Handphone Aku Rosak, No. Yang Biasa Pakai Turut Menghilang... Sedeynya!

12:24:00 PM Noor Akma 4 Comments

Beberapa minggu  sebelum puasa aritu, handphone kesayangan aku buat perangai. Handphone aku rosak dah...  Asyik tertutup , jammed dan hanged saja. Ini handphone Asus yang aku beli dengan duit sendiri iaitu duit yang aku dapat hasil berblog inilah. Memang aku sayang sangat dengan handphone ni. Masa tu, sangat mengharapkan janganlah handpone aku rosak tak tentu pasal. Nanti huru-hara di buatnya hidup aku.

Handphone Aku Rosak, No. Yang Biasa Pakai Turut Menghilang... Sedeynya!
Handphone Aku Rosak

Kenapa aku kata hidup boleh jadi huru-hara tu.... sebab aku ni berniaga online sebagai dropshipper. Nanti pelanggan yang dah bayar membeli barang  tak dapat hubungi aku mesti dia marah-marah. Itu belum lagi jualan aku merudum sebab customer yang nak membeli tak dapat nak hubungi aku. Parah dan parah betul.

Nombor  yang aku guna untuk berniaga aritu  hanya boleh whatssap dan telegram jer sebab nombor dah kena potong. Sebelum ni  guna postpaid sebab pakai satu akaun dengan en. suami masa dia kerja dengan satu syarikat tu. Syarikat bayar bil talipon. Itu yang pakai postpaid. Bila suami dah tukar kerja, tak mampu dah bayar postpaid. So, potong-potong lah jawabnya.

Handphone Aku Rosak, No. Yang Biasa Pakai Turut Menghilang... Sedeynya!


Bukan tak ingat nak ambil no. tu jadikan prepaid tapi ada saja halangannya bila nak pergi pusat perkhidmatan talipon tu. Dah 2 kali singgah dan sekali hampir nak pergi. Dalam 2 kali singgah tu dua-dua kali katanya 'system down' Dia tak nak duit kita orang lah tu... hahaha! Nasib baik sempat aku pindahkan hampir semua data pelanggan dan ejen yang ada ke nombor lain yang aku ada.

Handphone Aku Rosak, No. Yang Biasa Pakai Turut Menghilang... Sedeynya!
Handphone Aku Rosak, No. Yang Biasa Pakai Turut Menghilang... Sedeynya!

Kisah aku beli handphone Asus ni ada aku ceritakan dalam blog ni. Nak baca... lihat SINI. Apa nak kata.. Walaupun aku sayang sangat, sebelum handphone ini menjadi lebih teruk, en suami ajak aku beli handphone baru. Tak tertahan agaknya tengok aku yang hampir nak menangis, bengang dan merungut-rungut bagai tu. 

Handphone yang aku beli baru ni  bukanlah handphone yang mahal beribu tu. Beli handphone murah je iaitu handphone redmi 4A warna emas. Jadilah... bolehlah aku menyambung kerja-kerja yang aku biasa buat ni. Mula-mula tu aku dah putus harapan dah. Kesian jugalah kat suami terpaksa guna duit yang dia nak gunakan buat perkara lain. Apa nak kata... kalau tidak, tak jadi kerja lah aku ni... hurm!

Seelok-elok saja sahaja dapat handphone baru... handphone Asus pun terus tak boleh buka dah. Nombor lama akhirnya berkubur dengan sendirinya... Walau handphone masih bernyawa tapi asyik loading ajelah dia. Dah reboot banyak kali pun tak boleh. Nanti hantar kedai suruh baiki kalau boleh. Apa-apapun tunggu ada modal nanti sebab duit dah habis beli handphone baru dan beraya balik kampung.... hurm!

p/s : Terima kasih en. suami kerana dah belikan handphone yang baru dan sangat memahami... :)


4 comments:

Samalah, fon rosak kat motherboard..habis semua hilang, tak sempat nak back up..

ALA KESIANNYA
SEMOGA DIPERMUDAHKAN

Wan Syahida said...

Lahai kesiannya. Faham sangat bila phone dah jadi aset penting dalam perniagaan. Tapi takpe, tu rezeki nak dapat phone baru la tu :)

Uyul Rosli said...

salam. kunjungan pertama uyul kat blog akak. thank you sudi tglkan link dalam fb uyul aritu. uyul dah masukkan dalam bloglist julai. inshaaallah blog wajib uyul terjah lepas nih. jom la ke blog uyul.
Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...