12 January 2019

UNIFI Bagi Turbo Speed To 100 Mbps. Laju Ke Idok... ??

Aku sudah lama berlanggan Wifi Unifi ni. Sudah lebih 5 tahun aku setia dengan Unifi  ini. Awal bulan ini  dapat email dari Unifi mengatakan aku dapat tawaran turbo speed to 100 mbps. Wah.. betul ke ni? Turbo speed to 100 mbps tu, berdesuplah lajunya kalau gitu.... yerk!

Turbo Speed To 100 Mbps.....
Turbo Speed To 100 Mbps.....  

Aku sebenarnya tak kisah sangat pasal kelajuan wifi internet aku ni. Tapi anak bujang sorang aku ni sangat kisahkan perkara ini. Dia ni suka main game di handfon. Boleh jual pula tu game bila sudah mencapai ke satu tahap yang bagus pada orang. Aku pun tak tahu apa caranya tu. Tapi boleh dapat duit lah katanya. 



Jadi, aku tunjukkan email dari Unifi ni pada dia. Suruh dia godekkan dan uruskan apa yang di perlukan untuk mendapatkan kelajuan 100 mbps tu. Bukan aku tak boleh buat sendiri. Sementelah ada dia yang boleh di harapkan, aku serahkan pada dia kerja-kerja renyah ni. Banyak kerja lain aku nak buat, misalnya update blog... hehe!

UNIFI Bagi Turbo Speed To 100 Mbps. Laju Ke Idok... ??


Rupanya router yang aku pakai ini tak support 100 mbps yang Unifi nak bagi tu. Jadi, solutions nya aku kena tukar router yang baru. Kiranya router yang aku pakai ini dah ketinggalan zaman. Unifi bagi free kalau aku terima syarat dia dengan kontrak 2 tahun. Kalau tidak, kena bayar harga router tu lebih kurang dalam RM200. 

Aku pilih teruskan kontrak dengan Unifi ni. Ala, 2 tahun saja pun, pejam celik dah sampai bertahun-tahun. Aku pun tak bercadang nak tukar ke mana-mana talian internet lain rasanya. Hari minggu lepas datanglah pekerja Telekom tukarkan router baru. Semacam canggih router baru ni. Dulu router ada 2 sesungut. Sekarang dapat router dengan 4 sesungut (arial).

UNIFI Bagi Turbo Speed To 100 Mbps. Laju Ke Idok... ??
UNIFI Bagi Turbo Speed To 100 Mbps. Laju Ke Idok... ??

Anak bujang aku inilah yang check router internet ini di rumah dan seterusnya berbincang dengan pekerja Telekom di website diorang. Seterusnya menetapkan temujanji bila nak datang. Namun begitu, mestilah dia rujuk aku untuk apa-apa yang bersangkutan. Selesai sudah semua hal Turbo Speed To 100 Mbps dengan jayanya

Masa pekerja Telekom tu pasang, dia tunjuk boleh mencapai sampai 300 mbps. Tapi bila aku check sekarang, nak dapat kelajuan 100 mbps jarang sangat berlaku. Satu lagi kelajuannya tak stabil sangat kata anak aku. Tapi bolehlah tu. Dulu hanya setakat 10 mbps saja. Yang penting data adalah unlimited kouta.. Tak gittew!!

Sukalah anak-anak bila internet dah laju berdesup ini. Yang anak bujang boleh main game tanpa tersekat-sekat dan anak-ana perempuan boleh tengok cerita Korea tanpa tersangkut-sangkut  lagi. Aku tak kisah, asal boleh blogging dah cukup happy. Siap aku pesan pada anak-anak, asal jangan terabai kerja dan pelajaran sudah... !

Nak baca catatan aku di blog ini klik SINI

p/s : Macam-macamlah Unifi punya strategi, tak nak pelanggan dia tukar ke wifi lain. Aku tak tukar, ehhh!!

No comments:

Post a Comment

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...