar buku lama dari di mamah bubuk. Boleh tahan setahun dua tu. Sekiranya sudah lama di buat, boleh ulang langkah yang sama lagi.

Selain di gunakan pada buku-buku lama, boleh juga di gunakan pada kain songket atau baju-baju lama untuk perkara yang sama juga. Maka, terhindarlah dari bubuk menyerang buku lama dan pakaian lama yang di sayangi itu.

Elak Buku Lama Dari Di Mamah Bubuk

Tersangatlah mudah petua ini yang hanya menggunakan bahan yang senang di temui di dapur rumah dan halaman rumah. Tak pernah aku bayangkan. Selama ini hanya mengetahui dengan menggunakan silika gels saja. Mana nak cari silica gels yang banyak, makan kos pula tu... kan!

Dalam statrus FB ini juga memang kelakar lily Haslina Nasir ini. Anak-anaknya bertanya untuk buat apa di letakkan lada hitam dan daun limau purut ini. Lantas di katakan pada anaknya untuk menghalau hantu. Betul jugalah, semacam nak menghalau sesuatu juga iaitu sang bubuk yang menghantui buku-buku lama.. heheh!

Nak dapatkan pelbagai petua di blog ini, klik SINI

p/s: Info yang sangat menarik untuk di praktikkan oleh pengumpul buku dan novel. Jangan abaikan penjagaannya yer!

Pic & info: Novelis Lily Haslina Nasir FB

2 comments:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...