09 January 2019

Limau Kasturi Banyak Khasiat Dan Patut Di Amalkan Menggunakannya Dalam Kehidupan

Limau kasturi ini selain sedap di gunakan dalam pelbagai masakan dan minuman juga sangat banyak khasiatnya dalam perubatan dan sewajarnya di gunakan dalam kehidupan. Ramai yang hanya menggunakan buah limau kasturi ini dalam masakan dan minuman sahaja tetapi tidak dalam kehidupan harian. Oleh itu kena ambil tahu 1001 khasiat limau kasturi ini.

Limau Kasturi Banyak Khasiat Dan Patut Di Amalkan Menggunakannya Dalam Kehidupan
Limau Kasturi Banyak Khasiat Dan Patut Di Amalkan Menggunakannya Dalam Kehidupan

Pokok limau kasturi ini di katakan berasal dari Filipina, tersebar di seluruh asia tenggara iaitu  tumbuh di kawasan  tropika. Di Amerika  ia di panggil calamansi. Ia sering dijadikan minuman sejuk bersama air batu dan di percayai mampu menyejukkan badan dan menghilangkan dahaga dengan lebih berkesan.




Di dalam perubatan Melayu, limau kasturi jarang di gunakan sebab yang biasa digunakan adalah limau nipis. Ia lebih banyak di gunakan dalam masakan melayu. Tetapi ketahuilah limau kasturi tak kurang juga khasiatnya yang boleh merawat pelbagai masaalah dan penyakit. Oleh itu jom semak khasiat limau kasturi yang diamalkan oleh orang dulu-dulu dalam merawat beberapa masalah kesihatan.

Limau Kasturi Banyak Khasiat Dan Patut Di Amalkan Menggunakannya Dalam Kehidupan


- Merawat Batuk
Campurkan jus limau, kicap dan garam. Minumlah setiap pagi sebagaimana meminum ubat batuk yang biasa iaitu sesudu setiap pagi sehingga batuk sembuh.

- Merawat Demam
Petik 2 - 4 genggam daun limau kasturi. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk di tuamkan pada pesakit yang demam. Caranya dengan basahkan kain pada air rebusan lalu ditempelkan pada dahi pesakit.

- Pening Kepala dan loya
Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut. Seterusnya sapu cecair itu di hidung.

- Lelah
Ambil sesudu madu, kemudian campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi. Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi. Amalkan cara ini seminggu sekali.

- Perut Buncit
Perahan limau kasturi yang di campur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya'allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis.

- Menghilangkan Kelemumur
Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau kasturi. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.

- Rambut Berbau
Ambil beberapa biji limau kasturi dan hiriskan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening dan menyejukkan kulit kepala.

Bagusnya limau kasturi ini. Buahnya kecil dan comel sahaja tapi banyak khasiat. Banyak yang dapat di jimatkan jika mengamalkan dan mempraktikkan kegunaan bahan-bahan alami yang mudah di dapati ini dalam kehidupan. 

Nak dapatkan tips dan informasi di blog ini klik SINI

p/s: Sedap buah ini bila makan dengan asam boi.. hehe!

#sumber SINI
#pic fr google

2 comments:

  1. Banyak khasiat limau kasturi ni kan.. suka minum air yang dicampur dengan limau kasturi. Jadi lebih sedap.

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...