Antara kuih kegemaran aku adalah kuih seri muka. Kuih yang di atasnya tepung
  yang manis dan di bawahnya adalah pulut yang berlemak dan sedikit masin. Kali
  ni aku buat serimuka jagung. Pokok jagung di kebun tepi rumah telah
  mengeluarkan hasil.  Dah buat rebus dan bakar jagung ni, kali ni buatlah
  seri muka jagung pula.
  Resepi Serimuka Jagung, Pokok Jagung Tanam Sendiri...  
Tak susah nak buat serimuka jagung ni. Cuma memerlukan sedikit kerajinan 
  jugalah. Pastinya nak buat serimuka jagung ini memerlukan santan. Tak
  kisahlah, yang  dalam kotak ataupun santan segar. Apapun ynag segar lebih
  baik. tapi kalau dah tak ada, yang dalam kotak pun bolehlah. Jadi juga
  serimuka jagung aku mi.. hehe!
  Kebetulan jagung di laman kebun berlebihan, bolehlah di buat untuk pelbagaikan
  juadah. Harap membeli, tak sempat nak di buat itu ini. Hanya sekadar di rebus
  sahajalah. Jom lah kita semak resepi serimuka jagung untuk rujukan di kemudian
  hari apabila nak buah juadah ni lagi.
Resepi Serimuka Jagung, Pokok Jagung Tanam Sendiri...
Bahan-bahan:
Lapisan Bawah - Pulut (A)
1 cawan pulut
1/2 cawan jagung hiris
1 cawan santan kotak 
1 cawan air
1 sudu teh garam halus
Lapisan Atas - Pati Jagung (B)
1 cawan santan kotak
1 cawan hirisan jagung
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kastard
1 biji telur
1 sudu teh garam halus
Sedikit pewarna kuning
Cara membuat lapisan bawah (A) serimuka jagung:
  Basuh dan rendam pulut selama sekurang-kurangnya 2 jam. Setelah itu toskan
  pulut. Gaul bersama hirisan jagung.
  Di dalam loyang, masukkan pulut bercampur jagung dan masukkan juga santan, air
  dan garam. Gaul sebati. Kukus sehingga masak.
  Di dalam loyang yang lain, sapukan sedikit minyak atau lapik plastik ke dalam
  loyang. 
  Tekan pulut dan jagung yang sudah di masak tadi. Biar betul-betul padat. Kukus
  kembali dan tuangkan adunan bahagian atas.
Cara membuat lapisan atas (B) serimuka jagung
  Santan pekat di kisar bersama hirisan jagung. Tapis dan perah bahan kisar
  untuk mendapatkan pati jagung yang pekat.
  Seterusnya gaul sebati dengan gula dan telur. Selepas itu masukkan tepung
  gandum, tepung kastard dan garam. Gaul rata agar tepung tidak berketul.
  Kacau di dalam periuk sekadar naik wap sahaja. Tuang ke atas pulut yang telah
  di cakar sedikit permukaannya dengan garfu.
  Kukus selama 30 minit atau sehingga masak. Sejukkan terlebih dahulu sebelum di
  potong.
  Cantik dan elok kejadiannya serimuka jagung yang aku buat ni tapi seperti
  biasa aku gagal dalam bab memotong kuih serimuka jagung  ni. Tak berapa
  cantik bentuk potongan aku ni. Tak apalah asal kejadian kuih serimuka jagung
  nya sedap dan lazat.
  Pada sesiapa yang nak mendapatkan pelbagai resepi sedap ini, boleh layari blog
  di
  SINI
  p/s: Puashati dapat merasa tanaman jagung  sendiri dengan membuat kuih
  serimuka jagung yang sedap ini. Lepas musim jagung yang ni, nak tanam lagi dan
  lagi...
 



 
						

 
 
 
 

Semua jenis seri muka As suka... sedapnya...
ReplyDeletecantiknya warna seri muka jagung. jagung ni rebus pun sedap, apatah lagi dibuat seri muka ^_^
ReplyDeleteciknnor suka PUDING jagung
ReplyDeleteserimuka jagung kurang sikit