Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kasut Putih VS Kasut Hitam...

12:40:00 PM Noor Akma 3 Comments

Kasut putih dah sinonim dengan kasut sekolah sejak dulu lagi. Waktu aku bergelar pelajar sekolah dulu sudah semestinya pakai kasut putih. Masa tu, walau aku pengawas sekolah tak pula pakai kasut hitam. Semua pelajar zaman aku sekolah dulu sama saja, ada jawatan atau tidak tetap berkasut putih.

Kasut Putih VS Kasut Hitam...
Kasut Putih VS Kasut Hitam... 

Apabila anak-anak mula bersekolah, baru ada trend yang ada jawatan di sekolah di bolehkan dan di mestikan pakai kasut hitam. Banyak kenangan dan peristiwa dengan kasut putih ni. Peristiwa sendiri dan rakan-rakan dan jiran pun ada. Biasalah kasut putih bukannya senang nak jaga. Lebih-lebih lagi kawasan kampung... hahaha!



Aku dulu, sekolah jauh dari rumah. Namun begitu aku berjalan kaki sahaja untuk sampai kesekolah. Naik bukit, turun bukit, lalu belakang rumah orang, perlimbahan orang, jamban orang, kandang kambing dan macam-macam lagi. Bukan tak ada jalan yang sebenar tapi itulah jalan pintasnya untuk sampai cepat. Kalau ikut jalan besar, jauh yang amat.. huhu!

Kasut Putih VS Kasut Hitam... 


Selain itu, bila musim hujan, jalan becak sungguh. Habis kekotoran melekat di kasut putih tu. Jadi, untuk menyelamatkan kasut agar tak bertukar warna kecoklatan, kasut sekolah simpan dalam beg, pakai selipar nak ke sekolah tu. Bila sampai sekolah tukar ke kasut sekolah. Tapi bila bukan musim hujan tetiba hujan turun, kuyup juga kasut tu di hujani kekotoran. 

Ada juga cerita anak jiran(lelaki) lupa basuh kasut sekolah waktu cuti penggal. Esok nak sekolah, malam baru teringat kasut belum di cuci. Cuci malam tu, salai kat dapur kayu. Esok pagi, tak perasan kasut jatuh dalam bara api. Apa lagi dah nak rentung kasut terbakar. Teruk anak tu kena belasah dek emak dan bapaknya. Tak dapat juga pergi sekolah dan kena beli kasut baru... hahaha!

Anak-anak pula, setakat tahun dua tu aku tolonglah cucikan sambil ajar dia cuci sendiri. Bila diorang dah besar sikit, buatlah sendiri. Tapi ada anak buah di bantainya cuci dalam mesin basuh. Bergegar bunyi mesin basuh satu rumah suatu hari tu masa aku ke rumah kak ipar. Ingat apa lah bendanya. Malasnya diorang, patutlah mesin basuh rumah diorang asyik rosak... hahaha!

Bila anak-anak  dah besar sikit, diorang dah pandai nak melawa dan cantik-cantik. Pandai diorang jaga warna kasut takut malu apabila kotor. Di bandar bukan macam kampung, becak sana sini. Cuma bersukan tu je yang buat kasut kotor tapi diorang boleh juga pakai kasut sukan bila ada kokurikulum.

Anak bujang aku sorang je. Masuk sekolah menengah dia memang pakai kasut hitam sampai habis sekolah sebab dapat masuk kelas depan(KRK). Dah warnanya hitam, lebih kurang sebulan sekali baru di basuhnya. Anak-anak perempuan aku yang lain ada jawatan di sekolah, jadi memang pakai kasut hitam. Kecuali anak bongsu yang pendiam ni sahaja pakai kasut putih. Tahun depan pakai kasut hitam yer.. hehe!

Memang warna hitam lebih memudahkan untuk anak-anak nampak lebih bersih, Tak adalah dah cantik-cantik pakaian, tetiba kasut pula kotor tak berbasuh. Biasanya pada anak-anak yang sekolah rendah. Apatah lagi yang lelaki sebab diorang ni suka bermain. Tak main bola, buat permainan kejar-kejar siapa dapat pijak kasut siapa pun jadi. Mana tak kotor kasut di buatnya...

Eloklah pelaksanaan pemakaian kasut hitam di sekolah. Mudah kerja suri rumah nak mengajar dan menyuruh anak cuci kasut. Tapi rasanya sesiapa yang masih nak pakai kasut putih tak di larang. Isu remeh je ni. Tak payahlah di perpanjangkan cerita lagi. Kasut putih atau kasut hitam, bukan penentu kejayaan anak-anak di sekolah. Pelajaran itu yang paling utama... Tak gittuuu!!!

Nak baca cerita dan informasi di blog ini, klik SINI

p/s: Cerita kenangan persekolahan dengan kasut putih, menggamit memori...  hihi!

#pic fr google

3 comments:

Memang banyak kenangan kasut putih zaman sekolah dulu.

At-Tarmizi said...

betul, warna kasut tak penting tapi sistem pendidikan yang lebih utama =)

Bro Ahmad said...

Ok la kasut hitam, senang sikit nak jaga

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...