16 September 2020

11 Resepi Masakan Sayur Bayam Brazil Yang Lazat Dan Berkhasiat

Dalam banyak-banyak sayuran yang ada di tanam di Malaysia, sayur bayam brazil telah menjadi viral dan trend penanaman sayuran oleh surirumah masa kini. Sayur bayam brazil  bukanlah tanaman asal dari Malaysia tapi saban hari sayur bayam brazil kian di kenali di Malaysia. Bayam Brazil atau Brazillian Spinach, nama saintifiknya Althernanthera Sissoo  ini mempunyai banyak khasiat yang ramai tidak tahu.

11 Resepi Masakan Sayur Bayam Brazil Yang Lazat Dan Berkhasiat
11 Resepi Masakan Sayur Bayam Brazil Yang Lazat Dan Berkhasiat

Bayam Brazil amat mudah ditanam melalui keratan batang yang sihat serta matang dan tiada masalah serangan ulat daun. Bukan sahaja senang ditanam depan rumah dan sedap rasanya, sayuran bayam ini amat kaya dengan khasiatnya. Amat rugi jika tidak menanam sayur ini.

Antara khasiat Bayam Brazil dalam kesihatan ialah mampu melawan kanser, mengekalkan kesihatan mata, kaya dengan vitamin K dan mampu menguatkan tulang. Selain itu Bayam Brazil juga boleh membantu menurunkan berat badan, meningkatkan sistem imuniti badan, membantu penghadaman dan mengelakkan sembelit.



Rasanya enak, tidak berlendir serta daunnya yang hijau amat sesuai untuk dijadikan hidangan sebagai salad, ulam serta masak tumis dan banyak lagi resepi lain yang mudah disediakan. Mari kita kongsi 11 resepi sayur bayam brazil yang  lazat dan berkhasiat ini, yer!

11 Resepi Masakan Sayur Bayam Brazil Yang Lazat Dan Berkhasiat


- 1 - Bayam Brazil Goreng Belacan


Bahan bahan:
Bayam Brazil (kuantiti ikut keperluan)
6 biji cili besar + cili padi.suka pedas campur cili padi lebih sikit*
3 ulas Bawang merah*
2 ulas Bawang putih*
sedikit udang kering atau ikan bilis
Belacan.. agak agak la..letak banyak sikit kalau nak lagi sedap
gula, garam , perasa, asam secukupnya

Caranya:

Tumbuk semua bahan bahan yang bertanda tadi. Kalau blend bagi kasar sikit ya.Tumiskan bahan bahan yg ditumbuk tadi. 

Apabila masak elok masukkan ikan bilis atau udang kering, belacan, perasa, gula garam dan sedikit
saja  perahan lemon atau air asam jawa. Tak  masukkan pun tak apa.

Akhir sekali masukkan sayur bayam. Tadaaa dah siap!

Fb : Robakyah Che Ros

- 2 - Kerabu Bayam Brazil Dan Mempelam


Bahan- bahan:
Sebiji mempelam epal di mayang halus
Secekak bayam brazil - hiris kecil jika suka
8 biji cili padi
2 biji cili besar
4 ulas bawang merah
1/2 cawan kelapa parut
1 cawan santan rm1
Segenggam udang geragau
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

Cara-cara:

Tumbuk cili padi, cili besar, belacan, seulas bawang merah dan kelapa parut. Gaul kesemua bahan tumbuk dengan mempelam, bayam brazil, udang geragau, 3 ulas bawang merah yg dimayang serta santan.

Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa. Tak perlu letak asam sebab sudah ada mempelam, Bayam brazil tak paya celur untuk bagi rasa yang kerangupannya. Siappp!

- 3 - Bayam Brazil Goreng Udang Kering


Bahan-bahan:

Semangkuk bayam
2 jemput udang kering
1 biji cili merah
3 biji cili padi
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
1/2 cawan air
1 camca besar sos tiram
3 sudu minyak masak

Cara-cara: 
Tumbuk cili merah, cili padi, bawang merah, bawang putih dan belacan sehingga hancur dan lumat.
Panaskan minyak, tumis bahan ditumbuk tadi bersama dengan udang kering.

Setelah naik bau dan cili sedikit garing, tambahkan 1/2 cawan air. Biarkan mendidih. Kemudian masukkan sos tiram dan sayur bayam. 

Tak perlu letak garam rasanya sebab udang kering dan sos tiram sudah masin. Taoi ikutlah tekak masing-masing. Siapp!

- 4 - Tumis Cendawan Dengan Bayam Brazil


Bahan-bahan:
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 pek cendawan inoki
2-3 genggam besar daun bayam brazil
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil lada hitam
2 sudu besar minyak masak

Hiriskan bawang merah dan bawang putih. Cendawan di basuk dan potong 2. Bayam rendam sekejap dan bilas. Tumiskan bawang putih dan bawang merah sampai naik bau.

Masukkan cendawan, goreng sampai layu. Masukkan garam dan lada hitam. Bila cendawan dah agak perang, baru masukkan bayam. 

Gaul sekejap je sbb bayam ni cepat layu. Angkat dan oleh dihidangkan. 

- 5 - Kerepek Pedas Bayam Brazil


Bahan-bahan:

2 ikat bayam brazil - ambil daun sahaja
1/2 cawan tepung bestari hot spicy
1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan air ais - sejuk dari peti ais
1 sudu makan jintan manis **
1 sudu makan jintan putih **
1 sudu kecil ketumbar **

Cara-Cara:
Bersihkan daun bayam brazil. Bahan bertanda ditumbuk dahulu. Satukan kesemua tepung dan campurkan bahan tumbuk tadi bancuh dengan air ais. 

Masukkan air ais sedikit-sedikit hingga dapat bancuhan tak pekat dan tak cair sangat ikut keselesaan. Panaskan minyak yang banyak, ambil daun bayam brazil celup dalam bancuhan tepung.

Goreng hingga kekuningan dan kelihatan rangup, angkat dan toskan minyak. Sedia di hidang sebagai snack paling sedap untuk keluarga.

- 6 -  Masak Lemak Sayur Bayam Brazil


Bahan-bahan:
2 ikat sayur bayam brazil
1 tangkai cili merah
1 pek santan
Garam

Bahan tumbuk:
1 ekor ikan - rebus dan ambik isi
4 ulas bawang merah
Sedikit lada hitam

Cara cara:

Tumbuk bawang merah dan lada hitam sehingga lumat. Kemudian masukkan isi ikan dan tumbuk lagi. Masukkan santan dan bahan tumbuk ke dalam periuk. Kacau rata sehingga kuah mendidih.

Masukkan bayam dan cili merah dan kacau sehingga sehingga sayur lembut. Akhir sekali, masukkan garam secukupnya. Bolehlah ditutup api dan sedia untuk dihidangkan.

- 7 -  Sup Sayur Bayam Brazil


Bahan-Bahan:
1 paket bebola ikan
sedikit udang
cendawan tiram
Bayam Brazil
karot
jagung muda atau baby corn
sayur sawi
serbuk pati ayam
garam
sedikit lada sulah
daun sup
bawang goreng

Bahan-bahan cincang halus:
1 inci halia,
2 ulas bawang putih
1 biji bawang merah

Cara - cara:

Panaskan sedikti minyak dan tumis bahan cincang halus. Masukkan bebola ikan, karot dan baby corn. Pada waktu menumis ni kita masukkan semua jenis sayur yang keras dan perlukan lebih masa untuk lembut.

Tuang air secukupnya dan masukkan udang, cendawan tiram dan sayur sawi. Masak hingga mendidih. Tabur dengan hirisan daun sup. Perasakan dengan garam, serbuk pati ayam dan sedikit lada sulah.

Siapp!

- 8 - Bayam Brazil Celup Tepung


Bahan-bahan:

1 mangkuk Bayam brazil

1 cawan Tepung beras
1 sudu teh Garam
3/4 cawan Air sejuk dari peti ais
Minyak utk menggoreng

Cara-cara:


Cuci bayam brazil sehingga bersih dan toskan. Dalam bekas kosong masuk tepung beras, garam dan air sejuk dri peti ais

Kacau hingga sebati, bancuhan tak perlu terlalu pekat. Celupkan bayam brazil kedalam adunan tepung tadi. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bayam brazil yg telah dicelup dalam adunan tepung


Setelah masak, bleh diangkat dan hidangkan. Boleh juga dicicahkan bersama sos jika mahu. Rasanya rangup seperti keropok.


- 9 - Telur Dadar Bayam Brazil


Bahan-bahan:

3 biji telur ayam Gred B
Secekak bayam brazil (dipotong)
1 biji bawang merah (hiris halus)
Garam secukup rasa

Minyak (untuk menggoreng)


Cara-cara:


Campur telur, bayam, bawang dan garam. Gaul sebati. Panaskan kuali. Masukkan bancuhan telur. Masak sehingga garing.


Setelah garing, terbalik kan. Bila dah sempurna masak. Tutup api, angkat dan sedia untuk dihidang.


- 10 - Homemade Mixed Kerabu Udang Kering


Bahan-bahan:


Bayam brazil
Selom
Cekur
Bawang besar 

Cili merah

Tomato
Cili kring

Kerisik

Kelapa parut


Cara-cara: 

Hiris bayam brazil, salom, cekur, bawang besar, cili merah dantomato. Masukkan udang kering yang ditumbuk hancur.

Masukkan kerisik dan kelapa parut  yang dikukus dan sedikit garam. Gaulkan semuanya hingga sebati. Siap untuk di hidangkan.

- 11 - Pasta Bayam Brazil


3/4 peket pasta- apa-apa brand pun boleh.
Rebus pasta dengan garam dan sedikit minyak.

Persediaan Pasta:
Garam dalam1-2 sudu ya. Biar masin menyerap dalam pasta. Toskan (jangan basuh) dan simpan segelas air rebusan pasta untuk menggoreng nanti.

Bahan-bahan kuah pasta: 
1 mangkuk kecil udang 
5 ulas bawang putih-cincang 
4-5 sudu besar minyak zaiton 
1 kiub ayam 
1 sudu kecil serbuk bual pala/
1 mangkuk bayam 
Sedikit hirisan capsicum merah dan hijau-optional
1 sudu chili flakes/ 
1 sudu lada hitam ditumbuk kasar Sedikit air rebusan pasta

Cara-cara: 

Tumiskan bawang putih dengan minyak zaiton hingga layu. Masukkan udang, kacau hingga masak. Masukkan kuib ayam, serbuk buah pala dan sedikit air rebusan. 

Kacau. Kalau suka berkuah, lebihkan air rebusan..ikut pilihan masing-masing ya. Masukkan sayuran. Kacau. Tutup api. 

Masukkan pasta dan gaul sebati bersama dengan chilli flakes/lada hitam tumbuk. Jangan gaul kuat sangat nanti pasta tak cantik berkilat. Siapp!

Tanamlah sayur bayam brazil sepasu dua di pinggir halaman. Kalau tinggal di rumah pangsa, boleh tanam di tepi balkoni dengan syarat boleh menerima cahaya matahari. Siram hari-hari dengan air beras. Sayur bayam brazil mesti dapat hidup dengan suburnya... gittew!

Nak dapatkan pelbagai resepi menarik di blog ini, klik SINI

p/s; Aku dah tanam 5 - 6 pasu bayam brazil ni. Rimbun meriah sayur bayam brazil aku tau!!

#Sumber resepi Page FB Pakar Diari Hatri

2 comments:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...