03 October 2018

Masak Lemak Cili Api Telur Itik Campur Cendawan, Pegaga Dan Belimbing Buluh

Masak lemak cili api untuk kesekian kalinya. Buat masak lemak ni, berulang kali setiap minggu pun tak apa, en. suami suka sangat-sangat. Nak tau, inilah lauk yang paling di gemarinya untuk di buat masak lemak cili api. Iaitu masak lemak cili api telur itik. Campuran sayur lain tu, ikut suka nak letak apa saja sayuran pun boleh... hehe!

Masak Lemak Cili Api Telur Itik Campur Cendawan, Pegaga Dan Belimbing Buluh
Masak Lemak Cili Api Telur Itik Campur Cendawan, Pegaga Dan Belimbing Buluh

En. suami beli telur itik dengan pegaga. Belimbing buluh dengan cendawan tu bahan sedia ada lebihan di gunakan dalam masakan beberapa hari lepas. Letak sekali dalam masakan masak lemak cili api ni, menjadikan masakan ini lebih sedap dan terangkat.... haha!



Cara masak dan bahan-bahan masak lemak cili api macam biasa dan tak ada bezanya pun cuma kena berjaga-jaga untuk memecahkan telur dalam periuk yang sedang mendidih. Kalau tak di pecahkan betul-betul, telur tak akan menjadi seketul cantik di dalam kuah masak lemak. Inilah cabarannya masakan ini.

Masak Lemak Cili Api Telur Itik Campur Cendawan, Pegaga Dan Belimbing Buluh


Bahan-bahan: 

5 biji telur itik
2 cawan santan pekat
1 ikat pegaga
1 paket kecil cendawan tiram
10 bii belimbing buluh
17 biji cili api
1 inci isi kunyit (besar ibu jari)
2 biji bawang merah (kecil)
1 batang serai
1 keping asam keping
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara: 

Telur itik di bersihkan dari kotoran, basuh dan ketepikan. Pegaga di bersihkan dari akar dan batang kerasnya dan dibasuh bersih. Cendawan di siat-siat dan di bersihjkan. Belimbing pula di belah dua dan di bersihlan juga. 

Cili api di tumbuk bersama isi kunyit hingga lumat. Setelah itu tumbuk lagi bersama bawang merah dan bawang putih. Serai di titik hujungnya dan daun kunyit di carik-carik sahaja.

Selepas tu masukkan bahan tumbuk kedalam periuk bersama serai dan daun kunyit. Masukkan juga secawan santan pekat dan secawan air. Masukkan sekali asam keping. Didihkan periuk bersama bahan-bahan itu. Seterusnya masukkan sayur iaitu pegaga, cendawan dan belimbing buluh.

Sentiasa kacau bahan di dalam periuk untuk mengelakkan santan berketul dan pecah minyak. Setelah mendidih lagi perlahankan api ke tahap paling kecil. Pecahkan telur dengan berhati hati ke dalam masakan. Kacau juga perlahan-lahan agar ketulan telur tidak pecah kuningnya dan bersepah serta santan tidak pecah minyak.

Masukkan secawan lagi santan serta perasakan dengan garam dan gula. Kalau nak lebih berkuah, boleh tambah lagi air. Kuatkan kembali api dapur macam biasa. Letak garam dan gula sedikit demi sedikit sambil merasa bahan masakan untuk memastikan mendapat rasa yang bersesuaian. 

Bila rasa bahan sudah masak dan bergaul rata dan telur pun masak menjadi ketulan sebiji-sebiji, bolehlah di angkat. Hidangkan untuk lauk tengahari. 

Makan sepinggan dua memang tak cukup. Hingga menjilat pinggan akan kelazatannya. En. suami dan anak-anak sangat suka masakan ini. Buat selalu pun diorang suka. Nasib baik aku dah mahir masak lauk orang Negeri Sembilan ni. Sebab aku orang Negeri Perak.... huh!

Nak dapatkan pelbagai resepi masakan kampung di blog ni... klik SINI

p/s: Untuk yang nak kurang pedas, sila kurangkan jumlah cili api yer... Kami sekeluarga memang kuat pedas... :)

1 comment:

  1. sedap nyer.
    cendawan. pegaga... belimbing buluh.
    wow. kombinasi terbaik lauk ni.

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...