13 December 2017

Buat Bekas Pensil Dari Benang Bulu Untuk Anak

Kali ini, aku tunjuk proses mengait benang bulu menjadikan bekas pensil pula. Anak perempuan bongsu nak pakai bekas pensil ini untuk isi peralatan alat tulisnya nanti. Suka benar dia bila tengok dah siap. Cantik katanya bekas pensil ini walaupun pada aku nampak teruk. Buruk dan senget benget rupanya... hahaha!

Buat Bekas Pensil Dari Benang Bulu Untuk Anak
Buat Bekas Pensil Dari Benang Bulu Untuk Anak
Aku buat ni saja-saja sementara mood mengait tengah ada. Ada waktu-waktunya mood mengait tak ada, sampai berhabuk dan tunggang terbalik bekas benang aku ni terbiar. Begitulah, kadang-kadang bila timbul kerajinan memang laju membuatnya. Dah banyak juga benda yang aku buat menggunakan benang bulu ini. Tapi ini pertama kali buat bekas pensil. 

Buat Bekas Pensil Dari Benang Bulu Untuk Anak


Dulu masa rajin membuat ini, macam-macam benda pernah buat. Pernah buat alas meja, alas tv, dan macam-macam lapik lagi. Tapi masa anak masih kecil en, suami tak suka pakai alas ni. Katanya mengumpul habuk dan anak asyik bersin. Apa tidaknya, anak-anak suka menarik pelapik meja dan kerusi buat permainan campak-campak. 

Masa aku berniaga aksesori wanita, aku buat pin tudung dan keychain dari benang bulu  ni. Buat benda ni sambil menjaga gerai kecil aku tu. Bila bosan menunggu pelanggaan untuk membeli tu aku mengait dan aku jual di gerai itu juga. Boleh tahan jugalah jualan produk mengait aku tu.


Sekarang aku buat dan mengait ini sebagai hobi, itu pun bila ada rasa nak mengait. Ada lagi lebihan benang-benang masa aku berniaga tu. Benang itulah yang aku gunakan, tak adalah membazir. Tapi nak membuatnya pun kena ada masa dan mood. Kalau tak ada mood, tak menjadilah kerja... hehe!

Paten bekas pensil ni aku dapat dari youtube. Entah kenapa, tak sama rupa dengan paten yang asal. Hentam sajalah janji ada rupa bekas pensil. Anak boungsu aku pun suka sangat dengan bekas pensil ni. Katanya kombinasi warna pun cantik dan dia suka. Nak tengok video dari youtube tu .... klik SINI yer!

Nak lihat entri-entri aku tentang mengait @ crochet di blog ini... klik SINI

p/s : Nak buat satu lagi, bekas pensil untuk anak ketiga aku... tunggu ada mood la jugak... hihi!


2 comments:

  1. Pandainya sis mengait , bakat yang ada jangan disimpan.hehe , cantik bekas pensil tu

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...