01 November 2016

Miss World Malaysia Yang Pertama Lulus PHD, Dr Soo Wincci....


Berita ni bagaikan jadi pemangkin semangat untuk kita berjaya macamn artis ini... bukan mudah untuk diperolehi oleh semua orang, apatah lagi mereka yang bekerjaya sebagai artis dan pada masa yang sama sibuk dengan pelbagai bidang yang diceburi. Tabiklah pada Dr. Soo Wincci!

Menjadi satu sejarah yang amat bermakna buat semua penggiat seni apabila bekas Ratu Cantik Malaysia, penyanyi dan pengacara ini telah berjaya serta lulus pengajian peringkat tertinggi iaitu 'Doctor of Philosophy' (PhD).

Dan difahamkan juga Dr Soo Wincci namanya kini terpahat dalam buku Malaysia Book Of Records! Katanya 'Jutaaan penghargaan kepada semua kawan media, tanpa sokongan anda semua tiadalah Dr SooWincci hari ini. Juga kepada Malaysia Book Of Records untuk Anugerah Record yang istimewa ini "Miss World Malaysia Yang Pertama Lulus PhD 6 years for 1 PhD Scroll & 1 Malaysia Record, totally worth it!,'sambil menggenggam segulung ijazah. 

Sekalung tahniah ucapkan buat Dr Soo Wincci, semoga dengan pencapaian itu dapat memberikan manfaat dan semangat kepada para penggiat seni, termasuklah pelajar di peringkat universiti dan sekolah. Jadi ratu cantik tak semestinya tak bijak. Kecantikan seiring dengan kecerdikan...!

p/s : Anak perempuan ada kat konvo OUM ni.... jadi staff syarikat fotografi - kerja sambilan sebelum sambung belajar tahun depan.

#kredit SINI 


1 comment:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...