Tanda Dan Gejala HFMD | Ibubapa Please Alert....

1:18:00 PM Noor Akma 2 Comments

Sekarang di mana-mana, di kalangan ibubapa, heboh pasal HMFD.  Penyakit HFMD ini sudah merebak ke seluruh Malaysia. Jadi, para ibubapa please alert, tanda dan gejala HMFD ini pada anak-anak anda. Sebagai ibu bapa sentiasa periksa keadaan anak-anak anda  yang mungkin ada tanda  dan gejala HFMD. Penyakit berjangkit ini biasanya terkena pada kanak-kanak bawah 10 tahun. 

Tanda Dan Gejala HFMD | Ibubapa Please Alert....
Tanda Dan Gejala HFMD | Ibubapa Please Alert....


Ibubapa seharusnya juga peka pada perubahan anak-anak atau tanda-tanda HFMD. Jika mereka seperti kurang bertenaga atau mengantuk, tidak mahu minum atau makan, atau muntah berterusan bawalah untuk pemeriksaan di hospital berdekatan. Jangan  di ambil mudah dan endah tak endah sahaja. Gejala penyakit ini jika tidak di tangani boleh menyebabkan kematian.



Simptom-simptom setiap anak-anak adalah  berbeza.  Ada yang ulser dalam mulut, keletihan dan ada tanda demam tapi tak kuat. Ada juga naik bintik-bintik mengelembung pada kaki dulu dan tangan serta sebagainya. Bintik-bintik mengelembung ini apabila pecah, airnya itulah yang tersebar di mana-mana yang di sentuh menjadi di jangkiti.

Tanda Dan Gejala HMFD 


- Demam yang tak  kuat selama 2-3 hari.
- Sakit tekak, hidung berair.
- Ruam seperti bintik-bintik merah dan sesetengahnya lepuh (rashes) di tapak tangan dan kaki.
- Ulser mulut.
- Tiada selera makan.
- Muntah-muntah dan cirit-birit (Dhiarrea).


Apa Yang Perlu Di Lakukan Untuk Mengelak Terkena HMFD


- Tingkatkan Sistem imun anak anda iatu minum lebih banyak air, makan lebih banyak buah-buahan dan sayuran atau paling tidak ambil vitamin C yang sesuai untuk kanak-kanak.

- Elak dan jauhkan buat sementara ini, membawa anak kecil ke tempat awam seperti ke pasaraya, taman permainan dan juga tempat yang di penuhi ramai orang seperti di majlis-majlis keraian.

-  Amalan kebersihan di pertingkatkan di persekitaran iaitu sentiasa mencuci tangan apabila berada di tempat awam.

Sekiranya anak anda sudah terkena jangkitan HMFD


- Apabila anak ada tanda dan gejala HMFD pada anak, terus bawa jumpa doktor.

- Elakkan membawa anak ke tempat awam. Ke taska, tadika ataupun sekolah iaitu kuarantin di rumah sehingga betul-betul baik.

- Amalkan langkah kebersihan dengan teliti iaitu menjaga kebersihan dengan mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat  serta semasa selepas mencuci najis anak.

- Mencuci alatan mainan dan membersihkan (basmi kuman menggunakan larutan chlorine based) pada mainan anak serta lantai rumah terutama tandas

-  Cermat lupuskan najis/ diapers anak-anak. Pastikan diapers dibuang dengan betul

- Jangan berkongsi barang iaitu menggunakan peralatan makanan dan minuman yang berasingan dan tidak berkongsi barangan dengan kanak-kanak lain.

- Paling penting adalah jangan jadi ejen penyebar penyakit HMFD yer..!

Masa kecil dulu ada juga lebih kurang penyakit macam ni, orang panggil kudis buta.  Aku tak terkena masa tu, adik aku ada yang kena. Seingat aku kudis tu di cuci dengan air asam keping. Cepat kering dan baik. 

Nak lihat pelbagai tips dan informasi terkini, klik SINI

p/s: Yang utama sekarang, jaga pemakanan, kebersihan diri, rumah dan keluarga. Barulah penyakit susah nak hinggap.

2 comments:

Amir Azman said...

Sekarang pun saya sering batuk2. Walaupun HFMD selalu terjadi kepada kanak-kanak, tapi yang dah berusia pun perlu berjaga2 juga.

Cik Yaya said...

salam..

bhya skrng tgh musim penyakit ni.. =(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...