Cara Mudah Membuat Cantuman Pokok Bunga Kertas Pelbagai Warna Dalam Satu Pokok

2:38:00 PM Noor Akma 2 Comments

Suka lihat pokok bunga kertas berbunga lebat. Lebih-lebih lagi melihat hanya dalam satu pokok ada pelbagai warna bunga kertas. Nak membeli jenis macam ni, keplang mahal. Apatah lagi yang telah di bentuk cantik ala-ala bonsai. Apa kata buat sendiri cantuman okok bunga kertas pelbagai warna dalam satu pokok. 

Cara Mudah Membuat Cantuman Pokok Bunga Kertas Pelbagai Warna Dalam Satu Pokok
Cara Mudah Membuat Cantuman Pokok Bunga Kertas Pelbagai Warna Dalam Satu Pokok

Tak susah membuatnya tapi memerlukan sedikit ilmu pengetahuan jugalah. Sekarang, banyak sudah di kongsikan caranya di laman sosial. Aku dah tahu cara ini lebih dari sepuluh tahun dan sudah pernah praktikkan dulu sewaktu rajin menanam pokok bunga kertas ini. Waktu itu masih di rumah lama. Penuh dan meriah kawasan rumah dengan pokok bunga. 

Pokok bunga kertasa mendapat nama di sebabkan bunganya nipis dan mempunyai ciri-ciri seperti kertas. Nama lain bunga ini adalah bougainvilla. Terdapat tiga spesies utama bougainvilla di Malaysia, iaitu B. glabra, B. spectabilis, dan B. Mrs. Butt. Banyak kacukan telah dilakukan daripada tiga spesies asal ini untuk menghasilkan pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai warna kelopak, baik selapis mahupun banyak lapis.



Untuk membuat cantuman seelok-eloknya pilih dari pokok yang dari species yang sama tapi dari warna yang berlainan dan jenis yang merimbun. Ini untuk memastikan ia nampak elok, cantik  dan sepadan sebab kadang-kadang ada jenis yang hanya berbunga di hujung-hujung  sahaja. 

Cara Mudah Membuat Cantuman Pokok Bunga Kertas Pelbagai Warna Dalam Satu Pokok


Bahan-bahan:

Pisau
Cutter
Gunting
Plastik
PVC tape
Tali atau dawai pengikat
Pucuk pokok bunga kertas pelbagai warna
Sepasu pokok bunga kertas

Cara-cara:

Bahagian pucuk pokok pelbagai warna yang hendak dicantumkan di letak ke dalam segelas air untuk mengelakkan pucuk layu sebelum perkara seterusnya di lakukan.

Pilih pucuk yang sesuai untuk dicantumkan pada sepasu pokok bunga kertas. Potong pucuk pada pokok dalam pasu  yang mempunyai diameter/ ukuran yang sama dengan pucuk yang akan dicantumkan.

Potong dengan berhati-hati dan belah sepanjang anggaran 2cm. Buang daun-daun pada pucuk yang hendak dicantumkan, tinggalkan 2 atau 3 daun pucuk yang paling kecil sahaja. Hiris bahagian hujung pangkal pucuk ini membentuk seperti baji.

Masukkan hujung yang berbentuk baji ini di antara celah ranting pucuk yang dibelah tadi. Ikatkan cantuman pucuk ini dengan PVC tape putih  yang biasa di gunakan untuk mengetatkan batang paip.

Akhir sekali ambil satu plastik , sungkupkan pucuk yang telah dicantumkan tadi dan ikat di bahagian bawah. Ini untuk mengelakkan kehilangan air dan menjaga kelembapan dari cantuman pokok dan menyebabkannya kering dan mati.

Jika cantuman ini berjaya , anda akan dapat melihat titisan-titisan air yang dibebaskan oleh pucuk yang baru dicantum, di bahagian dalam plastik. Pucuk mula tumbuh membesar dan hidup. 

Selepas seminggu, buang sungkupan plastik luar dan buang ikatan PVC tape pada cantuman. Biasanya ada juga cantuman yang tidak berjaya. Purata 10 cantuman 3 akan gagal. Tapi bila berjaya, pasti akan berbangga dengan hasilnya.

Sekarang, aku tinggal di rumah yang tidak memungkinkan aku menanam apa jua pokok sebab faktor ketinngian rumah dan tiada bertanah dan berhalaman. Insya'allah pada tahun hadapan aku akan pindah kerumah yang keliling rumah bertanah dan luas halamannya. Akan ku hiasi halaman dengan bunga kertas pelbagai warna... Insya'allah!

Untuk tips dan informasi yang pelbagai di blog ini.... klik SINI

p/s: Geram tengok pokok bunga kertas yang berbunga lebat, macam musim bunga di negara Eropah.

2 comments:

ejulz said...

Terbaek :)

Susah juga nak jadi kalau tak mahir.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...