14 November 2020

Resepi Bubur Butir Nangka, Ralit Menggentel Dengan Anak-anak Hilang Boring PKPB Nih!

Sejak PKPB ni bermula kembali, bermula jugalah keboringan melanda anak-anak di rumah sebab tak bersekolah dan tak dapat keluar ke mana-mana. Sampai tak tau nak buat apa. Jadi, suatu hari aku bagi kerja menggentel tepung untuk membuat bubur butir nangka. Aku buat warna warni bubur butir nangka ini bagi lebih mengujakan mereka.... Hahaha!

Resepi Bubur Butir Nangka, Ralit Menggentel Dengan Anak-anak Hilang Boring PKPB Nih!
Resepi Bubur Butir Nangka, Ralit Menggentel Dengan Anak-anak Hilang Boring PKPB Nih!


Jadi pada suatu hari yang sejuk dek hujan waktu pagi, sambil memasak lauk tengahari aku mengajak anak-anak berkumpul di dapur. Telah aku sediakan 3 ketul adunan tepung bubur butir nangka di atas meja di ceruk dapur untuk di gentel oleh anak-anak menjadi bujur kecil. Mudah saja, macam gentel plastisin saja. Sementara itu kami berbual dan aku memasak  di dapur.


Elok saja aku habis memasak lauk tengahari, anak-anak telah siap menggentel kesemua adunan tepung bubur butir nangka. Mudah sangat, apabila benda di buat ramai-ramai dengan bekerjasama, Terus aku membuat langkah selanjutnya dengan merebus tepung bubur butir nangka dan membuat kuahnya sekali. Bubur butir nangka ini menjadi juadah kami minum petang kiranya. 



Hilang boring anak-anak untuk hari ini sebab sibuk mengentel  tepung bubur butir nangka dan apabila masak, sibuk mengunyah bubur butir nangka yang kenyal ini pula  Kalau tidak, boring memanjang, Sudahlah line internet di kawasan rumah ini bermasaalah. Jom belek resepi bubur butir nangka yer!


Resepi Bubur Butir Nangka, Ralit Menggentel Dengan Anak-anak Hilang Boring PKPB Nih!

Bahan-bahan untuk buat bubur butir nangka:

Bahan tepung:

3 cawan tepung pulut
1 cawan tepung gndum
Garam
Pewarna 
(ikut suka nak berapa warna dan warna apa
Air secukupnya

Bahan kuah:

1 kotak santan
1 keping gula melaka
1 cawan gula pasir
1 cawan air
2 helai daun pandan - simpulkan

Cara cara buat bubur butir bangka:


Gaul tepung pulut, tepung gandum, air sedikit demi sedikit hingga menjadi sebuah doh yang kenyal. Bahagikan kepada beberapa warna yang di sukai. Bentukkan doh menjadi bujur kecil seperti biji buah nangka.  

Masuk tepung bubur butir nangka dalam periuk air mendidih. Apabila doh  butir nangka  timbul angkat dan masukkan dalam bekas berisi  air agar  tidak melekat antara satu sama lain,

Untuk membuat kuahnya, masukkan gula pasir, gula melaka, air dan daun pandan ke dalam sebuah periuk. Gula tu ikut kesesuain tekak sendiri, Kalau nak lebih manis boleh tambah gula lagi. Rebus sehingga air mendidih dan gula larut. 

Seterusnya masukkan santan dan tepung bubur butir nangka. Kacau hingga menddih sekali lagi. Sekejap saja mendidihnya agar tidak pecah minyak. Seterusnya matikan api. Bunbur butir nangka telah siap. Tunggu sejuk terlebih dahulu dan bolehlah di hidangkan.

Masa mula-mula aku dengar tentang bubur butir nangka, mati-mati aku ingatkan perlu letak nangka dalam bubur. Rupanya bentuk tepung bubur butir nangka ini bujur bagaikan biji nangka. Begitulah bubur butir nangka mendapat nama... Huhu!

Nak dapatkan pelbagai resepi di blog ini, klik SINI

p/s: Sedap, kata anak-anak, macam jelly. Kecik beso, kecik beso bentuknya. Ini pasal anak-anak main bergurau masa menggentel... Gasaklah, hehe!

1 comment:

  1. Comel-comel butir nangkanya. Warna-warni gitu. Makan 6-7 ketul terus kenyang ni.

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...