Pengat Pisang Tanduk

4:04:00 PM Noor Akma 4 Comments

Hari ini aku nak kongsi tentang pengat pisang yang aku buat seminggu selepas raya puasa hari tu. Antara makanan pemanis atau pencuci mulut kegemaran aku. Pisang tanduk untuk aku buat  pengat pisang ini ambil dari kampung masa hari raya hari tu. Ia di bekalkan oleh ibubapa aku sewaktu nak kembali ke Shah Alam selepas berhari raya di kampung.

Pengat Pisang Tanduk
Pengat Pisang Tanduk


Resepi pengat pisang ini mudah sahaja. Hanya ada beberapa bahan, campak-campak dalam periuk sahaja dah siap. Sebuah resepi orang kampung yang sangat sedap. Tapi ramai orang dan anak-anak sekarang tak berapa suka pengat atau bubur ini. Mereka lebih menyukai  kek, pavlova, muffin, pizza dan macam-macam lagi makanan barat.



Aku pula suka makanan kampung macam ini. Jadi aku nak sentiasa memperkenalkan masakan sebegini pada anak-anak. Anak-anak aku yang jenis tak memilih makanan ini biasanya ikut sahaja gaya permakanan aku. Sedap dan lazat sungguh  pengat pisang ni..... 

Resepi Pengat Pisang Tanduk


Bahan-bahan:

Seikat pisang tanduk yang telah masak
2 cawan gula
1 cawan gula merah
1 helai daun pandan
2 cawan santan pekat
1/2 cawan sagu telur ikan
1 cawan air

Cara-cara:

Pisang di buang kulit dan di hiris tebal. Cairkan gula merah dalam secawan air dan tapis. Basuh sagu telur ikan dalam tapis untuk mengurangkan kanjinya

Masukkan pisang ke dalam periuk bersama air gula merah air tadi. Didihkan bahan tersebut. Seterusnya masukkan gula dan santan kedalam periuk tadi. 

Masukkan juga sagu mata ikan dan sehelai daun pandan yang telah di simpul. Biarkan sampai betul-betul mendidih. Sementara itu, kacau sentiasa. Setelah itu, bolehlah di angkat. 

Biarkan sejuk terlebih dahulu, barulah di makan. Tak sesuai makan panas sebab takut melecur pula mulut di buatnya.... hehe!

Aku suka sejukkan dalam peti ais terlebih dahulu. Rasa kesejukan itu lebih sedap untuk di makan.  En. suami suka makan pengat di cicah dengan roti. Sedap juga bila di buat macam tu. Terpulang pada masing-masinglah. Rasa pisang tanduk apabila masak yang masam-masam manis tu yang menjadi ia sangat sedap rasanya.

Nak baca pelbagai cerita, resepi dan macam-macam lagi... klik SINI

p/s: Selain buat pengat, puas makan setandan pisang di buat goreng juga.


4 comments:

Sheila Adziz said...

sedapnyo pengat pisang petang2 ni...

JAMIL HASHIM said...

PEMANIS MULUT SEDAP...

lama tak makan pengat pisang

http://shfyqhazhr.com/

nadia said...

Wahhhh sedapnya...lama tak makan pengat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...