20 January 2019

Tomyam Ayam Yang Penuh Dengan Sayur-Sayuran... Sedap!

Kelmarin aku masak lauk tomyam ayam bersama dengan sayur-sayuran. Ayam tu hanya buat syarat sahaja. Sayur-sayuran yang lebihnya. Bukankah kami sekeluarga nak membudayakan makan lebih sayur-sayuran dalam hidangan iaitu 'suku suku separuh. Jadi kenalah bijak mempelbagaikan hidangan sayuran itu agar tidak jemu untuk di  makan.

Tomyam Ayam Yang Penuh Dengan Sayur-Sayuran... Sedap!
Tomyam Ayam Yang Penuh Dengan Sayur-Sayuran... Sedap!

Salah satu caranya masak hidangan tomyam ayam yang lazat dan penuh dengan sayur-sayuran berkhasiat ini. Asyik makan sayur yang di buat ulam, sayuran goreng dan sayur rebus jadi menjemukan juga. Kalau di buat tomyam lebih berperisa masam-masam tu lebih sedap dan lazat.

Tomyam yang penuh dengan sayuran ini sebenarnya ikut sendirilah nak letak sayur apa dan banyak mana kuantitinya. Tapi biarlah sesuai dan sepadan dengan perencah tomyam yang di sediakan itu. Sayur yang aku masukkan adalah, bunga kobis, carrot, cendawan, seleri. Kalau nak di tambah kobis, putik jagung, brokoli, sawi pun boleh juga. Tak ada salahnya.



Resepi sama saja dengan tomyam yang biasa. Hanya campak-campak dan rebus-rebus semuanya dalam periuk besar. Senang sangat kerjanya. Rahsia membuat tomyam yang sedap baru aku dapat tahu adalah letak sedikit sos tomato dalam kuah tomyam untuk lebih berperisa lazat. Aku dah cuba cara inidan hasilnya tomyam lebih sedap dari biasa... hehe!

Tomyam Ayam Yang Penuh Dengan Sayur-Sayuran... Sedap!


Bahan-bahan:

3 keping kepak ayam
1 paket pes tomyam adabi
7 biji cili api
2 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 sudu makan sos tomato
Bunga kobis
Carrot
Cendawan
Seleri
1 biji tomato
4 keping daun limau purut
3 biji limau kasturi
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

Kepak ayam di potong kecil dan di bersihkan. cili api di ketuk pech-pecah sedikit. Serai di ketuk hujungnya. Halia dan lengkuas di ketuk menjadi pecah-pecah. Bawang besar di hiris nipis.Bawang putih di ketuk pecah-pecah juga.

Sayur-sayuran iaitu bunga kobis, carrot danseleri di hiris. Cendawan pula di siat kecil. Kuantiti sayuran ini ikut sendiri dan banyak mana yang sesuai untuk di makan. 

Isikan periuk dengan sedikit air dan renihkan hingga mendidih bersama kepak ayam, serai, halia, lengkuas, cili api, bawang putih, bawang besar dan daun limau purut yang buang urat yang keras dan di koyakkan. 

Apabila sudah mendidih, masukkan pes tomyam adabi bersama sos tomato. Tunggu ia mendidih sekali lagi dan masukkan sayur-sayuran. Seterusnya masukkan air sebanyak mana yang di mahukan. Seeloknya secukup tinggi sedikit dari kedudukan paras sayur-sayuran itu.

Perasakan dengan garam dan gula. Biarkan benar-benar mendidih. Masukkan tomato yang di belah empat atau enam. Tutup api dan masukkan jus limau kasturi daripada 3 biji limau kasturi. Kacau sebati dan bolehlah di hidangkan untuk makan tengahari dengan malam.

Sedap di makan bersama sambal belacan dan ulam timun. Bertambah-tambah nasi apabila memakannya. Inilah resepi tomyam yang meriah dengan sayur yang sangat di sukai oleh seisi keluarga aku. Sedap sangat kata anak-anak.

Nak dapatkan pelbagai resepi di blog ini... klik SINI

p/s: Makan kuah tomyam ini dengan meehoon pun sedap juga.

3 comments:

  1. boleh try resepin ni nanti.. sedapp..😋

    ReplyDelete
  2. Adoilah.. lama tak buat tomyam.. Sedap pula tengok entry ini..

    ReplyDelete
  3. Sedapnya .. Ccl suka tomyam sayur . Suka lebihkan kobis bunga dalam tomyam

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...