Berkelah Di Pantai Tanjung Biru, Port Dickson.... Cantiknya Permandangan!

6:14:00 PM Noor Akma 3 Comments

Ini hanya cerita berkelah dan mandi laut kami sekeluarga yang menyeronokkan juga. Perancangan berkelah ini di buat tiba-tiba apabila anak-anak merungut tak kemana-mana waktu cuti ini. Jadi, perancangan bersama untuk ke tempat yang dekat dan sekejap sahaja iaitu Port Dickson.  Anak bujang ajak ke pantai Tanjung Biru, Port Dickson. Tempat tu juga di kenali sebagai  pantai Blue Lagoon. Aku pun mula  cari tau tentang pantai itu di Google.

Pantai Tanjung Biru, Port Dickson.... Cantiknya Permandangan!
Pantai Tanjung Biru, Port Dickson.... Cantiknya Permandangan!

Memang aku tak tau apa-apa tentang Pantai Tanjung Biru. Biasanya pergi ke pantai di Port Dickson mesti ke Teluk Kemang. Dah beberapa kalu kesitu beberapa tahun lepas. Anak bujang kata, pergilah pantai lain pula iaitu Pantai Tanjung Biru. Yang aku dapat dari Google mengatakan pantai ini tak sepadat pantai di teluk kemang. Tempat pun cantik dan agak bersih kata anak bujang sebab dia pernah pergi situ dengan kawan-kawannya



Ia juga di syorkan oleh penduduk tempatan kata satu laman web ini. Teruja aku dengan informasi yang aku dapat itu. Selepas itu aku mula lihat laluannya pula. Oh, jalan nak ke Tanjung tuan rupanya atau Cape Richado. Boleh tembus ke Melaka dari Tanjung Tuan ni. Kiranya dah sampai ke hujung Negeri Sembilan. Dekat je dengan Melaka ni... huhu!

Berkelah Di Pantai Tanjung Biru, Port Dickson.... Cantiknya Permandangan!


Aku berkelah bawa nasi lemak seperiuk. Sambalnya pula aku buat sambal tumis ikan bilis petai. Siap dengan iringan telur rebus, timun dan ikan bilis di goreng garing. Selain itu sebekas buah epal yang siap di kupas kukit dan di potong.  Ada lagi, en. suami beli 3 bungkus kerepek pisang dan ubi. 

Sambal aku masak pada malamnya. Waktu pagi baru masak nasi lemak. Nak kata lewat keluar rumah, rasanya sedang elok sahaja dalam 7.30 pagi tu. Tapi kami sampai di pantai Tanjung Biru tu dekat pukul 10 juga. Seperti di jangka, banyak kereta di Port Dickson. Jammed la jugak kawasan tu. Boleh di katakan kawasan di Port Dickson semuanya jammed. Nak kata apa, ramai orang bercuti lah katakan.

Berkelah Di Pantai Tanjung Biru, Port Dickson....
Berkelah Di Pantai Tanjung Biru, Port Dickson.... 

Dapat jugalah aku tempat nak hampar tikar letak barang dan makan-makan sambil berkelah di situ. Kalau di Pantai Teluk Kemang, jangan haraplah. Dengar cerita keliling pantai tu dah di pasang khemah berbayar. Nak tak nak, terpaksa duduk khemah juga. Inilah yang aku nak elakkan. Namanya kan percutian bajet je.... hahaha!

Pantai Tanjung Biru, Port Dickson.... Cantiknya!
 Pantai Tanjung Biru, Port Dickson.... Cantiknya!

Dengan tempat yang agak strategik aku dan en. suami terpaksa bergilir-gilir mandi sebab nak tunggu barang-barang yang di hampar tu. Tak apalah, biar anak-anak mandi puas-puas asal diorang senang hati. Kami ni dapat turun kelaut mandi sekejap sekejap pun jadilah. Seronok dan ceria sangat diorang. Belajar terapung dan berenang lah diorang... hehe!

Setelah puas mandi, dalam pukul 1 tengahari tu kami bersiap untuk pulang ke rumah dan dah selesai berkelah. Sebelum tu makan bekal kenyang-kenyang dan mandi air paip pula. Ramainya orang nak mandi dan bersiap di bilik air berbayar RM1 tu jangan cakaplah. 

Sampai di Shah Alam kembali dah hampir pukul 5 petang. Tapi ada satu kemalangan kecil yang tak akan dapat kami lupakan sampai bila-bila. Kenderaaan yang kami naiki iaitu van nisssan vannette tetiba berasap teruk. Kelam kabut kami turun dari van dengan muka pucat.  Takut van meletup je. Aku dan anak-anak perempuan tinggalkan suami dan  anak bujang dengan van di tepi jalan dan kami balik ke rumah naik grab.  

Nasib baik tak apa-apa. Kejadian tak jauh sangat dari rumah. Van tak  meletup dan bukan rosak teruk sangat. Van dah lama macam itulah. Masaalah wiring bateri kereta kata en. suami. Tapi agak bahaya juga. Mekanik  kereta yang di panggil itu pun kata kami bernasib baik kerana van tak terbakar hangus. Itulah kuasa Allah  yang melindungi. Alhamdulillah.

Inilah secebis kisah menyeronokkan apabila bercuti dan yang tak seronoknya  bila van rosak. Sekarang ini kita orang dah berkira-kira nak jual van dan gantikan dengan kereta pula. Lagi pun, kami dah tak berniaga lagi dan tak perlukan van itu. Tengoklah macam mana...huhu!

Nak baca kisah dan cerita di blog ini... klik SINI

p/s: Kisah suka duka bercuti setelah bertahun tak bercuti kemana-mana... huhu!

3 comments:

PeRdU cINta said...

Alhamdulillah dapat bawa anak-anak berkelah ya..
Syukur tiada apa-apa kejadian tidak diingini berlaku...

At-Tarmizi said...

wah seronoknya bercuti..van buat hal pula,mujur tak ada apa-apa =)

Azreen Sofia said...

I selalu kalau poergi PD wajib pergi Pantai Cahaya Negeri sebab cantik, tambah ada pulau burung dekat situ. Worth it. The best pantai in PD I guess

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...