Servis Laptop, Blurr Sekejap.... Hadoii :(

12:35:00 PM Noor Akma 0 Comments


Hari sabtu kelmarin aku pergi servis laptop. Laptop aku dah slow gila-gila tahap kingkong. So, cadang nak format dan backup fail2 yang ada.... Dulu 3 tahun lepas dah pernah buat kat satu kedai di Plaza Alam Sentral. Pusing 2 - 3 kali tak jumpa plak kedai tu....

So, aku cubalah cari kedai yang sesuai.... Cari kedai yang agak ke dalam. Bukan apa, nk cari yang muka orang kita punya. Bincang punya bincang... katanya format RM30... aku cakap backup sekali la sebab tak sempat nak salin ke pendrive fail2 dan gambar yang ada.

Diberitahu dalam 3 jam boleh siap.... so, aku ronda2 window shopping dulu. Dah puas ronda2 dengan duduk2 makan kacang.. dah 3 jam berlalu. Pergi balik ke kedai tu, dah hampir siap. Tunggu sekejap la... Bila nak buat bayaran... terkejutnya aku.... blurr!

Dulu format dan macam2 program install baru RM20.... Kedai tu charge RM80 ngkoooo... Bajet aku RM50 jer... Katanya format RM30, backup RM50.  Dah tu, aku cakap nak bayar RM50... Dengan muka kelat (perasan sangat).. diorang kata RM60... Itulah harganya yang aku bayar.

Entahla.... memang macam tu ke harganya.... akupun tak tahu sebab jarang buat. Bila aku buka kat rumah taklah laju manapun. Banyak program terpaksa aku install balik. Yang pasti gambar2 semua hilang. Sebelum hantar servis aku ada cuba pindahkan gambar2 dari laptop ke pendrive tapi reject.. entah sebab apa tak menjadi... Dalam terkocoh2 tu aku terus tutup laptop. 

Gambar2 tu hilang disebabkan aku punya pasal ke atau kerja2 diorang... tak pasti la. Redha aje la yek... Tapi memang tak puashati walaupun dah servis. Masih ada masaalah yang berkaitan. Menyesal pun ada. baik tak payah format...  Hampehh....En. somi suruh antar balik kat kedai tu. Tapi aku tak nak kecoh2. Letih!

And then masa aku tawar nak kurangkan harga tu, diorang tanya seseorang.. muka orang asing. Ingatkan kedai orang kita. Balik rumah tengok kat yang di bagi. Hmmm... bukan orang Malaysia punya... Aku rasa kedai2 kat situ dah penuh dengan muka2 asing la. Dedulu diorang ni jual karpet dan perabot je. Hmm... Malaysia kita... so sad.. :(

p/s : Tak boleh lupa perasaan blurr tu.... alahai!


0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...