26 November 2020

8 Aneka Resepi Asam Pedas Yang Sedap Merecik Rasa

Kali ini mari kita meneroka pelbagai resepi asam pedas yang sedap merecik rasa yang menjadi identiti orang negeri Melaka. Betul ke? Begitulah di sebut orang tapi yang aku tahu di negeru-negeri kawasan selatan sangat pupular lauk asam pedas ini. Kiranya ia adalah antara lauk yang amat di gemari di sana. Tak ada lauk asam pedas ini tak sah lah kehidupan... gittew!


8 Aneka Resepi Asam Pedas Yang Sedap Merecik Rasa
8 Aneka Resepi Asam Pedas Yang Sedap Merecik Rasa


Aku mengenali lauk asam pedas setelah aku berhijrah ke Lembah Klang melanjutkan pelajaran dan seterusnya bekerja. Zaman kecil aku tak ada lauk asam pedas di negeri kelahiran aku iaitu negeru Perak. Apatah lagi aku seterusnya berkahwin dengan orang kawasan selatan iaitu orang Negeri Sembilan. 


Lauk ini adalah lauk kegemaran en. suami selain lauk yang sinonim iaitu masak lemak cili api. Negeri Sembilan dan Melaka berjiran, jadi percikan masakan tu adalah hampir sama. Puas jugalah aku belajar memasaknya, baru mendapat rentak masaka itu. Sekarang aku bolehlah di katakan pandai memasaknya tapi taklah sempurna sangat. 




Oleh itu jomlah kita belajar masakan ini agar rasanya lebih padu dan merecik  rasa. Ada bermacam-macam cara masakan asam pedas ini rupanya. Dan juga di pelbagaikan rencahnya. Kita yang buat dia, buat sajalah namun tak lari dari tajuk masakannya, kan!.. hahaha!


8 Aneka Resepi Asam Pedas Yang Sedap Merecik Rasa

- 1 -  Resepi Asam Pedas Ikan Pari



Bahan-bahan resepi asam pedas ikan pari:

Ikan pari - anggaran 3 - 5 potong
20 tangkai cili kering
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 batang serai
Lengkuas - besar ibu jari
7 biji bendi
1 biji tomato
5 tangkai daun kesum
1/2 cawan air asam jawa
3 cawan air
1 senduk kecil minyak masak
Garam
Gula
Serbuk perasa

Cara membuat asam pedas ikan pari:

Ikan pari di bersihkan. Kisar cili kering, bawang merah dan bawang putih bersama. Lengkuas di ketuk sedikit dan serai di titik hujungnya.

Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang di kisar sehingga pecah minyak dan wangi. Masukkan air asam jawa dan air. Renehkan sehingga mendidih. Masukan serai dan lengkuas.

Seterusnya masukkan ikan pari, daun kesum dan bendi biarkan sehingga mendidih. Masukan garam serbuk perasa, dan sedikit gula.

Masukkan tomato yang di belah empat. Perlahankan api dapur, biarkan sehingga pecah minyak dan sayur lembutSiappp!

Kredit : Sue ninie

- 2 - Resepi Asam Pedas Ikan Mayong



Bahan-bahan resepi asam pedas ikan mayong:

Ikan mayong
Cili kering -   rebus sampai betul-betul  lembut
Bawang besar
Bawang putih
Halia 
Kunyit hidup,- kalau tak ada guna kunyit serbuk
Belacan
( Semua bahan kat atas ini ikut agak-agak banyak  mana kuantiti nak masak tau )
Kisarkan semua hingga betul-betul  hancur

Serai -  titik
Bawang besar sebiji - hiris
Daun kesum
Air asam
Sayur pilihan - bendi, terung, tomato ikut suka nak letak apa

Cara masak asam pedas ikan mayong:

Panaskan minyak, biar lebih sikit. Masukkan serai dan bawng  besar hiris. Bila dah  naik bau dam  perang, masukkan bahan kisar,

Biarkan di tumis sampai betul-betul garing. Tumis sampai cantik pecah minyak. Bila dah cantik garing masukkan air asam jawa. Kemudian masikkan daun kesum dan tambahkan lagi air agak-agak ikut kepekatan yang di kehendaki.

Tambah kan garam, perisa dan sedikit gula secukup rasa. Biarkan mendidih, Kalau guna terung masukkan dulu terung sebab terung lambat sikit empuk. Bila terung dah empuk sikit, baru masukkan ikan.

Kalau ada kepala ikan yg besar,  masuk kepala dulu. Biar kepala masak, baru masuk isi. Kalau tak  nanti  isi akan hancur. Bendi dan tomato masukkan akhir sekali iaitu 5 minit sebelum tutup api dapur. Siap untuk di hidangkan. 

Kredit  : Nor Haidah Md Said

- 3 -  Resepi Asam Pedas Sotong



Bahan-bahan resepi asam pedas sotong:


Bahan A
Sotong dalam 5 ekor (sederhana besar). Setiap seekor dipotong empat.
Terung telunjuk

Bahan B
Segenggam cili kering (direbus dan dikisar halus)
Bawang merah 3 biji
Bawang putih 4 ulas
Halia 2 inci
Serai 2 batang diketuk
Sedikit halba & biji sawi
Minyak untuk menumis
Air asam jawa ( segenggam asam jawa)

Cara membuat asam pedas sotong:

Mesin bersama Bahan B . Panaskan minyak masak dalam anggaran 1 senduk (anggaran).Tumiskan bahan B yg telah dimesin. Masukkan serai.

Tambahkan serbuk kunyit 1 sudu kecil. Masukkan halba & biji sawi. Tumis hingga naik bau. Bila sudah masak dan naik minyak masukkan air asam jawa, tambah garam ikut secukup rasa.

 Masukkan terung  dan sotong dari bahan A. Masak sampai menggelegak. Siapp!

Kredit ; Chefstoveheart

- 4 - Resepi Asam Pedas Ayam



Bahan-bahan resepi asam pedas ayam:

Ayam setengah ekor
Kentang
Cili kering
Belacan sikit
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Kunyit hidup
(Kisar)
1 sudu kecil halba
1 sudu lada hitam (tumbuk)
Serai dititik
Air asam jawa daun limau purut

Cara membuat asam pedas ayam:

Tumis halba dan bahan-bahan kisar. Masukkan lada hitam. Bila cili dah  garing masukkan ayam untuk mengecutkannya. Masuk kan kentang.

Lepas tu masukkan air asam. Didihkan lagi. Masuk daun limau dan perasakan garam. Kalau nak masuk bendi boleh masuk masa ni. Tutup api dapur. Siap untuk di hidangkan. 

Kredit resepi bonda

- 5 - Resepi Asam Pedas Daging Tetel



Bahan-bahan resepi asam pedas daging tetel:

1kg daging tetel
15@20 tangkai cili kering*
Bwg merah kecik 4 biji *
Bwg putih 5 ulas*
Halia 1 inci*
Lengkuas 1 inci *
Kunyit hidup 1 inci *
Belacan 1 inci *
1 sudu kecil lada hitam *
1 sudu kecil jintan manis*
1 sudu kecil jintan putih*
1 mangkuk air asam jawa
Gula melaka(sy guna sikit jer, x suka manis sgt)
Garam secukupnya
Daun limau purut (buang tulang tengah)
3 btg serai ketuk


Cara membuat asam pedas daging tetel:

Rendam dlm air panas cili kering, jintan & lada hitam. Kisar bahan2 bertanda * sehingga halus. 
Panaskan minyak tumis bahan2 yang di kisar tadi sampai garing.

Masukkan daging tetel, Masak sampai keluar air daging tadi. Masukkan air asam jawa, serai yang diketuk dan  daun limau purut.

Perasakan dengan  garam dan gula melaka.. Masak smp daging empuk.  Boleh juga  kalau nak rebus daging tetel dulu, Air rebusan jangan dibuang boleh masukkan dlalam kuah. 

Selamat Mencuba!

Kredit : Zaimah Zakaria

- 6 - Resepi Asam pedas Ayam Pencen



Bahan-bahan resepi asam pedas ayam pencen:

1 ekor ayam pencen/ayam tua di potong-potong.

Bahan kisar: 
10 tangkai cili kering (ikut kepedasan sendiri)
1 biji bawang besar
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
11/2 inci lengkuas
11/2 sudu mkn rempah kari (ikan)

Bahan lain:
4 helai daun limau purut
garam n asam keping secukup rasa
minyak utk menumis

Cara membuat asam pedas ayam pencen:

Tumiskan bahan kisar sampai pecah minyak dan naik aromanya. Gaul-gaulkan. Masukkan ayam. Masukkan air(air biar lebih sikit sbb ayam pencen/tua ni liat/keras).

Masak sampai ayam empuk. Masukkan daun limau purut. Masukkan garam dan asam keping.

Kredit Aneka Harian Resepi

- 7 - Resepi Asam Pedas Ikan Kembung



Bahan-bahan resepi asam pedas ikan kembung:

3-5 ekor ikan kembung ( disiang dan dibersihkan)
10-20 cili kering ( dikisar)
1 labu bawang besar ( dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia ( dikisar)
1/2 inci kunyit (dikisar)
sedikit belacan ( OPTION)
2 biji tomato (di kisar)
sedikit daun kesum
4-8 biji bendi
Air asam jawa/asam gelugur/air limau nipis secukupnya
garam, gula & perasa.

Cara memasak  asam pedas ikan kembung:

Tumis bahan kisar dan belacan ( jika suka) kecuali buah tomato hingga naik minyak. Masukkan buah tomato kisar, air asam jawa dan air secukupnya. Apabila kuah mengelegak masukkan ikan kembung dan bendi.

Apabila ikan masak sesuaikan rasa dan last masukkan daun kesum. Biarkan mendidih dan angkat. Siapp! Selamat mencuba. 

Kredit resepi dapur kak chah

- 8 - Resepi Asam Pedas Johor



Bahan-bahan resepi asam pedas Johor:

2 biji bawang merah besar (kisar)
4 ulas bawang putih (kisar)
1 1/2 inci halia (kisar)
1 inci kunyit hidup (kisar)
1 senduk penuh Cili kering (kisar)
Sedikit belacan (ikut rasa masing-masing)
-  tak letak pun tak apa, ,masukkan dalam bahan kisar.
1 sudu kecil Lada hitam (kisar)
1/2 cawan air asam jawa pekat
Daun kesum
1-2 kuntum bunga kantan
1 cawan air biasa
Garam secukupnya
**ikan apa-apa  jea pon boleh

Cara memasak  asam pedas Johor: 

Panaskan minyak masukkan bahan kisar tadi, tumis sampai naik bau. Masukkan cili kering kisar, Tumis sampai pecah minyak. 

Bila bahan tumisan tadi pecah minyak masukkan air asam jawa. Tunggu sampai mendidih. Masukkan bunga kantan/dan daun kesum.

Masak sampai naik bau. Akhir  sekali  baru msukkan kan yang telah di potong-potong dan garam secukup rasa. Tutup api dan siapp!

Tips nak dapatkan sam pedas yang sedap cara asam pedas Johor 

Asam pedas ni nak sedap halia kena letak lebih, minyak lebih sikit utk menumis (lebihan minyak perlu dibuang), Menumis kena betul-betul sampai pecah minyak. kena cukup rasa pedas dan asamnya. Kalau tak ada daun kesum dan bunga kantan gantikan dgn serai. Masa tengah menumis cili tu masukkan terus bunga kantan dan daun kesum untuk  dapatkan rasa asam pedas yang sebenar dengan haruman daun ndan bunga tersebut. Pastikan cili melebihi sukatan bawang utk mengelakkan kuah menjadi pahit. Nisbah 1:3

Kredit: HomemadeByRoselyza

Inilah 8 resepi hasil pencarian aku di Facebook. Ada rupnya resepi lain daripada yang menggunakan ikan. nanti aku nak cuba membuatnya. memang nampak sedap semua resepi ini. Sudah pastinya sedap merecuk rasa yang meletup sedap kepada penngemarnya.... huhu!

Nak lihat pelbagai resepi di blog ini, klik SINI

p/s: Waktu kecil dulu ada jiran, anaknya kahwin dengan orang Melaka. Aku terdengarlah perbualan jiran dengan mak. Katanya, 'masakan gulai orang Melaka merah menyala warnanya. takut nak makan,  Takut  sakit urat perur pedas menyengat:' Tak pun..  hahah!

4 comments:

  1. saya pulak kenal asam pedas sejak belajar di utm sekitar tahun 2000. zaman kat pahang jumpa gulai lemak je selalunya

    ReplyDelete
  2. Ya Allah sedapnya la asam pedas. Eina orang johor, memang tak lari dengan asam pedas ni. lauk favorite. Hehe

    ReplyDelete
  3. fuh,sebagai seorang anak Melaka,post ini sangat mencabar untuk saya habiskan tanpa berasa lapar,haha.tapi tulah,semua asam pedas tu saya boleh makan cuma asam pedas ayam saya kurang sikit.

    ReplyDelete
  4. SA kan kak...follow resepi asam pedas pun macam failed jugak lagi..tak jadi...ikut resepi bulat2 pun tak jadi macam orang lain masak..kenapa agaknya kan

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...