Wow, DIY Bekas Lampin Pakai Buang Kreatif!!!

5:18:00 PM Noor Akma 2 Comments

Baru tadi aku jumpa di FB suatu idea DIY  yang cukup menarik dan kreatif iaitu DIY bekas lampin pakai buang. Sungguh berinovasi idea ini. Bagi para ibu yang ada bayi dan anak kecil, apabila ada bekas lampin lampin pakai buang ini di rumah, ia menjadi lebih mas dan memudahkan. Cantik dan tersusun kemas barangan bayi dan anak-anak.

DIY Bekas Lampin Pakai Buang Kreatif
DIY Bekas Lampin Pakai Buang Kreatif

Biasanya lampin pakai buang aku letak bersama pakaian anak kecil di dalam bakul plastik. Janji tersusun kemas. Tapi yang ini lagi bagus. Selain di jadikan bekas yang berguna, boleh pula di jadikan sebagai hiasan di sudut bilik. Tentu akan menjadi sesuatu yang menarik perhatian dan mencantikkan susana dam memudahkan keadaan.



Siapa saja yamg membuat rekaan ini sememangnya seorang yang tinggi daya imaginasinya. Hanya menggunakan kotak terpakai boleh jadi sesuatu yang berguna dan cantik pula tu. Memang terpaku aku melihatnya. Siap dengan cermin lutsinar di bahagian tengah untuk melihat kandungan kotak untuk mengetahui sekiranya hampir kehabisan.

Cara Buat DIY Bekas Lampin Pakai Buang Kreatif!!!


Bahan-bahan:

Kotak yang muat isi lampin pakai buang
atau kertas tebal yang sesuai di buat kotak

Pembalut kotak - samaada kertas pembalut hadiah 
atau pun kertas berwarna-warni yang sesuai

Guntting
Gam
Plastik lutsinar

Hiasan di kehendaki - samaada lace, butang. benang etc

Cara-cara:

- Dapatkan sebuah kotak yanng bersesuaian ataupun buat sebuah kotak yang luas permukaannya sedang elok untuk di letakkan lampin pakai buang. Paras ketinggian kotak tu elok sedang-sedang saja untuk di sesuaikan dengan jumlah lampin yang ada.

- Buat lubang di bahagian bawah hadapan kotak untuk mengeluarkan pampers secara automatik dan buat juga sebuah lubang yang akan di letakkan plastik lutsinar untuk melihat kedudukan lampin.

-  Pastikan ada pelapik kotak di bahagian bawah. Balut kotak dengan kertas pembalut hadiah atau kertas warna- warni. Gamkan setiap tempat yang sepatutnya. 

- Pada bahagian tetingkap dan bahagian lubang untuk mengambil lampin, gamkan dan lipat dengan kemas ke bahagian dalam bekas.

- Gunakan plastik lutsinar yang biasa di gunankan untuk membuat folio untuk membuat tetingkap lutsinar itu. Gamkan ia dan tampal dari dalam kotak atau bekas.

- Cantikkan ia dengan pelbagai aksesori seperti tali berwarna, benang warna-warni, butang, lace dan apa saja yan cantik.  Boleh juga deko dengan tulisan nama anak. 

Wow...  cantiklah! Suatu idea yang sangat bagus. Nasib baik aku dah tak ada anak kecil. Kalau ada, sekejap ini juga aku cari barang dan bertukus lumus membuatnya. Sudah pasti boleh jimat ruang pakaian anak apabila hanya menggunakan kotak boleh susun canti-cantik di satu sudut bilik dan rumah... Ya tak?

Nak tengok  pelbagai informasi di blog ini... klik SINI

p/s: Hasil kerjatangan sendiri, mestilah berbaloi-baloi dan jimat ruang, jimat duit!

#kredit che pah via Kelab DIY

2 comments:

Tq info yang menarik

menarik! boleh try nanti

http://shfyqhazhr.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...