Buat Sardin Sendiri Kerana Was-Was Ada Cacing Dalam Tin Sardin Yang Di Jual

2:27:00 PM Noor Akma 4 Comments

Setelah heboh cerita sardin dalam tin mengandungi cacing, akhirnya aku merajinkan diri buat sardin sendiri. Kami sekeluarga memang penggemar sardin tegar. Tiap-tiap minggu mesti ada juadah masakan sardin yang aku masak untuk keluarga. Geli geleman di buatnya apabila melihat gambar cacing yang di kongsi di laman sosial.  Penyelesaiannya aku buat sardin sendiri. Lebih baik, lebih jimat dan terjamin kebersihannya. Yang pasti, tak ada cacing... huhu!

5 Bekas Sardin Buat Sardin Sendiri
5 Bekas Sardin Buat Sardin Sendiri 

Aku buat sardin ni saling tak tumpah macam sardin yang di jual dalam tin tu. Yang hanya ada ikan dan sos tomato sahaja. Banyak resepi sardin di media sosial, ada bawang, tomato segar, cili boh dan macam-macam lagi. Itu  dah jadi macam nak buat masak sambal yang untuk terus di makan sahaja. Haiyya...

Aku nak buat masak macam-macam selepas tu seperti, sardin masak lemak cili api, sardin masak tumis cili api dengan kentang, sardin masak kari, sardin masak taucu, dan semestinya sardin masak sambal serta  macam-macam lagi. Kalau dah siap jadi sardin sambal cili,  satu jenis itu jelah lauk sardinnya... kan!


Jadi, aku buat sardin dengan cara yang paling mudah. Iaitu hanya ikan sardin, segar, sos (aku minta en. suami beli sos tomato, sos cili yang di belinya. Tak apa, boleh juga). Beli sos cili dalam paket je. Nak guna, tuang dalam botol, recycle la tu. Bukankah di tin tu hanya tulis bahan-bahanya itu hanya "sardine in tomato sauce". Buat apa susah-susah tambah perisa bagai... 

Buat Sardin Sendiri Kerana Was-Was Ada Cacing Dalam Tin Sardin Yang Di Jual


Bahan-bahan:

20 ekor ikan sardin segar
1 1/2 cawan sos tomato/cili
2 sudu makan minyak masak
Air secukupnya

Cara-cara:

Siang dan buang kepala ikan sekiranya nak nampak macam sardin dalam tin. Tak buang kepala pun tak apa. Bersihkan ikan dari isi perut dan darahnya. Toskan.

Masukkan sos dalam pressure cooker. Masukkan minyak masak sekali. Kacau sebati. Susun ikan dalam pressure cooker yang berisi sos dan minyak masak tu.  Masukkan air secukupnya setakat ketinggian ikan dalam periuk saja.

Set pressure cooker selama 90 minit.  Di sebabkan aku guna pressure cooker Philips jadi aku kena set 2 kali. Kali pertama  59 minit dan  tambah sekali lagi selama 31 minit.

Dah siap, bolehlah di simpan di dalam bekas. Aku buat 1 bekas 4 ekor ikan. Dapat 5 bekas sardin yang siap sedia untuk di masak dengan pelbagai citarasa selama sebulan lebih kurang. 

Jangan lupa simpan dalam peti ais di tempat beku. Sehari sebelum di gunakan letak di bahagian bawah peti ais iaitu di tempat untuk penyejukan saja. Bila nak di gunakan, keluarkan dari peti ais  20 - 30 minit lebih awal. 

Buat Sardin Sendiri Dengan Pressure Cooker
Buat Sardin Sendiri Dengan Pressure Cooker

Semudah itu sahaja resepi sardin buat sendiri aku ni. Tak perlulah nak jangkakan aku masak ala-ala istimewa sangat sardin ni. Aku rasa nak rebus ikan ni dalam air dan minyak pun boleh kalau tak nak ada sos. Macam tuna dalam tin tu. Nak rebus dalam sambal cili api pun boleh. Kita yang buat dia... suka hati kitalah kan... hehe!

Nak baca cerita, informasi dan resepi di blog ni, klik SINI

p/s: Buat pertama kali FB aku paling ramai orang like dan komen bila letak gambar dan buat status buat sendiri sardin... Kes viral la kata kan....  

4 comments:

ejulz said...

terbaek.. 100% mcm sardin jugak.. mesti sedap ni :)

taksangka pulak mudah je, baik buat sendiri kan. terjamin sikit

At-Tarmizi said...

Boleh cuba ni nanti :)

Jia Rizaira said...

Sardin salah satu favorit saya. Sejak haritu tersebar pasal cacing dalam sardin buat tekak loya je. Btw, thanks untuk resepi DIY sardin ni.

Jemput singgah ariazir.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...