Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Resepi Kacang Botor Goreng Belacan, Merecik Sedapnya

1:42:00 PM Noor Akma 3 Comments

Nama lain kacang botor adalah kacang botol, kacang, kelisa, kacang sirek dan ada beberapa nama lagi yang di panggil mengikut dialek setempat. Kacang ini kebiasaannya di buat ulam makan dengan sambal kelapa dan sambal belacan. Buat resepi kacang botor goreng belacan ini pun merecik juga sedapnya. Resepi kacang botor goreng belacan ini sama dengan sayur goreng belacan yang lain. Cuma berbeza sayuran sahaja.

Resepi Kacang Botor Goreng Belacan, Merecik Sedapnya

Pokok kacang botor adalah sejenis pokok menjalar dan memanjat. Senang hidup dan tak banyak musuh perosak tanaman. Aku suka tanam pokok kacang botor ini dulu. Berlambak buahnya sampai tak habis di makan. Sedapnya apabila di buat masakan goreng belacan. Tak sedar bertambah nasi di pinggan... huhu!



Buat goreng belacan kacang botor ini tak perlu berkuah macam kangkung goreng belacan. Buat masakannya sekadar basah-basah sahaja. Bahan-bahan lebih kurang sama. Agak-agak sahajalah sebanyak mana kacang dan kesesuaian bahan ikut berapa orang yang nak makan. Mudah je...

Resepi Kacang Botor Goreng Belacan, Merecik Sedapnya


Bahan-bahan:

12 biji kacang botor
7 biji cili api
1 biji cili merah
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis
Sebesar ibu jari belacan
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis

Cara-cara:

- Kacang botor di hiris nipis dan di bersihkan. Cili api, cili merah, bawang merah, bawang putih di tumbuk lumat atau di kisar bersama belacan. Tak perlu di bakar terlebih dahulu belacan tu kecuali nak buat sambal biasa.

- Setelah itu , campurkan ikan bilis dan kisar/tumbuk  ikan bilis bersama, Tak perlu sampai lumat. Hanya tumbuk kasar sahaja. Dah siap itu semua, panaskan kuali dengan sedikit minyak masak.

- Setelah minyak panas, masukkan bahan tumbuk/kisar  tadi. Goreng sehingga naik bau bahan tumbuk tadi. Setelah itu, masukkan kacang botor dan kacau sehingga kacang botor  menjadi lembut dan bertukar warna sedikit.

- Sekiranya agak kering, tambah sedikit air. Ikutlah kehendak sendiri samada nak berkuah atau kurang kuah. Perasakan dengan garam dan gula. Setelah itu, bolehlah di angkat dan di hidangkan untuk di makan bersama nasi putih.

Memang kena dengan selera kami sekeluarga sayur kacang botor goreng belacan ini. Resepi mudah, hanya campak-campak goreng stail kekampungan saja. Sedap, kecur air liur aku di buatnya. Resepi ni aku buat minggu lepas. Esok nak cari sayur ni, nak buat lagi... hahaha!

Nak lihat pelbagai resepi di blog ini, klik SINI

p/s: Bagi orang kampung resepi macam inilah yang membuka selera... :)

3 comments:

betul tu, memang suka sangat resipi ni sebab simple dan sedap

Amanda Suria said...

Sedap...lama dah SA x makan...nak buat nanti la

sedap nyer.
sgt sedap ni.

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...