Kutu Kucing Menyerang.... penyelesaiannya..lemon!

7:04:00 PM Noor Akma 2 Comments


Beberapa bulan lepas... anak2 tergaru2  dan bertanda merah2 kat lengan ngan betis. Apa halnya... semuanya mengadu gatal2 tuh!

Panik gak! Takkan terkena kudis buta plak. Basuh semua cadar, selimut dan tuala, tak hilang juga. Pening...pening... pening dibuatnya.

Lepas tuh... hubby pun dah rasa semacam je.... katanya ada benda kecik hitam lompat2 kat tangan dia. Tapi susah nak tangkap. Dah dapat tangkap, picit...tenyeh2 pun boleh melompat balik. 

Lelama baru terfikir... kutu kucing rupanya.  Memang ada bela kucing.. Tapi kucing tu kengkadang bawak masuk rumah.. selalunya lepas kat luar je.. Dah pernah letak ubat kutu tapi ada balik kat kucing tu sebab bercampur kucing kat luar...

Google la internet... ooh! lemon je ubatnye.... Satu hari tu ku beli 3 biji lemon... Hiris2 lemon tu, ramas2 lemon tu, ambik airnya... campur dengan sebaldi air.. mop lantai satu rumah..

Hmmm... harum semerbak rumahku, setelah digilap ngan lemon... hari pertama ada lagi... hari kedua dan ketiga dah tak nampak bayang pun. 

Walau dah tak ada kutu2 tu lagi... selepas seminggu ku mop sekali lagi lantai rumah ngan lemon untuk merasakan kesegarannya...kutu dah xde dahhhh... legaaaaaa!

p/s : Sekarang.. kalau nak bawa kucing masuk rumah, pastikan kucing tu bebas kutu atau mandikan kucing tu ngan air lemon... hihi!

2 comments:


Awesome information..
Keep writing and giving us an amazing information like this..

BW gan kunjungi nyapnyap.com


Awesome information..
Keep writing and giving us an amazing information like this..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...