Sup Tulang Daging Korban Aidiladha 2018

3:46:00 PM Noor Akma 2 Comments

Hari ini aku buat sup tulang daging korban  yang tulangnya en. suami dapat dan  bawa dari masjid semalam. Anak-anak memang suka sup tulang. Apatah lagi di buat dari tulang daging korban yang segar baru di sembelih semalam. Masih terasa segar rasa dagingnya. Jadi, sup tulang daging korban ini memang di nanti saban tahun apabila menyambut aidiladha.

Sup Tulang Daging Korban Aidiladha 2018
Sup Tulang Daging Korban Aidiladha 2018

Dapat tulang bahagian pangkal paha yang besar dan di penuhi daging di sekelilingnya. Ada juga tetel lembut putih yang kenyal di sekelilingnya. Selain tu dapat juga beberapa ketul tulang yang agak kecil bersama isinya sekali. Tak nak simpan lama tulang ni, jadi aku pun mulakan langkah penyediaan sup tulang.

Sudah semestinya aku masak sup ini menggunakan periuk yang mempercepatkan dan memudahkan aku memasaknya. Kalau tidak, apabila aku rebus tulang daging, siap boleh tidur sejam dua tapi tulang masih belum empuk dan tiada tanda untuk daging tanggal dari tulangnya. Ambil masa 4 jam biasanya.... huhu!



Kini dengan periuk ajaib ini iaitu all in one pressure cooker philips dalam setengah jam saja dah siap seperiuk sup tulang yang sedap. Aku buat lain sikit iaitu aku letak sepaket serbuk sup adabi dalam kuah sup. Biasanya aku tak letak perencah tu. Jadi, ada kelainan sikit. Sedap juga rasanya. 

Sup Tulang Daging Korban Aidiladha 2018


Bahan-bahan:

Tulang lembu dan sedikit isinya
4 biji ubi kentang
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 paket serbuk sup 
1 sup bunjut
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 kulit kayu manis
2 bunga lawang
3 bunga cengkih
2 buah pelaga
1/2 dari seketul kiub ayam
Daun sup secukupnya
Air secukupnya
Minyak masak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Jika suka pedas tambahkan cili api yang di titik sedikit kedalam sup

Cara-cara: 

Tulang di bersihkan. Kentang di buang kulit, di potong dan di belah empat. Bawang merah, bawang putih dan halia di hiris. Daun sup juga di hiris halus.

Di dalam periuk pressure cooker, masukkan sedikit minyak. Apabila minyak dah panas, tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang di hiris bersama kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.

Dah berbau wangi, masukkan perencah sup. Kacau sebentar dan masukkan sedikit air. Masukkan sup bunjut ke dalamnya. Masukkan juga kiub ayam.

Seterusnya masukkan tulang daging. Masukkan juga air secukupnya. Aku letak air  lebih sedikit dari paras daging. Sekiranya nak lebih kuah sup, boleh tambah lebih air. Tutup periuk dan setkan tekanan selama 25 minit. 

Setelah 25 minit, buka tudung periuk dan masukkan kentang dan perasakan dengan garam dan gula. Boleh masukkan juga cili api yang di titik. Selepas itu, tutup balik tudung periuk dan setkan tekanan kepada masa 5 minit.

Bila dah sampai masa 5 minit  bolehlah di buka tekanan periuk. Tabur separuh daun sup ke dalam masakan. Kacau sebati. 

Makan bersama kuah kicap dan taburan daun sup serta bawang goreng. Walla...

Inilah sup tulang daging korban yang di sediakan aku pada tahun ini. Puas hati lah makan dengan berseleranya en. suami dan anak-anak aku. Nasib baik ada pembantu ajaibku itu. Bolehlah masak dengan cepat dan selesa. 

Nak dapatkan resepi yang canggih di blog ini... klik SINI

p/s: Tunggu raya korban tahun depan pula sekiranya di beri kesihatan yang baik dan di panjangkan usia... aminnn..!

2 comments:

sedap ni. tapi takdapat lg asyik makan ayamn je

The best...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...