22 October 2018

Resepi Pajeri Epal Hijau | Sedap, Lain Dari Kebiasaan....

Terdetik hati nak buat pajeri epal hijau apabila terfikir nak masak lauk biasa tapi ada sentuhan kelainan sikit. Pernah lihat di FB ada orang masak lauk ini. Kebetulan beberapa hari lepas ada beli buah epal hijau untuk makan cicah kicap. Ada lagi baki buah tu di peti ais. Maka terjadilah pajeri epal hijau ini.

Resepi Pajeri Epal Hijau | Sedap, Lain Dari Kebiasaan....
Resepi Pajeri Epal Hijau | Sedap, Lain Dari Kebiasaan....

Biasa orang buat pajeri nenas ataupun terung tapi selain epal hijau, buah kedondong dan juga buah mangga muda. Semuanya pasti sedap dan membuka selera belaka. Buah epal hijau yang masam-masam manis ini sangat padan dengan rasa pajeri yang lemak pedas ini.... huiyyo!

Resepi macam buat pajeri yang biasa yang aku buat saja, tak berubah apa-apa. Cuma bahan utama yang biasa itu saja yang di tukar dengan buah epal. Resepi turun temurun main campak-campak dari keluarga aku sejak azali lagi. 



Tak susah mana pun nak membuatnya. Kerisik boleh beli saja di kedai runcit. Bukan macam dulu-dulu kena kukur dengan tulang empat kerat. Kemudian goreng dan tumbuk. Sekarang ini senang, sap-sap sui saja... haihhh!

Resepi Pajeri Epal Hijau


Bahan-bahan: 

4 - 5 biji epal hijau 
2 biji bawang merah 
1 ulas bawang putih 
1 inci halia 
2 sudu makan ikan bilis atau udang kering 
1 paket kecil serbuk kari kari ikan 
1 paket kecil kerisik 
1 sudu makan cili giling 
2 cawan santan 
1/2 cawan air 
Minyak masak secukupnya 
Garam dan gula secukup rasa 
Sedikit rempah 4 sekawan 
( kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga dan bunga lawang) 

Cara-cara : 

Epal hijau dibersihkan, di buang kulit dan di belah 4 atau 6. Bawang merah, bawang putih, halia ditumbuk lumat. Tumbuk juga ikan bilis/udang kering separuh lumat. 

Tumiskan rempah ratus bersama bahan tumbuk. Bila dah wangi, masukkan cili giling. Masukkan pula serbuk kari dan air. 

Tumis sampai pecah minyak. Masukkan kerisik dan santan. Bila dah dah mendidih masukkan epal. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Boleh tambah air ikut kesesuaian samada nak pekat atau cair. 

Bila epal dah empuk, bolehlah diangkat dan dihidangkan untuk makan tengahari atau malam. Makan dengan nasi panas... Nyum-nyum sedapnya!

Inlah saja resepi yang lain dari kebiasaan seadanya yang aku masak beberapa hari lepas. Terasa sungguh masam manis epal  dan kegebuan lembut buah epal itu. Sedap dan menggiurkan tekak tau. Dah jadi juadah yang biasa di buat sekarang ni....

Nak tengok dan cari resepi  di blog ini... klik SINI

p/s : Boleh juga masak pajeri epal hijau ini di campur nenas. Mana tau takut seisi rumah pelik pula nak makan epal hijau dengan nasi. Awal-awal mencuba resepi ini dulu aku buat macam tu. Sekarang dah tak kisah, buat pajeri epal hijau saja...

2 comments:

  1. Wow, speechless dah ni. Boleh dibayangkan camana lazissnya nih, orait. Kena try.

    ReplyDelete
  2. saya share ye resepi ni . hope dihalalkn yea ..

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...