Petua Lobak Merah Tidak Menjadi Kecut Dan Kering Dalam Peti Ais....

10:15:00 AM Noor Akma 2 Comments


Lobak merah segar memang enak dimasak dengan pelbagai cara. Boleh letak dalam sup, penambah warna dalam tumis sayuran, rencah dalam masakan kari dan buat kek pun boleh. 
Di pasaraya kadang2 ada jualan murah lobak merah ni tapi dijual dalam kuantiti yang banyak. Memang lah lobak merah ni sejenis sayur yang boleh tahan lama bila di simpan dalam peti ais. 
Walaubagaimanapun, jika tidak kena cara penyimpanannya, ia tidak mampu bertahan lama dan hilang rasa manis apabila dimasak. 
Bagi mengelakkan masalah ini dari terjadi, ada petua yang boleh anda cuba. Antara bahan-bahan yang di perlukan ialah:
-Lobak merah
-Tisu
-Aluminium foil

Cara :
1. Bersihkan lobak merah dengan menggunakan tisu. Elakkan sayur dari terkena air.
2. Ambil aluminium foil dan balut lobak merah tadi dengan kemas.
3. Simpan di bahagian rak sayur. Hasilnya lobak merah anda akan tahan lebih lama dari biasa.

p/s : Itulah, nak pakai sikit jer tapi kena beli banyak baru dapat murah. Dah ada cara penyimpanan ni.... senang lah kerja.... :)


2 comments:

Terima kasih ye share info. Saya dengan wife selalu beli banyak-banyak.. jimat campur malas nak keluar selalu.. hehe.

fiefi ira said...

terima kasih atas perkongsian😊.
insyaAllah akan cuba nanti..jimat banyak kan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...