Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Adakalanya Mood Keboringan Ke Laut Dengan Media Sosial

4:04:00 PM Noor Akma 1 Comments

Di era dunia global tanpa sempadan ini, jarang di jumpai orang yang tak ada akaun media sosial. Termasuklaah aku yang memiliki beberapa akaun antaranya FB, IG, Twitter, Youtube dan juga Blog. Seronok ada media sosial ini iaitu boleh dapat tau situasi semasa melaluinya. Tapi, adakalanya mood keboringan ke laut dengan media sosial ini menjelma juga. 

Adakalanya Mood Keboringan Ke Laut  Dengan Media Sosial
Adakalanya Mood Keboringan Ke Laut  Dengan Media Sosial

Bila ada akaun media sosial ini, kenalah ada pengisian. Kalau tidak di gunakan sepenuhnya, jadi hambarlah media sosial tu. Lainlah sekiranya hanya untuk sekadar ada saja dan jadi cctv. Bukan  bagi aku yang menggunakan media sosial ini sepenuhnya untuk mencari pendapatan. Membuat pengisian tu untuk menjadi tarikan memang kena perah otak juga.



Tapi itulah, tak boleh juga nak terlalu terbuka dengan media sosial takut berlebihan seterusnya mejadi sesuatu yang tak baik di kemudian hari. Kena ada penanda aras agar apa jua yang di lakukan tidak menjadi keterlaluan. Apatah lagi maklumat tentang diri kita mungkin di gunakan oleh orang lain dengan cara yang tidak baik. Itu yang kena di elakkan dan di jauhkan.

Adakalanya Mood Keboringan Ke Laut  Dengan Media Sosial


Semenjak seminggu dua ini  ada rasa yang boring, jelak, jemu dan menyampah pula aku dengan media sosial ini. Lebih-lebih lagi di IG. Nak ambil gambar dan letak gambar pun dah malas sesangat. Sindorm menyampah rasanya macam tak berkesudahan sungguh. Nak letak gambar sendiri, bukan hari-hari bersiap cantik. Nak letak gambar makanan yang di masak je pun... huh!!!

Walaubagaimanapun di media sosial selain itu, aku terpaksa mencampakkan perasaan boring, jelak, jemu dan menyampah jauh-jauh sebab ia menjurus kepada punca pendapatan aku. Kalau tidak, jatuh merudumlah jualan aku sebagai dropshipper dan pendapatan pengiklanan aku di blog. Bertukus lumus jagalah mencari idea dan ilham mencari pengisian blog.

Masih tercari-cari rentak dalam media sosial sebenarnya walau dah lama berkecimpung sebagai blogger dan dropshipper. Sebabnya aku masih belajar menggali pelbagai cara untuk lebih mengetahui macam-macam idea untuk meningkatkan pencapaian dan seterusnya pendapatan. nampak senang tapi bukannya semudah itu sahaja. 

Tapi mood kelaut ini juga yang sering menerjah. Aku angggap saja perkara ini asam garam untuk pencapaian yang lebih baik. Nak ku pujuk hati ini untuk buang jauh-jauh perasaan boring, jelak, jemu dan menyampah ini ke laut dalam. Kalau tidak, bila pula aku nak maju ke hadapan. Nak tambah pendapatan beribu-ribu lemon, ya tak?

Nak baca cerita dan informasi, lihat SINI

p/s:  Seksa rasaya bila kekosongan idea melanda... aihhh!!

1 comments:

Cik Yaya said...

biasalah.kadang memang begitu..huhu

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...