22 September 2020

Resepi Kuih Lopes Pulut Sedap, Buat Cara Mudah dan Cepat...

Setelah lama jumpa dan tak makan kuih lopes pulut ini, aku tergerak hati untuk membuatnya sendiri. Taklah susah sangat untuk membuatnya tapi kalau ikut cara tradisional memanglah renyah sikit kerjanya. Tak apa, kita buat kuih lopes pulut sedap ini cara mudah dab cepat. Kita yang buat dia, suka hati kitalah nak buat macammana... hehe!

Resepi Kuih Lopes Pulut Sedap, Buat Cara Mudah dan Cepat...
Kuih Lopes Pulut Sedap, Buat Cara Mudah dan Cepat...

Walaupun resepi kuih pulut lopes sedap, buat cara mudah dan cepat tapi rasanya tetap menjejaskan secara ketara. Jadi buatlah ikuiut suka kita, asalkan dapat makan kuih lopes pulut kegemaran dengan gembiranya. Sedap kata anak-anak. Suka dorang dapat makan sepuas hati. Kalau membeli tu, hanya seketul dua sahaja dapat makan.



Bila sebut je kuih lopes, mesti teringat Jeniffer Lopez. Sebutannya tu hampir sama. itu yang anak-anak panggil kuih Jennifer Lopez. Macam-macam lah... hahah! Aku buat kulh lopes ni  dengan merendam pulut sebentar dengan air daun pandan. Disebabkan warna air daun pandan itu kurang kehijnauaanya, aku letak sikit pewarna hijau. baru nampak warna lebih menyerlah... kan!

Resepi Kuih Lopes Pulut Sedap, Buat Cara Mudah dan Cepat...

Bahan untuk pulut:

2 cawan pulut
Sedikit pewarna hijau
1 cawan air daun pandan
Sedikit garam
4 sudu santan pekat
Kelapa parut
Garam

Bahan untuk air gula melaka:

1 keping gula melaka
2 sudu gula pasir
1 cawan air
1 helai daun pandan

Cara membuat kuih pulut lopes:

Rendam pulut dengan sedikit pewarna hijau dalam lebih kurang 1/2 jam. Air pandan di bancuh dengan santan dan garam. 
Masukkn pulut yang telah di rendam ke dalam loyang. Masukkan bancuhan air pandan dan santan tadi ke dalam pulut. Pastikan air dan pulut sama paras. Kalau bancuhan tadi tidak mencukupi campurkan  air biasa hingga sama paras.

Kukus pulut tersebut dalam lebih kurang 30 minit atau sehingga masak. Bila pulut masak, keluarkan pulut dr loyang padatkan sehingga ikut  tebal yang sesuai, ambil acuan bulat, sapukan sedikit minyak terapkan pada pulut. Hasilnya dapat bulat yg sekata. 

Kelapa parut yang telah di kukus dengan sedikit garam di gaul rata dan golekkan pada adunan pulut yang di terap tadi.  Siap, seterusnya bolehlah di makan dengan air gula melaka.

Cara membuat air gula melaka:

Masukkan gula melaka, gula pasir, air dan daun pandan ke dalam sebuah periuk. Jerang atas dapur sehingga gula larut dan mengelegak. 

Sejukkan dan selepas itu bolelah di curahkan pada kuih lopes tadi sebagai pelengkap dan pemanis hidangan.

Resepi kuih lopes macam-macam cara sebenarnya. Kalau orang dulu-dulu, kukus pulut separuh masak, dan balut dengan daun pisang serta punjut dan ikat kemas. Kukus kembali lebih kurang sejam. Barulah di potong-potong dan di makan dengan air gula merah atau gula melaka. Selain itu ada yang buat 3 segi bentuknya. 

Kuih Lopes Pulut 

Ikutlah cara mana korang suka. Zaman moden ini orang memang nak cepat. Asal boleh di makan dengan gembira dan sedap sudah memadai. Aku dan anak-anak memang suka kuih ini. Cuma en. suami yang kurang sebab tak boleh makan pulut takut sakit tulang katanya... huhu!

Nak dapatkan resepi yang sedap di blog ini, boleh klik SINI

p/s: Nak buat lagi tu kemalasan mendera sungguh.. hahah!

5 comments:

  1. Rajinnya... Jemput join my GA :) http://www.aimisyahirah.com/2020/09/special-september-giveaway-by-misya.html

    ReplyDelete
  2. Kuih lopes memang sedap, lemak2 manis!

    ReplyDelete
  3. sedapnya..saya pun suka sangat kuih ni. kalau kuih ada pulut2 ni memang kegemaran saya la..

    ReplyDelete
  4. Favorite ni. Tak pernah buat sendiri. Nanti boleh try la

    ReplyDelete
  5. one of my faveret tapi tak pernah buat. kalau bulan puasa memang setiap hari membeli walaupun 1 keping

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...