23 January 2019

Wajah Dan Suara Seperti P. Ramlee? Taklah 100% Sama Tapi Bolehlah....

Viral wajah dan suara seperti P. Ramlee semenjak dua menjak sekarang ini. Ramai yang teruja dengan rupa dan suaranya yang mirip P. Ramlee. Sejak dulu ramai yang pernah meniru suara dan gaya P. Ramlee ini. Bila sudah di tiru ada juga yang hampir sama. Ada pula pertandingan pernah di anjurkan untuk mencari bakat yang wajah dan suara seperti P. Ramlee. Walaupun tak 100% sama tapi bolehlah...

Wajah Dan Suara Seperti P. Ramlee? Taklah 100% Sama Tapi Bolehlah....
Wajah Dan Suara Seperti P. Ramlee? Taklah 100% Sama Tapi Bolehlah....

Aku membesar dengan filem-filem P. Ramlee. Dulu-dulu masa aku sekolah rendah tiap-tiap malam minggu mesti ada filem P. Ramlee di siarkan di TV1. Masa tu mana ada TV3. Setengah jam sebelum siaran dah tunggu depan TV. Punyalah teruja sebab zaman tu tak banyak cerita bahasa Melayu. Sudah jadi macam panggung wayang pula apabila jiran tetangga menumpang tengok sama... hahaha!



P. Ramlee sudah tinggal kenangan tapi filem dan lagu-lagunya tetap di minati dan di sukai ramai. Tak terkecuali aku yang juga meminati dan menyukai lagu-lagu dan filem-filemnya. Sudah tentu juga aku minat dengan figuranya iaitu P. Ramlee. Apabila ada klonnya yang menyanyi lagu-lagunya  aku juga teruja. 

Wajah Dan Suara Seperti P. Ramlee? Taklah 100% Sama Tapi Bolehlah....


Dulu ada Muslee Ramlee tapi dah lama tak dengar cerita. Kini ada pula Fairuz Misran yang juga menyerupai P. Ramlee. Fairuz Misran ini adalah juaran Bintang P. Ramlee 2012 rupanya. Kiranya sudah lama dia berkecimpung dalam dunia seni ini. Sejak menjadi viral bulan lepas, barulah dia menjadi popular di seluruh negara. 

Bolehlah para peminat P. Ramlee mengubati kerinduan kepada seniman agung ini apabila ada klon menyerupai P. Ramlee ini. Bagaikan  pelanduk dua serupa, begitulah yang boleh di katakan kepada Fairus Misran apabila di katakan mirip Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Suara dan raut wajah dengan gaya rambut dan potongan misainya saling tak tumpah dengan seniman agung yang disegani itu.

Fairus Misran berasal dari Sabah dan kini menetap di Labuan. Beliau berniaga membekalkan makanan di kapal laut, masih aktif menyanyi dengan menerima undangan membuat persembahan di sekitar Kota Kinabalu dan beberapa tempat di Kuala Lumpur. P. Ramlee sememangnya tiada ganti, cuma yang ada yang menyerupai wajah dan suara saja. Jadilah... 

Nak lihat pelbagai informasi si blog ini, klik SINI

p/s: Teringin nak tengok klon P. Ramlee ini menyanyikan lagu-lagu baru versi 60an  untuk lebih malar segarkan suara P.Ramlee tu.... hahaha!

#kredit FB Fairuz Misran

2 comments:

  1. P.Ramle tiada galang gantinya..seniman terhandal Malaysia

    ReplyDelete
  2. Walau muka sama suara seakan-akan sama tapi tetap tidak dapat menandingi seniman hebat itu.

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...