Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Resepi Kacang Panjang Tumis Pedas Bersama Dengan Udang Kertas

2:45:00 PM Noor Akma 3 Comments

Dah kebuntuan aku dengan en. suami memikirkan pa nak di masak untuk juadah tengahari beberapa hari ini Tetiba en. suami kata teringni nak makan lauk udang dengan kacang. Di sebabkan baru lagi masak lemak cili api, jadi aku cadangkan masak kacng pnjang tumis pedas dengan udang tu. Bajet ciput, en. suami beli udang kertas yang kecil comel jer....

Resepi Kacang Panjang Tumis Pedas Bersama Dengan Udang Kertas
Resepi Kacang Panjang Tumis Pedas Bersama Dengan Udang Kertas

Kenapa aku panggil tumis pedas... ? Nampak gambar macam tak pedas pun. Pedas menyengat tu, jangan tak tau. Lebih dari 12 biji cili api aku gunakan untuk membuat masak tumis pedas ni. Pernah aku cerita di blog ini yang kami sekeluarga jenis yang kuat makan pedas. Kalau tak pedas tak ada rasa kata en. suami yang berasal dari Rembau, Negeri Sembilan.... hehe!


Nak resepi..? Ini resepi mudah yang main tumbuk-tumbuk dan campak-campak dalam kuali je. tak ada sukat bagai sangat. Nak yang tak pedas kurangkan jumlah cili api. Jumlah dan sebesar mana hidangan ikutlah kuantiti orang di rumah yang nak makan. Untuk memudahkan, aku bagilah resepi tak seberapa ini di sini... 

Resepi Kacang Panjang Tumis Pedas Bersama Dengan Udang Kertas 


Bahan-bahan:

Secekak kacang panjang
Segenggam udang kertas
13 biji cili api
2 biji cili merah
3 ulas bawang putih
1/4 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
Jika suka, boleh tambah 1/4 dari seketul kiub ayam

Cara-cara:

Kacang panjang di potong serong dan di bersihkan. Udang kertas di buang kepala dan ekor juga di bersihkan. Cili api, bawang merah dan bawang putih di tumbuk lumat. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, dan goreng bahan tumbuk sehingga berbau wangi.

Selepas tu masukkan udang, kacau di dalam kuali bersama bahan tumbuk sehingga udang masak. Masukkan 1/4 cawan air sekiranya bahan masakan nampak kering. Masukkan kacang panjang. Kacau lagi sehingga kacang panjang lembut sedikit. 

Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Jika suka masukkan sekali kiub 1/4 dari seketul kiub ayam. Aku masukkan bahan ini untuk penambah rasa. Tak letak pun tak apa. Kacau, kacau, kacau sehingga sebati, bolehlah di angkat untuk di jadikan juadah tengahari.

Nak tengok banyak resepi lagi di blog ini... klik SINI

p/s : Sedap hingga menjilat jari... Aku sebenarnya alergi dengan udang, makan seekor dua je untuk rasa. Yang lain biarlah en. suami dan anak-anak habiskan.... hurm!

3 comments:

Asyik jumpa resepi makanan je nie. Hehee ni pon nampak sedap, tambah bila pedas pedas!

Amanda Suria said...

SA suka goreng kacang buncis campur udang kertas macam ni..sedap kan...

Sedapnya . Memandangkan CCL memang suka pedas boleh cuba resepi ni

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...