20 November 2017

Hilangkan Bau, Panas Badan Dan Pening Makan Durian

Sekarang ni musim lambakan raja buah yang di sukai ramai iaitu durian. Sana-sini di FB orang ramai bercerita pasal durian. Pastinya cerita pasal betapa sedapnya makan durian tu. Tapi ada risikonya makan durian ini. Antaranya mulut akan berbau durian bila sendawa. Juga kepala akan pening, tekak akan menjadi mual dan badan juga akan berasa panas membahang. Ada cara dan petua orang dulu-dulu untuk ini. Nanti aku beritahu untuk mengelakkan perkara-perkara ni.... yer!

Hilangkan Bau, Panas Badan Dan Pening Makan Durian
Hilangkan Bau, Panas Badan Dan Pening Makan Durian

Walaupun musim ni durian banyak tapi harganya tetap sangat mahal. Mungkin di sebabkan penggemarnya sudah semakin ramai. Jadi masa inilah tuan tanah pokok durian dan peniaga durian memungut hasil yang lumayan. Durian runtuh @ musim durian tak datang selalu. Tapi bergegar poket nak mengeluarkan duit membelinya, mahal tak masuk dek akal, baik beli kepci... haha!


Dulu-dulu penjual pakai harga sebiji dan selonggok beberapa biji. Sekarang mereka semua menjual harga dengan  timbangan kilo. Itu yang dah jadi mahal yang amat. Kalau sekilo berbelas ringgit dan buah tu dalam dua kilo lebih... kiralah berapa harga yang nak dibayar. Paling sedih apabila dibuka hanya 2 pangsa sahaja ada isi. Pangsa yang lain kosong,  dapatlah 5 ulas satu biji... Bertabahlah kalau terkena macam tu... 

Hilangkan Bau, Panas Badan Dan Pening Makan Durian


Petua berkenaan macam ini dah lama orang-orang dulu amalkan. Memang dah pernah cuba nampak sangat berkesanlah. Caranya sangat mudah saja iaitu selepas makan durian, ambil pangsa durian yang sebelumnya berisi durian yang sudah di makan, curahkan air kedalamnya. Minumlah air itu sehingga habis. 

Teringat dulu-dulu di kampung, makan durian di pondok durian. Tunggu durian gugur, debuk bunyi durian terus kejar tapi kena hati-hati takut kena timpa dek durian gugur. Masa tu tak boleh juga nak makan banyak. Tengok durian banyak berlongok, makan seulas dua, perut jadi sebu. Dah tak ada, teringin jadinya. Bila entah nak balik kampung, tak taulah... !

Dah tau petua ni, tak kisahlah makan durian banyak-banyak. Nanti buat macam ni, minum air dalam pangsa durian. Tak payah minum dalam cawan dah, tapi jaga-jaga dengan durinya. Kalau terkena mulut boleh luka dek duri yang tajam... hihi!

Untuk mendapat pelbagai petua. lihat di SINI

p/s: Teringinnya makan durian banyak-banyak tapi mahalnya... alahai!

#pic fr google

3 comments:

  1. Buah kesukaan yang dah susah nak dapat.. hehehe

    ReplyDelete
  2. yesssss memang selalu buat macamni lepas makan durian. Kadang tu saja tinggal isi sikit dalam tu sebab nanti rasa macam minum air durian :P

    ReplyDelete
  3. Biasanya kalau dah banyak memang tak lalu dah nak makan..Durian ni paling banyak kita boleh makan pun sebiji je..tapi bila dah lama tak makan mula la nak makan banyak2..padahal dah makan boleh berapa ulas je la..

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...