Apa Yang Perlu Dibuat Dengan Pakaian Lama....

11:02:00 PM Noor Akma 0 Comments


Almari baju hampir nak penuh, tapi masih menambah koleksi. Kadang-kadang ada sesetengah baju yang tak buka tag lagi! Terperuk sahaja dalam almari tu. Mana tidaknya, lepas beli, terus campak dalam almari. Tu yang lupa ada baju baru tak pakai lagi! Sampaikan baju itu dah habis zamannya. Jadi apa perlu di buat?

Ubah Suai (Alter)
Untuk pakaian yang lama, mungkin ada lagi yang masih boleh dipakai. Kata orang, koleksi vintage. Mungkin ada beberapa bahagian yang tidak suai, dapatkan nasihat dari orang lain seperti teman-teman, ubah suai baju tersebut. Dari lengan panjang ke lengan pendek, yang labuh boleh kamu singkatkan, bergantung kepada keperluan semasa.

Simpan Dengan Elok
Jangan dibuang pakaian yang masih elok! Putaran fesyen sekarang, selalunya akan balik semula ke zaman lalu. Fesyen lama akan diberi nafas baharu. Namun jika kamu punya koleksi yang hebat, apabila tiba waktunya, pasti pakaian itu menjadi paling berharga. Simpan pakaian dalam beg plastik untuk mengelakkan dari berhabuk atau digigit lipas. Habuk mampu merosakkan kain! Selain disimpan untuk dipakai masa akan datang, siapa tahu ia boleh diberikan kepada anak  bila mereka besar nanti.

Golongan Yang Memerlukan
Jika ada pakaian yangtidak perlukan lagi dalam almari, pilih pakaian yang masih elok, basuh dengan bersih dan bungkuskannya. Berikan kepada mereka yang memerlukan. Sekurang-kurangnya dapat melakukan kebajikan untuk orang lain. Tapi ingat, jangan berikan pakaian yang terlalu lusuh dan koyak.

Kain Buruk
Untuk pakaian yang sudah terlalu lusuh dan buruk, daripada kamu buang begitu sahaja, apa kata dibuat sebagai kain buruk. Setidak-tidaknya dapat berjimat dan tak perlu beli napkin untuk lap tangan atau kain lap meja.

Jual
Akhir sekali, apa yang boleh di buat dengan pakaian lama, pilih mana-mana pakaian yang masih elok dan jual dengan harga yang berpatutan. Setidak-tidaknya akan dapat pulangan sedikit dari hasil jualan itu.

p/s :  Beberapa penyelesaian untuk pakaian lama  dari  penuh sesak di dalam almari....

#kredit SINI

*****************************
Vote mimpi indahku ini.. please!
klik SINI 

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...