05 April 2019

Resepi Ikan Siakap Masak Tiga Rasa Yang Mengundang Selera

Kali ini aku masak lauk ala-ala spesel sikit untuk juadah tengahari iaitu ikan siakap masak tiga rasa. Dah jemu asyik masak berlemak dan berkuah bagai, cuba masak yang ada kelainan sikit. Masak makanan yang biasanya jumpa di kedai makan saja. Resepi ikan siakap masak 3 rasa ini ni dalam kepala otak dan main campak-campak saja dalam kuali... hehe!

Resepi Ikan Siakap Masak Tiga  Rasa Yang Mengundang Selera
Resepi Ikan Siakap Masak Tiga  Rasa Yang Mengundang Selera

Cara masakannya biasa saja. Apabila di bayangkan, macam-macam rasa ada, sampaikan tiga rasa yang tersedia di dalamnya. Tiga rasa tu sebenarnya merujuk penggunaan bahan tiga jenis sos di dalamnya iaitu, sos cili, sos tomato dan sos tiram. Jangan tak tau... hahaha!

Ada aku pernah masak tiga rasa ni dengan ikan bawal tapi kali ini aku guna ikan siakap. Tak kisah nak guna ikan apa sebenarnya. Ikan kembung, ikan merah, ikan cencaru pun boleh tapi paling popular masak tiga rasa ini adalah ikan siakap dan ikan bawal. 



Masakan ini biasa di temui di restoran dan gerai tomyam. Masakan ini tak pedas langsung tapi biasanya ada di sertakan cili api yang di ketuk. Kalau nak pedas, kunyahlah cili api tu dalam mulut, gerenti pedas berasap. Untuk masakan ini aku tambah sikit cili kisar untuk rasa yang lebih ummpph!

Resepi Ikan Siakap Masak Tiga  Rasa Yang Mengundang Selera


Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh serbuk kunyit 
1/4 sudu teh garam halus
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 cawan sos cili
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos tiram
1/2 cawan air
1 biji cili merah
3 biji cili api
1 biji tomato
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit daun bawang- hiasan
*tambah sendiri 1 sudu makan cili kisar

Cara-cara:

Ikan di bersihkan dan di gaul dengan serbuk kunyit dan garam halus. Selepas itu di salut pula dengan tepung jagung. Seterusnya di goreng garing ke dalam minyak yang banyak. Seterusnya angkat dan letak siap sedia di atas pinggan hidangan.

Bawang merah, bawang putih dan halia di hiris halus. Cli merah di hiris menyerong. Tomato juga di hiris nipis. Daun bawang juga di hiris. Cli api di ketuk sedikit.

Setelah itu bawang merah, bawang putih dan halia di tumis sehingga wangi. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Jika mau, masukkan juga cili kisar. Kacau rata dan biarkan mendidih. 

Setelah itu masukkan cili merah hiris dan cili api. Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula. Bila hampir di angkat, masukkan tomato yang di hiris. Kacau sebati dan bolehlah di angkat.

Curahkan bahan sos ini di ke atas ikan. Tabur pula hirisan daun bawang. Bolehlah di hidangkan dan di makan bersama nasi putih untuk hidangan tengahari.

Resepi ini untuk seekor ikan tapi dalam gambar ada dua ekor ikan. Jangan silap faham pula, boleh juga buatkan untuk dua ekor atau berekor-ekor ikan lagi cuma tambah bahan lagi. Kami sekeluarga kalau buat seekor saja tak cukup. Maklum anak-anak dah remaja belaka.

Masakan lauk ikan yang mudah tapi untuk sekali hidangan sajalah. Makan waktu masa panas-panas memang sedap. Bila di simpan lama dah rasa tak garing.  Kalau dah tak ada idea nak masak apa, baru aku cuba masak lauk ini. Nampak mudah tapi renyah jugalah  Aku biasa makan di restoran tomyam selalunya lauk macam ini. Jarang buat. Sesekali buat sedap juga mengundang selera.

Nak tengok resepi di blog ini... klik SINI

p/s: Bolehlah... lebih suka yang pedas dan lauk yang berkuah..!

1 comment:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...