DIY Bunga Pom Pom Untuk Hiasan Berbagai Majlis Dan Suasana.....

5:32:00 PM Noor Akma 8 Comments

Mari kita belajar buat sendiri iaitu DIY bunga bulat beropol atau biasanya di panggil bunga pom pom dari kertas crepe. Cantik sangat nampaknya bunga tu. Buat bunga pom pom ni senang sangat semudah ABC saja. Ia sangat sesuai di jadikan hiasan pada majlis perkahwinan atau apa saja majlis. Kos membuatnya sangatlah rendah. Apatah lagi kalau di buat dengan kertas tisu. 

DIY Bunga Pom Pom
DIY Bunga Pom Pom

Antara bahan-bahan yang di perlukan hanya kertas crepe yang biasa di buat bunga hiasan tu. Kalau kertas tisu pun boleh tapi kena lebih berhati-hati membentuknya Kertas tisu agak mudah terkoyak sebab lebih nipis dari kertas crepe. Kertas crepe boleh di beli di kedai alat-alat jahitan. Selebihnya hanya dawai halus pengikat dan gunting untuk memotong dan membentuk bunga. 

DIY Bunga Pom Pom
DIY Bunga Pom Pom

DIY Bunga Pom Pom Untuk Hiasan Berbagai Majlis Dan Suasana.....

Bahan-bahan:

Kertas Crepe / Tissue Paper
Dawai Halus
Gunting

- Lapis beberapa keping kertas crepe (8 -10 keping). Lagi tebal lagi cantik, especially untuk bunga yang bersaiz besar. Dari segi warna boleh pilih mengikut kesukaan sendiri  Kalau nak lebih ceria boleh menggunakan banyak jenis warna macam pelangi. Meriah gittew.

- Lipat macam membentuk kipas dengan ukuran lebih kurang seinci untuk lebar. Di bahagian tengah, ikat dawai dengan ketat supaya ia tidak terbuka apabila proses untuk menarik kelopak bunga nanti.

- Gunting bahagian hujung lipatan seperti di dalam gambar untuk membentuk kelopak yang diingiini. Boleh juga kalau nak potong bucu yang tajam. macam ni " > "

- Ini adalah bahagian yang paling menarik dimana kita akan mula menarik satu persatu kelopak tersebut bagi membentuk bunga. Haruslah berhati-hati sebab takut nanti terkoyak pulak. Caranya ialah dengan menarik setiap bucu kertas tersebut dan tarik kearah dalam (kearah dawai di bahagian tengah). Perlukan sikit kesabaran bagi yang mencuba buat pertama kali.

- Ulangi langkah yang sama untuk kelopak yang sebelah lagi tu. Jika menggunakan kertas tisu (tissue paper) kertas nya lebih nipis dan mudah terkoyak. Jadi korang perlu sangat berhati-hati Lagi satu, pastikan saiz kelopak mampu membentuk kipas iaitu hujung bertemu hujung. Kalau tak, nanti bunga tu akan jadi seolah-olah terkangkang. Bentukkan sampai cantik yer... senang jer!



Dengan sedikit kreativit, macam-macam boleh di buat dengan bunga pm pom ni. Boleh buat pelbagai jenis saiz dan warna agar nampak lebih meriah. Bunga telur, hiasan belakang pelamin, hiasan meja makan beradap, hiasan bilik pengantin dan macam-macam lagi. Dah habis majlis, boleh buat hiasan rumah pula.

Nak tau banyak lagi pasal DIY.. boleh klik link SINI

p/s : Lagi banyak bunga pom pom di buat, lagi lebih kreativiti yang boleh di lakukan. Tak payahlah tempah pelamin lagi... mahal!

#pic fr google


8 comments:

nini said...

Bunga pompom ke nama dia...haha...masa saya kawen saya pakai bunga ni la..ekekeke

Ayu said...

Cantik... perlukan kesabaran juga nak siapkan benda ni kan?

menarik wrn dia

Sheila Adziz said...

Nice idea... Thanks for sharing

Eeca Shyaa said...

senang je nak buat kan. hehehe

mamapp said...

Cantiknya.. nampak gebu gebas gitu

Siqah Hussin said...

Macam senang nak buat, dan hasilnya cantik :)

minta izin guna kak noor, nak buat bunga hiasan ni. Tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...