02 April 2019

Cara Peyimpanan Udang Yang Betul Dalam Peti Sejuk Untuk Kekal Segar

Cara Peyimpanan Udang Yang Betul Dalam Peti Sejuk Untuk Kekal Segar | Untuk mengekalkan kesegaran bahan makanan yang dibeli adalah sesuatu yang agak mencabar. Lebih-lebih lagi barangan basah yang baru di beli di pasaraya, pasar malam ataupun pasar harian. Kali ini aku nak kongsikan cara penyimpanan udang yang betul supaya tetap segar untuk dimasak kemudian hari.

Cara Peyimpanan Udang Yang Betul Dalam Peti Sejuk Untuk Kekal Segar
Cara Peyimpanan Udang Yang Betul Dalam Peti Sejuk Untuk Kekal Segar

Kebiasaannya  ramai orang akan membeli barang dapur dan kering dengan kuantiti yang banyak kerana tidak dapat pergi membeli belah setiap hari. Ayam, ikan dan udang akan di sumbat ke peti sejuk untuk kegunaan beberapa hari atau seminggu atau pun sebulan. Untuk barang basah cara penympanan kena betul agar rasa segar dan sedap di masak.



Barang  makanan basah ini contohnya seperti udang, sekiranya tidak di simpan dengan betul rasanya sudah tidak segar dan lazat seperti semulajadi. Kemungkinan udang itu untuk rosak dan tidak boleh di makan juga ada. Jadi, kenalah di simpan dengan cara yang betul walaupun berada di dalam peti sejuk.

Cara Peyimpanan Udang Yang Betul Dalam Peti Sejuk Untuk Kekal Segar


Segera simpan udang yang dibeli dalam peti sejuk
Udang akan cepat membusuk apabila dibiarkan pada suhu bilik. Jadi, segerakanlah simpan udang yang sudah dibeli ke dalam peti sejuk untuk melambatkan proses ‘membusuk’.

Simpan udang dalam bekas bertutup
Simpan udang dalam bekas bertutup untuk mengelakkan pencemaran udara dan menghalang pertumbuhan bakteria. Bahagikan udang untuk setiap hidangan untuk lebih selamat.

Bersihkan udang sebelum disimpan
Sebenarnya, mana-mana cara boleh sama ada cuci dahulu atau simpan terus dalam peti sejuk. Tetapi, lebih baik bersihkan udang dahulu.

Tabur garam
Cara lain pula, sebelum menyimpan udang, tabur garam untuk kekalkan kesegaran malah masakan akan lebih lazat.

Perhatikan kesegaran udang daripada tekstur dan baunya
Selama menyimpan udang dalam peti sejuk, perlu juga pantau kesegaran udang. Udang yang masih segar isinya kelihatan padat, tidak berair, tidak lembik dan baunya tidak menyengat.

Jangan kupas kulit udang untuk disimpan
Elakkan kupas kulit udang untuk disimpan dalam peti sejuk kerana akan mengurangkan kesegarannya. Hanya kupas kulit udang sebelum dimasak sahaja.

Udang sedap di masak sambal tumis, masak lemak cili api, di buat rencah bersama sayur atau mee dan meehoon serta pelbagai lagi hidangan yang sedap dan lazat. Sekiranya membeli uddang, boleh ikut cara ini untuk menyimpan udang agar kekal segar. Semoga cara ini akan membantu mengekalkan kesegaran udang supaya tahan lebih lama.

Untuk mendapat pelbagai tips dan informasi di blog ini, klik SINI

p/s: Aku yang alergik dengan makanan laut seperti udang ini, sesekali melantak jugak... sedap!

#kredit makanlena

5 comments:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...