05 November 2020

12 Resepi Sup Pelbagai Perisa Yang Sedap Membuka Selera

Salah satu masakan yang sedap dan berkhasiat yang aku selalu masak dan di sukai oleh seisi rumah adalah sup. Sup ada pelbagai jenis dan juga pelbagai perisa yang sedap membuka selera. Sup sedap di makan sekali dengan juadah iringan seperti sambal tumis ataupun sambal belacan. Itulah cara orang Melayu ataupun orang Malaysia kita makan sup.  Lain bangsa lain jenis  juadah sup yang di sajikan. Di sini kita fokus masakan sup gaya orang Malaysia lah yer... Huhu!


12 Resepi Sup Pelbagai Perisa Yang Sedap Membuka Selera
12 Resepi Sup Pelbagai Perisa Yang Sedap Membuka Selera

Definisi sup yang aku google di internet secara ringkasnya adalah merupakan cecair rebusan daripada tulang, daging, ayam dan sayuran. Di hidangkan bagi hidangan sebelum hidangan utama iaitu selepas hidangan pembuka selera. Mengandungi perasa yang tinggi hasil daripada air rebusan tulang, isi daging atau ayam dan sayuran tersebut.




Ciri-ciri sup yang bagus pula adalah penggunaan bahan mentah yang berkualiti akan menjadikan rasa sup lebih baik dan berkualiti. Juga tidak berminyak dan tidak terlalu pekat. Selain itu  warnanya hendaklah seiringan dengan penggunaan bahan utama bagi sesuatu sup. Jom mari kita lihat resepi sup yang di ketengahkan di sini... 


12 Resepi Sup Pelbagai Perisa Yang Sedap Membuka Selera

- 1 - Resepi Sup Daging

Sup Daging

Bahan-bahan sup daging:

1 kilo daging lembu
6 biji kentang
3 biji tomato
1 pokok daun sup n daun bawang
3 batang celery
Garam secukup rasa Air mencukupi sehingga menutupi daging dalam periuk
*Air kena cukup sebab nak masak sampai dagingnya empuk , kena check daging untuk pastikan daging empuk atau belum kalau daging masih liat air perlu ditambah dan terus masak daging .

Bahan-bahan tumisan sup daging:

1 batang kayu manis - anggaran 3cm panjang
3 biji bunga cengkih
1-2 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 biji bawang merah
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
4 cm halia
1 sudu besar ketumbar*
1 sudu besar jintan putih*
1 sudu kecil lada hitam*
Semua bahan-bahan bertanda * ni digoreng tanpa minyak dalam kuali sehingga terbit bau wangi kemudian dikisar halus .

Cara memasak sup daging:

Semua bawang , halia dikupas kulit dan dimayang halus . Biji Ketumbar, lada hitam serta jintan putih digoreng tanpa minyak sehingga wangi dan ditumbuh halus. Kupas semua ubi kentang dan dipotong empat, tomato juga dipotong 4 .

Panaskan sedikit minyak secukupnya dalam periuk dan tumis semua bawang , halia dan kacau dan biarkan sampai bawang layu kemudian boleh la dimasukkan bahan-bahan rempah tumisan. Kacau semua bahan ini sampai wangi dan terus dimasukkan air yang secukupnya dalam periuk.

Masukkan daging tadi dan kacau dan biarkan sampai kuah mendidih. Masukkan garam dan kacau sup sekali-sekali sehingga daging masak serta menjadi empuk , kemudian boleh la di masukkan semua ubi kentang serta batang celery yang dipotong kecil.

Biarkan ubi kentang empuk dan baru la dimasukkan buah tomato , bila buah tomato nampak layu boleh la ditutup api dapur dan tabur la daun sup yang sudah di potong halus ke dalam sup. Siap!

kredit: resepi nennie

- 2 - Resepi Sup Ikan Merah

Sup Ikan Merah

Bahan-bahan sup ikan merah:

2 keping ikan merah
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili api
3 sudu sos tiram
1 cube pati ikan bilis
sayur2an ( Brokoli,tomato)
2 peket Suh hoon
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit garam dan serbuk perisa
Air dan sedikit minyak utk menumis

Cara menyediakan sup ikan merah:

Panaskan minyak dan tumis bawang merah,bawang putih dan cili api sehingga layu.Masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih seketika. Apabila air sudah mendidih,masukkan sos tiram ,pati ikan bilis serta serbuk lada hitam dan diikuti dengan ketulan ikan merah.

Apabila ikan setengah masak,bolehlan dimasukkan sayur dan juga suh hoon yang telah direndam lembut. Akhir sekali..perasakan dengan garam dan sedikit serbuk perisa. Dah siap!

kredit: jajack

- 3 - Resepi Sup Ketam

Sup Ketam

Bahan-bahan memasak sup ketam:

4 ekor ketam bunga.
4 labu bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1.5 sm halia (dikisar)
1 bungkus sup bunjut
1 labu bawang besar (dihiris)
2 batang serai
Garam secukup rasa
Daun saderi
Air secukupnya

Cara membuat sup ketam:

Bersihkan ketam dan tos. Tumis bahan dikisar hingga naik bau. Masukkan air dan sup bunjut.

Setelah mendidih masukkan ketam,serai, bawang besar dan garam dan hiaskan dengan daun saderi semasa menghidang.

Selamat mencuba !! 

- 4 - Resepi Sup Ayam

Sup Ayam

Bahan–bahan  Sup Ayam:

500 gm ayam ~ di potong kecil dan cuci bersih
1/2 batang lobak merah ~ di potong memanjang. Lebih kurang 1 inci
2 biji kentang ~ di potong baji
1 biji tomato ~ belah 4
Daun sup dan daun bawang di mayang halus
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih dan 2 biji pelaga

Bahan untuk dikisar:

3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
3 biji buah keras
1 sudu kecil jintan manis ~ sangai dahulu
1 sudu besar lada hitam
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil jintan putih ~ sangai dahulu

Cara penyediaan sup ayam:

Panaskan minyak dan tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak. Kemudian masukkan ayam dan biarkan sebentar. Masukkan air anggaran 3 cawan dan biarkan merenih.

Bila sup dah mula mendidih masukkan lobak merah dan kentang. Masak hingga empuk. Masukkan tomato dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Taburkan daun sup dan daun bawang apabila hendak menghidang.

kredit: iresepi 

- 5 - Sup Telur

Sup Telur


Bahan-bahan: sup telur

Telur
Isi dada ayam
Sayur (kobis dan lobak merah)
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Cili
Limau kasturi
Garam
Serbuk pati ayam
Air

Cara penyediaan sup telur:

Tumiskan bawang, halia dan cili yang telah dihiris nipis hingga naik bau. Masukkan isi dada ayam yang telah dipotong kecil.
Masukkan air. Tambahkan perasa dan perahan limau. Biarkan mendidih. Masukkan sayur kobis dan lobak merah.

Kecilkan api dan masukkan telur satu persatu. Siap! Selamat mencuba.

- 6 - Sup Gearbox

Sup Gearbox


Bahan-bahan untuk sup gearbox:

2 batang tulang gearbox
Sedikit tulang tengkuk
400 g daging
1 batang kulit kayu manis
2 bunga lawang
2 sup bunjut adabi
1 peket kecil serbuk rempah sup Faiza
2 jug air - bergantung kepada banyak mana sup yang dikehendaki
Garam
Serbuk perasa
Daun sup - dipotomg halus
Daun bawang - dipotong halus
Bawang goreng

Bahan hiris nipis:

2 inci halia
6 ulas bawang putih
2 biji bawang besar

Cara-cara penyediaan sup gearbox:

Masukkan air, semua tulang dan daging, sup bunjut, kulit kayu manis dan bunga lawang ke dalam periuk. Tudung periuk dan masak guna api yang paling perlahan selama 3 jam. 
Masak guna cara ni akan menyebabkan daging masak dengan lembut dan rasa supnya sangat sedap. Tambah air jika perlu. Besarkan api. Masukkan bahan hiris dan rempah serbuk sup. Kacau rata. Biarkan mendidih.

Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau rata. Kecilkan sedikit apinya. Biarkan sup mereneh hingga bahan hiris tadi nampak mesra dengan sup. Masukkan daun bawang, daun sup dan bawang goreng. Kacau rata dan tutup api. Siap, bolehlah di hidangkan.

- 7 - Sup Sayur

Sup Sayur


Bahan-bahan memasak sup sayur:

1 ketul dada ayam - potong kecil-kecil
1 batang sayur sawi
1/4 kobis
1 batang carrot
1 peket kecil cendawan tiram
3 biji telur
2 peket fishball
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos thai /nampla
1 sudu teh minyak bijan
3 cawan air
Garam secukup rasa

Bahan kisar:

2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis

Cara penyediaan sup sayur:

Panaskan sedikit minyak didalam periuk kemudian tumis bahan tumbuk dan masukkan isi ayam kacau dan biarkan sampai isi ayam masak. 
Terus masukkan air serta biarkan sampai kuah mendidih dan masukkan telur sebiji demi sebiji , biarkan sampai telur masak.

Apabila telur sudah masak terus masukkan carrot dan biar sampai carrot hampir empuk , kemudian masukkan semua sayur dan garam.

Terus kacau supaya semua sayur masak dan biarkan kuah mendidih seketika saja dan boleh la ditutup api dapur , jangan masak sayur terlalu lama nanti over cook dan sayur menjadi lembik.

- 8 - Sup Tulang

Sup Tulang


Bahan-bahan memasak sup tulang:

1 kg tulang
500 grm daging cincang - pilih yg banyak daging
1 pokok daun sup & daun bawang
5 batang celery
Garam secukup rasa
Air mencukupi sehingga menutupi tulang dalam periuk *Air kena cukup sebab nak masak sampai dagingnya kat tulang jadi empuk , kena check daging untuk pastikan daging empuk atau belum kalau daging masih liat air perlu ditambah dan terus masak tulang lembu ni

Bahan tumis:

1 batang kayu manis - anggaran 2 inci panjang
6 biji bunga cengkih
2 biji bunga lawang
4 biji buah pelaga
6 biji bawang merah - dikisar
1 biji bawang besar - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
2 inci halia - dikisar
1 sudu besar ketumbar*
1 sudu besar jintan putih*
2 sudu besar lada hitam*
Semua bahan-bahan bertanda * ni digoreng tanpa minyak dalam kuali sehingga terbit bau wangi kemudian dikisar halus.

Cara penyediaan sup tulang:

Semua bawang , halia dikupas kulit dan dikisar lumat . Biji ketumbar , lada hitam serta jintan putih digoreng tanpa minyak sehingga wangi dan ditumbuh/kisar halus. Panaskan minyak secukupnya dalam periuk dan tumis semua bahan kisar dan kacau dan biarkan sampai bahan menjadi wangi kemudian boleh la dimasukkan bahan-bahan rempah tumisan.
Kacau semua bahan ini sampai wangi dan terus dimasukkan air yang secukupnya dalam periuk . Masukkan tulang tadi dan kacau dan biarkan sampai kuah mendidih.Masukkan garam dan kacau sup sekali-sekali sehingga daging masak serta menjadi empuk, 

Kemudian boleh la di masukkan semua batang celery yang dipotong kecil . Biarkan daging pada tulang empuk baru la ditabur daun sup/bawang yang sudah di potong halus ke dalam sup dan boleh ditutup api dapur. Sup siap di masak!

- 9 - Sup Cendawan Tauhu Telur

Sup Cendawan Tauhu Telur


Bahan-bahan memasak sup cendawan tauhu telur:

1 paket cendawan potong 3
2 paket tauhu telur potong bulan tebal seinci
5 ulas bawang putih
Garam secukup rasa
Daun bawang satu pokok hiris kecil
2 cawan air
Minyak untuk menumis

Cara memasak sup cendawan tauhu telur:

Tumis bawang putih hingga garing. Masukkan air 2 cawan. Masukkan tauhu. Biarkan mendidih.
Masukkan cendawan dan perisakan dengan garam. 
Biarkan selama dua minit. Tutup api. Dan taburkan daun bawang. Siap untuk di hidangkan.

- 10 - Sup Fishball Sayuran

Sup Fishball Sayuran


Bahan-bahan untuk sup fishball sayuran:

3 ulas bawang putih dihiris
2 hirisan halia
2 sudu teh lada putih
beberapa titik minyak bijan
Sedikit kobis panjang
Cauliflower
Hirisan dari sebatang carrot
Satu pokok daun bawang dan daun sadri
Beberapa hirisan ayam atau daging
Sepacket fish balls
Beberapa keping tauhu lembut di potong empat
Sedikit garam

Cara penyediaan sup fishball sayuran:

Rebus ayam, berserta halia dan bawang putih. Masukkan lada putih. Masukkan fishball. Masukkan sayuran yang lambat empuk diikuti dengan sayuran berdaun.

Masukkan garam dan beberapa titik minyak bijan. Apabila telah mendidih sebentar bolehlah diangkat. Sedia untuk di nikmati!

- 11 - Resepi Sup Daging Ala Thai

Resepi Sup Daging Ala Thai


Bahan-bahan membuat sup daging ala Thai:


1 kilo daging bercampur tulang lembu
6 biji kentang
3 biji tomato
Jus perahan limau nipis secukupnya
1 pokok daun sup
Garam secukup rasa
Air secukupnya

*Air kena banyak sebab nak kena rebus tulang ni sampai dagingnya empuk , kena check daging untuk pastikan daging empuk atau belum jika tidak perlulah ditambah air dan terus rebus tulang lagi.

Bahan-bahan tumisan sup daging ala Thai:

3 sudu besar rempah sup
2 biji bawang merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai dititik
5 biji cili api-boleh tambah

Cara memasak sup daging ala Thai:

Semua bawang , halia , lengkuas dikupas kulit dan dimayang halus . Kupas semua ubi kentang dan dipotong empat , tomato juga dipotong 4. Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bawang tadi kemudian masukkan rempah sup.

Kacau semua bahan ini sampai wangi dan terus dimasukkan air yang secukupnya dalam periuk . Masukkan serai , cili api dan semua tulang/daging , biarkan sampai mendidih. 

Masukkan jus perahan limau nipis secukupnya ikut citarasa masing-masing kalau suka lagi masam tambah la lagi jus limau nipis. -Masukkan garam dan kacau sup sekali-sekali sehingga daging masak serta menjadi empuk , kemudian boleh la dimasukkan semua ubi kentang . 

Biarkan ubi kentang empuk dan baru la dimasukkan buah tomato , bila buah tomato nampak layu boleh la ditutup api dapur dan tabur la daun sup yang sudah di potong halus ke dalam sup. Siapp!

- 12 - Resepi Sup Kambing Ala Mamak



Bahan-bahan untuk sup kambing ala mamak:

Tulang kambing 7 ketul
Kentang 2 biji
Carrot 1 biji
Salary 1 batang
Tomato 1 biji
Rempah Sup mak siti 3sb
Rempah Sup Adabi 3sb
Gula melaka – agak2
Garam secukup rasa
Minyak Zaiton 4sb
Limau nipis 2 biji – perah
Rempah 4 sekawan – agak2
Serai 2 batang – ketuk
Daun pandan 1 – ikat

Bahan Tumbuk:

Bawang merah 4 biji
Bawang putih 4 biji
Halia 2 inci

*Hiris dulu pastu tumbuk, jangan lumat sangat k.

Cara Menyediakan sup kambing ala mamak:

Basuh tulang kambing, rebus sampai lembut. Lebih kurang 2 jam. Bila daging dah lembut, panaskan minyak dalam kuali, tumis rempah 4 sekawan, masukkan serai, dan daun pandan. Kemudian masukkan Bahan tumbuk, tumis sampai wangi. Kemudian masukkan rempah sup yang dah dibancuh air panas terlebih dulu. Kacau sampai wangi.

Kemudian masukkan tomato, ambik sikit air rebusan tulang tadi, kacau-kacau. Curahkan semua bahan tumis ke dalam rebusan tulang. Kemudian masukkan kentang, carrot, salary, gula melaka dan minyak zaitun, kecikkan api. Renehkan sup selama 1/2 jam.

Akhir sekali perahkan limau nipis, masukkan garam, taburkan daun sup dan bawang goreng. Renehkan lagi sup selama 10 minit. Siap. Sedap cicah roti kosong atau makan dengan nasi panas.

Kredit Resepi Bonda

Inilah pencarian 12 resepi sup pelbagai perisa yang sedap membuka selera yang aku selongkar di internet dan akan aku cuba buat satu persatu. Sudah tentunya resepi-resepi sup pelbagai perisa ini agak berbeza dengan resepi sup uyang biasa aku buat. nampak sedap dari gambar, moh ler kita cuba, tak gituuu....!

Nak dapatkan pelbagai resepi sedap di blog ini boleh cari di SINI

p/s: Kepada yang empunya resepi dan gambar, aku memohon keampunan dengan kesepuluh jari sekiranya tiada di sebutkan kredit kepada mereka. Maaf  di atas kekhilafan yer!

No comments:

Post a Comment

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...