Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Adsense Dah Beranak Pinak, Harap Sebelum Hujung Bulan Ni Dapat Merasa...

4:36:00 PM Noor Akma 5 Comments

Aku dah lebih setahun memiliki akaun adsense.  Masa nak mendapatkan adsense ini, beberapa kali kena reject. Setelah itu aku dapat adsense juga tapi waktu itu hanya akaun hosted sahaja sebab blog masih blogspot dot com. Income yang dapat hanya sen-sen yang sekumit je. Tak tau macam mana nak kembangkan blog nak dapatkan lebih... hurm!

Adsense Dah Beranak Pinak, Harap Sebelum Hujung Bulan ni Dapat Merasa...
Adsense Dah Beranak Pinak, Harap Sebelum Hujung Bulan Ni Dapat Merasa...

Selepas beberapa bulan, tergerak hati nak dapatkan blog kesayangan aku ni domain sendiri. Setelah mencari pelbagai informasi dan bertanya dengan beberapa orang termasuk otai blogger di alam maya ini, aku pun teruskan dengan niat untuk berdomain sendiri. Dah selesai, masalah timbul, iklan adsense tak muncul lagi dah...

Panik tak hinggat masa tu. Rupanya kena mohon balik adsense tu sebab adsense hosted takkan muncul di blog yang ada domain sendiri. Nasiblah aku ada beberapa blog yang kurang aktif masih blogspot dot com. Hanya di situlah iklan adsense hosted aku muncul. Tapi tinggal sen-sen seciput  sungguh yang aku dapat sesekali.


Aku pun mula memohon adsense akaun penuh. Berpuluh kali rasanya memohon rasanya. Proses membuang, mengedit dan mengubah suai blog pun dah buat berpuluh kali juga. Macam-macam yang aku tempuh masa tu. Ada sahaja yang tak kena dengan blog aku ni. Sampai kadang kala dah naik jelak asyik dapat notificatoin reject dari adsense. 

Adsense Dah Beranak Pinak, Harap Sebelum Hujung Bulan Ni Dapat Merasa...


Akhirnya selepas hari raya puasa tempohari baru aku dapat akaun penuh adsense. Masa tu tak terkata dan tak terkira gembira rasanya. Setelah berpenat lelah barulah berjaya. Tak taulah apasal boleh di terima pula. Mungkin adsense pun dah jemu dengna aku yang tak berputus asa terus memohon akaun ni tanpa henti... haha!

Setelah itu aku tak menoleh kebelakang lagi. Terus berusaha tanpa jemu untuk mengutip hasilnya. Adsense pun terus beranak pinak dengan jayanya. Sebenarnya dah hampir nak cukup bulan lepas lagi. Masa tu hanya 12 sen nak ke 100USD. Terpaksalah tunggu bulan ini yang menghasilkan lebih dari cukup. Alhamdulillah.... harap-haraplah. 

Itupun dah panjang senarai list yang aku dapat, permintaan dari anak-anak untuk di belikan itu dan ini. Itu belum kira perbelanjaan sekolah yang nak di sediakan hujung tahun ni. Dengan pendapatan adsense ini dapatlah menampung serba sedikit perbelanjaan .. kan!

Nak baca cerita aku tentang adsense lagi... klik SINI

p/s: Kalau boleh, nak tiap-tiap bulan dapat keluarkan duit adsense. Tapi masih jauh lagi langkah tu... hurm!

5 comments:

waaaa...bestnye...saya lagi sendu tah lagi 4 tahun baru nak capai kot hahaha...anyway congrats pada semua yang dapat adsense....korang memang hebat....

Ucing said...

wah tahniah.semoga tercapai pendapatan setiap bulan dari adsense.(^_^).

Alhamdulillah, best nya kan dapat merasa hasi dari penat jerih kita, walaupun jumlah yang kecil namun jika kita bersyukur, in sha Allah akan di tambah tu, sabor aja lah

Jom tingkatkan trafik blog anda dengan 12 tip sempoi ini

Bestnyaa. Tengah mohon jugak, lagi sedih xde feedback apa apa ponn. Kena cekal jugakk ni, hahaa

bestnye dh nak dpt cashout adsense. syu nye acc bersen sen je lg.

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...