13 December 2019

Keadah Intermittent Fasting Dan Diet Suku Suku Separuh Yang Aku Praktikkan, Menjadi...

Setelah aku berjaya meurunkan berat badan hampir 20kg, ada beberapa orang yang nak aku nak tahu bagamana aku buat sehingga boleh turun berat badan. Tiada apa yang istimewa sebenarnya yang perlu di ketahui dari kaedah intermittent fasting dan diet suku suku separuh yang aku praktikkan selama 5 - 6 bulan ini. Diet santai saja aku bersama kaedah intermittent fasting dan diet suku suku separuh ini mudah sajalah.. !

Keadah Intermittent Fasting Dan Diet Suku Suku Separuh Yang Aku Praktikkan, Menjadi...
Keadah Intermittent Fasting Dan Diet Suku Suku Separuh Yang Aku Praktikkan, Menjadi...

Perkara paling utama hanyalah kesedaran dan keazaman pada diri sendiri yang perlu di terapkan. Seterusnya mengamalkan gaya hidup yang sihat ini dengan konsisten tanpa bertangguh lagi. Seperti orang lain, aku sudah lama teringin mengurangkan berat badan tapi tak menemui cara yang sesuai. Ada saja cara diet yang tidak memuaskan hati dan tidak sesuai dengan cara hidup aku.



Kalau diet kena tinggal nasi memang tak sesuai dengan aku. Diet yang kena masak berasingan dengan masakan untuk seisi rumah pula menambah beban kerja dan memenatkan. Satu lagi, biasanya selagi tak siap kerja rumah dan kerja penulisan untuk satu hari tu, aku tak kisah pasal makan. Jadi kaedah intermittent fasting(IF) ini memang serasi dengan aku. Samada aku buat 16/8 ataupun 22/2 atau 23/1(OMAD)

Keadah Intermittent Fasting Dan Diet Suku Suku Separuh Yang Aku Praktikkan, Menjadi...


IF 16/8 aku adalah berhenti makan pukul 10 malam dan berbuka pukul 2 petang hari berikutnya. Ataupun 22/2 - 23/1(OMAD) iaitu berhenti makan pukul 10 malam dan berbuka pukul 8 atau 9 malam hari berikutnya. Bermakna waktu (eating window) makan untuk 16/8 adalah 8 jam dan untuk 22/2 - 23/1(OMAD) adalah 1 - 2 jam saja. Kenapa aku buat sehingga pukul 10 malam, sebab aku tak boleh tidur kalau perut kosong, waktu berjaga tak apalah... haha!

Kebiasaannya aku buat 16/8 ini hanya apabila keluar berjalan-jalan dan makan-makan di luar. Setiap hari aku akan usahakan buat kaedah IF ini sekurang-kurangnya 12/12 sahaja sehari. Terpaksa buat kaedah  12/12 ini hanya pada waktu makan kenduri biasanya. Tak apalah  itu hanya sesekali sahaja berlaku. Dalam kebanyakan masa, aku buat IF 22/2 - 23/1(OMAD) inilah.

Oh ya terlupa pula dengan diet suku suku separuh (SSS). Aku nak cerita cara permakanan pula dengan diet SSS ini. Aku buat diet SSS bersama dengan kiraan kalori sekali.  Seeloknya jangan kurang dari 1000cal tau. Nanti perut akan sentiasa berkeriuk-keriuk bunyinya. Paling penting minum air mesti secukupnya tau. Boleh minum air kosong masa buat IF atau minum  kopi atau teh tanpa gula. Entah kenapa, aku tak minat, suka minum air kosong jer....

Di sebabkan aku buat kaedah IF dan diet SSS, waktu makan itu boleh makan apa saja kecuali minum air manis dan makan makanan manis. Tapi masih boleh makan buah-buahan yang rendah kalori seperti epal, tembikai, oren, limau, dan beberapa jenis buah lagi untuk dapatkan rasa manis. Makan pula adalah dengan cara SSS iaitu suku protein, suku karbo dan separuh sayuran.

Antara contoh makanan Intermittent Fasting Dan Diet Suku Suku Separuh Yang Di Makan

Waktu makan pula sekiranya buat kaedah IF 22/2 - 23/1(OMAD) aku mulakan dengan makan overnights oat bersama buah-buahan. Setengah jam selepas itu aku makan nasi dengan ragam SSS seperti biasa. Sekiranya masih tak cukup kalori makan roti wholemeal. Terpulanglah nak cicah susu low fat atau buat roti bakar, sandwich, wanpaku atau seumpamanya. Pastikan masih di dalam landasan kalori iaitu 1000cal ke 1200cal intake. 

Sayur-sayuran yang biasa aku ambil masa makan SSS tu adalah Salad, Timun dan Tomato. Salad pun ada banyak jenis rupanya. Ada yang kerinting, ada yang purple ada yang bulat macam kobis dan ada yang panjang juga.Aku suka yang panjang tu, salad romanie namanya. Lebih sedap dan rangup.dari yang lain. Aku buat ulam saja sayur ni. Sesekali buat juga sayur-sayur rebus cicah sambal belacan.

Sekiranya aku buat kaedah  IF 16/8 tu biasanya terbabas diet SSS sebab masa yang panjang waktu makannya dan keluar makan makanan di luar tapi tak apa, cuba seboleh-bolehnya untuk sentiasa tak jauh dari landasannya. Tak minum air manis dan makan benda-benda manis melainkan buah-buahan. 

Aku seboleh-bolehnya ambil nasi sekali sahaja dalam sehari dalam diet SSS ini. Waktu makan masa lain,  aku suka makan roti dan buah-buahan saja dan minum susu rendah lemak. Untuk protien aku makan apa saja contoh seperti ayam goreng, ikan goreng, ikan kuah lemak, ayam kari dan seumpamanya. Tak ada pantang larang atau tak boleh itu ini. Ini diet SSS, tak ada pantang lemak atau miyak yer....

Kejayaan Intermittent Fasting Dan Diet Suku Suku Separuh Setakat Minggu Lepas
Kejayaan Intermittent Fasting Dan Diet Suku Suku Separuh Setakat Minggu Lepas
Badan aku pun dah makin susut dan kelmarin pecah sudah ke angka 5 iaitu 59.9kg saja. Sebenarnya pun sejak akhir-akhir ini aku tak adalah tegas sangat dengan diet. Tak sangka masih boleh turun. Mungkin sebab aku masih atas landasan lagi walaupun sudah tidak terlalu berkira dengan kalori. Macam manapun aku tetap buat kaedah IF dan diet SSS dan makan nasi sekali sehari sahaja. Harap dapat bertahan sampai bila-bila.

Apa jua diet yang korang buat, kesedaran, kemahuan dan istiqamah itulah yang paling utama. Kalau tidak, apa jua diet akan menjadi sekerat jalan dan sia-sia. Buatlah kaedah IF dan diet SSS ini ikut kesesuaian gaya kehidupan sendiri. Kalau tak nak buat kaedah IF, buatlah hanya SSS sahaja pun boleh. Tapi penurunan berat agak lambat walaupun masih boleh turun berat. Terpulang pada diri sendirilah...  yer!

Tentang aktiviti senaman dan jogging jarang aku buat kecuali aktiviti mengemas rumah serba sedikit sahaja. Nak buat aktiviti luar jalan-jalan atau jogging di tasik tak berkesempatan sebab asyik hujan waktu sekarang ni. Dalam berdiet ini 80 peratus jaga permakanan dan hanya 20 peratus aktiviti fizikal jadi bolehlah besenam lebih kurang asalkan jaga permakanan.

Itu sajalah seba sedikit catatan kaedah intermittent fasting dan diet suku suku separuh yang aku praktikkan sekarang ini. Harap menjadi panduan kepada sesiapa yang baru nak bermula mempraktikkan kaedah IF dan diet SSS ini. Tak mudah dan dan tak juga susah. Diet santai-santai jer, sesekali makan saja apa yang craving....

Nak dapatkan pelbagai informasi di blog ini, klik SINI

p/s: Aku dah berjaya melepasi hingga ke tahap normal... korang pun mesti boleh kan!

3 comments:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...