Bosan...!? Jom Jenjalan Di Farm In The City...huhu!

2:26:00 PM Noor Akma 1 Comments

Bila cuti sekolah je, mulalah episod bosan dan boring anak2... Tak tau nak bawak anak2 pegi mana.. asyik2 shoppingg complex window shopping... Yalah, bukan boleh pegi balik kampung mcm org lain.. org lain cuti, kitorg kena kerja.. kena berniaga. Kalau tempat jenjalan tu dekat, boleh jugak lari kejap bawak anak2.


Ari tu terperasan lah status seorg blogger tu... apa lagi... ikut saranan dia... aku ke Farm In The City pada hari sabtu lepas... Huhu... bestnya.. bestnya... kata anak2... dapat gi jenjalan. Kami pergi berempat je... semua gegerl... my hubby kerja dan anak bujang jaga kedai.


Tempatnye tak jauh dari Shah Alam....30 minit je dah sampai. Di belakang Giant Seri Kembangan... Masuk je kawasan Giant tu dah nampak papan tanda penunjuk arah ke situ. Tiket...? Korang boleh tengok banner di atas. Ada family package tuh... Memang berbaloi la dengan apa yang korang boleh dapat... Ada lebih 100 haiwan eksotik...tuh! 


Macam2 aktiviti yang boleh dilakukan di tempat ni... korang nak tau, highlight besarkan je banner tuh... boleh baca.. memang best.`Waktu kitaorg baru2 sampai tu.. pertunjukan burung dah nak mula... sebelum tu..kitaorg ambik gambar burung dulu..

Best tau pertunjukan burung ni... burung tu boleh buat2 pengsan plak... hihi! Penjaga burung tu memang pandai mencuit hati pengunjung.... Kalau ada anak2 yg berani bolehla volunteer ikut sama kedepan bila dipanggil. Lawak sesangat!


Gambar burung lagih... memang banyak spesis burung kat sini... ada itik yang cute, ada merak kayangan tapi masa kitorg pergi tu merak ni sombong gamaknya... xnak dia kembangkan bulunya tuh.. Tapi kan ada burung ni muram je.. burung hantu pakai skirt kembang... hantuuuu...hehehe!


Yang paling best kat sini boleh peluk2 dan pegang2 binatang kat sini.. tapi yg berani pegang arnab jelah.. dah pegang sorang sekor nih rasa nak bawak balik je..


Ini reptilia... kalau berani... pegang lah...

Banyak kura2 kat sini...


Ini kura2 gergasi... tak payah gi Madagaskar. kat sini dah boleh jumpa...


Kandang kambing...  kasi makan sama dia. Rusa dan llama dari Amerika Selatan pun ada..


Kanggaroo kecik je..dari Aussie..


Yang atas tu bulunya lembut... boleh buat alas kaki.... Yang bawah tu sejenis squirrel... pandai dia posing.. hihi!

 

My photographer pun dah letih shoot gambar... kita minum dan makan kudap2 dulu... bawak dari ghumah.


Sambil tu.... adik2nya tengah menongeng2 kat longkang menangkap anak2 ikan.... Teruja sungguh budak2 menyauk anak2 ikan tu. Dah dapat, isi dalam baldi kecik yg disediakan... Ala.. saja suka2 je... bukan nk bawak balik pun.


Kita bagi ikan makan plak...banyaknya ikan, mengerenyut2 ikan kat dalam tasik tuh... Pemandangan kat sini cantik, nyaman, sejuk je... tak caya.. kita tengok gambar lagih....


Macam rasa suasana kampung.... huhu.... Dah pusing keliling, kaki pun dah pegal2... Sampailah masanya untuk kitaorg pulang... sebelum pulang sempat lagi posing ngan anak ayam. 



Sampailah masa dipulangkan visitor pass nih... rasa macam vip kan!


Terima kasih kepada blogger Ben Ashaari... Kalau tak kerana dia... takkan sampai kitaorg ketempat nih.... 


Sebelum pulang bergambar dulu kat pintu masuk dan pintu keluar... Masa datang tak sempat tengok keliling. Kitaorg belilah souvenir kat sini.... keychain dan fridge magnet.  

Sebelum balik...ku tanya anak2.... bosan lagi tak...? tak bosan dah... tapikan, rasa x nak balik.... Biar... betul! Jom..jom..  balik2 .. Kalau ada rezeki atau dapat jadi vip lagi...oppps! Kita datang lagi!

Memang best... best giler....aku dan anak2 bagi 5 bintang... markah penuh!!

1 comments:

wah..cm best je...kalau dekat memang dh lama g

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...