01 October 2020

Bercucuktanam Sayuran Di Tepi Rumah, Haihhh!!!

Kali ni nak coret serba sedikit tentang keterujaan aku mengerjakan tanah, bercucuktanam sayuran di tepi rumah yang tak sebesar mana tu. Tapi letih jugalah menebas, membersihkan semak samun sebelum bercucuktanam di tepi rumah tu. Namun begitu sangat berbaloi apabila tanaman telah membuahkan hasil dan dapat di nikmati seisi keluarga.

Bercucuktanam Sayuran Di Tepi Rumah, Haihhh!!!
Bercucuktanam Sayuran Di Tepi Rumah, Haihhh!!!

Waktu mula-mula pindah ke rumah kawasan kampung ini, semak samun telah tumbuh dengan pesatnya berbanding masa dalam pembinaan dahulu. Macam manapun rancangan berpindah tetap di teruskan sebab kalau makin di tunggu, makin jadi hutan juga kawasan rumah aku ni. Maka, pindah jugalah aku sekeluarga....!



Waktu berpindah tu sebulan sebelum PKP. Nasib baik pindah awal, Kalau tidak, tertangguhlah rancangan perpindahan. Tapi nak menebas, nak mencangkul peralatan  tak sempat nak beli sebab sibuk mengemas bagai, PKP pun melanda. Buat apa yang patut iaitu tarik dan tebas semak samun sikit-sikit dengan pisau dapur. Dapatlah kemas sejurai kecil kawasan di tepi rumah. 

Bercucuktanam Sayuran Di Tepi Rumah, Haihhh!!!


Pokok pertama aku tanam di tepi rumah adalah pokok serai lebihan masak di dapur. Lupa nak beritahu, pokok yang aku tanam dalam polisterin letak di tepi rak kasut iaitu bayam brazil. Pokok pertama yang aku semai anak benihnya adalah pokok cili. Benih cili  aku dapat dari biji cili kering di dapur sahaja. Selepas tu barulah aku membeli benih terung dan bendi secara online dari laman shopee. 


Berderet pokok cili aku di tepi rumah bersama pokok terung dan bendi. Setelah berbulan sekarang ini, pokok cili, terung dan bendi telah membuahkan hasil dengan lumayannya. Selepas tu baru aku tanam tomato, cili api putih, cili merah kulai, ulam raja, jagung dan rossele. Kini tomato baru nak merahkan diri dan cili api telah mula di petik. Tapi masih menunggu cili api ini nak memerahkan dirinya pula... Haihhh!


Laman bercucuktanam telah pun aku kembangkan lagi setelah dapat peralatan pekebunan dengan mengemas hampir keseluruhan tepi rumah yang ada. Sekarang ini telah bermacam-macam pokok sayuran aku tanam di tepi rumah ini. Pokok sayur memanjat aku baru bermula untuk menanamnya iaitu seperti timun, petola, kacang panjang, kacang buncis, kacang kelisa dan kacang edamame pun aku baru tanam. 


Aku siap beli kepingan batang buluh di laman shopee untuk membuat pancang pokok memnajat aku ini. Nasib baik ada di jual di situ. Kalau tidak, buntu aku nak mencari batang kayu untuk di gunakan membuat pancang memanjat. Sekarang pokok-pokok ada sudah yang sedang memanjat tapi masih belum menampakkan bunga dan buah lagi. Tak sabarnyaaaa.... !


Laman Herba Dan Dusun Buah-buahan Di Tepi Rumah Juga, Aihhh!


Selain tanaman sayuran yang aku tanam ini, ada lagi laman herba yang aku buat di tepi dapur dan laman dusun buah-buahan juga. Nanti aku cerita lagi di blog ini. Aku juga merancang nak tanam pokok bunga-bungaan pula. Nak tanam ros jepun di laman rumah, pokok bunga kertas dalam pasu di depan rumah dan pasu gantung petunia juga.  Nak buat laman ala-ala orang putih tu.. hehe!


Selain  tu nak buat balik minat aku yang terpencil ini iaitu membentuk pokok-pokok bonsai renek seperti yang pernah aku buat di rumah lama bertahun dulu. Ralit tau membelai pokok bonsai ni. Sekarang tengah berkira-kira nak membeli anak pokok yang sesuai di buat bonsai. Semoga aku berjaya merealisasikannya.... huh!


Coretan aku di sini hanya untuk mendokumenkan kisah bercucuktanam di tepi rumah aku ni. Pada yang sudi membaca, harap tak menyampah. Sekadar adaptasi diri atas apa yang telah aku lakukan sekarang ini untuk tatapan di kemudian hari. Juga letak gambar kenangan untuk di kemudian hari kelak.


Nak baca artikel berkaitan tentang rumah baru aku ni, boleh klik SINI dan SINI


p/s:  Nanti aku bercerita lagi, lagi dan lagi pasal tanaman di blog ini. Leka dan sibuk sungguh  bercucuktanam sayuran di tepi rumah, sampai terabai jugalah blog aku ni... hmmm!

5 comments:

  1. Alhamdulillah. Ada hasilnya berbudi pada tanah. Saya bab menanam ni memang minta ampun, orang kata tangan panas kot.... asyik tak menjadi!

    ReplyDelete
  2. first time ammi dengar pasal nama kacang edamame..laju je ammi gi google tadi. kacang itu rupanya..selalu je makan kat restoran tenpayaki

    ReplyDelete
  3. Bestnya lahai bercucuk tanam nih.. tapi kami rumah taman je.. mampu tanam dalam pasu je lah... Hehe

    ReplyDelete
  4. berbudi pada tanah tak akan rugi =)

    ReplyDelete
  5. nanti citer lagi ekk.
    share gambar.
    aida suka. kebetulan dlm proses jadi petani kecil juga :)

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...