29 October 2020

DIY Kitar Semula Botol Plastik Jadi Pasu Tanam Sayur

Kali ni aku nak cerita pasal DIY buat pasu  daripada botol minuman plastik menjadi pasu tanam sayur. Sangat menjimatkan kos dalam hal membeli pasu. Pasu yang kecil 500ml dan 1.5ml boleh di tanam pokok berdaun seperti sawi, bayam, kailan, kangkung dan pelbagai sayur berdaun lagi. Manakala pasu besar bersaiz 5 liter dan 10 liter boleh di tanam pokok sayur berbuah seperti terung, bendi, cili merah, cili api dan pelbagai lagi. 


DIY Kitar Semula Botol Plastik Jadi Pasu Tanam Sayur

Botol-botol plastik pasti ada di setiap rumah. Botol plastik kosong ini biasanya yang asalnya adalah botol yang mengandungi air minuman, minyak masak dan sebagainya. Menurut kajian yang dijalankan, botol-botol plastik mengambil masa kira-kira 450 tahun untuk mereput sepenuhnya. Oleh itu, kita sebagai pengguna haruslah bijak memainkan peranan semampunya untuk menyelamatkan alam sekitar dengan mengitar semula bahan terbuang.

Jika di rumah kita terdapat banyak botol-botol plastik yang kosong, jangan di buang kerana siapa sangka boleh menghasilkan pelbagai produk kitar semula untuk kegunaan di rumah selain turut menjaga keindahan alam sekitar kita. Salah satunya di gunakan sebagai pasu untuk tanam sayur. Kalau tidak, nak tanam sayur banyak-banyak terpaksa mengeluarkan kos beli pasu plastik.  

Step By Step Buat Botol Plastik Jadi Pasu Tanam Sayur
Step By Step Buat Botol Plastik Jadi Pasu Tanam Sayur


DIY Kitar Semula Botol Plastik Jadi Pasu Tanam Sayur


Bahan-bahan kitar semula botol plastik:

Botol plastik pelbagai saiz
Pisau
Gunting
Soldering Iron

Cara buat  botol plastik jadi pasu tanam sayur:


Potong separuh botol plastik menggunakan pisau ikut ketinggian pasu yang di perlukan. Bahagian atas botol bolehlah di buang. Kemaskan potongan pasu plastik dengan menggunakan gunting. 

Panaskan alatan soldering iron. Tebuk lubang di bawah botol menggunakan soldering iron ini. Buatlah 4 - 5 lubang untuk memudahkan air keluar dari medium tanah nanti.

Jika tiada soldering iron, boleh gunakan pemutar skru yang di panaskan pada daur gas dan cucuk di bawah botol untuk membuat lubang. 

Seterusnya  bolehlah di gunakan sebagai pasu tanam sayur dengan memasukkan rumpai kering atau cocopeat untuk menutup lubang terlebih dahulu sebelum di masukkan tanah kompos agar tanah tak bocor keluar. 

Selepas itu bolehlah di ubah anak pokok sayur ke dalam pasu botol plastik itu. Botol plastik ini boleh bertahan sangat lama dan di gunakan sehingga berulangkali bercucuk tanam. itulah yang bagusnya botol plastik ni. 

Walaupun hampir semua botol plastik yang boleh menyimpan media tanaman boleh di gunakan, bekas bukan makanan seperti botol pencuci kain atau pinggan tidak sesuai di gunakan untuk menanam sayur. Ia di sarankan untuk tanaman hiasan saja. tentunya kita tidak mahu sayuran kita di cemari dengan bahan kimia berbahanya daripada bekas tersebut.

Nak dapatkan pelbagai informasi dan DIY di blog ini, klik SINI

p/s: Sebenarnya pelbagai DIY cara dan gaya botol plastik ini boleh di potong ikut kreativiti sendiri. Menegak, melintang ataupun gunakan teknik terbalikkan muncung botol ke dalam untuk membuat pasu kaedah hidroponik tau... hah!

6 comments:

  1. Bagusnya idea nih, kitar semula lebih jimat dan alam sekitar terjaga.

    ReplyDelete
  2. terbaik lah kak ana pun pernah guna pakai untuk semai tanaman :)

    ReplyDelete
  3. Abah SA guna polybag ngan pasu je kak..tp suburnya x tau nak kata macam mana sbb kalau SA yg tanam confirm x hidup..haha

    ReplyDelete
  4. Tulah kan, antara nak dengan taknak je sebenarnya.

    ReplyDelete
  5. selamat bercucuk tanam,kreatif ni =)

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...