31 December 2019

Resepi Ayam Goreng Sambal Masam Manis Yang Mantap Sedap!

Masak lauk ayam goreng yang tidak menjemukan langsung. Tapi asyik ayam goreng sahaja, tak boleh jadi juga. nampak macam aku ini sejenis yang pemalas lah pula. Jadi aku masak stail ayam goreng sambal masam manis pula. Ala, redah mana yang boleh untuk menyedapkan dan menggiurkan masakan. Ayam goreng sambal masam manis pun bolehlah,  janji anak-anak dan en. suami dapat ngap.. huhu!

Resepi Ayam Goreng Sambal Masam Manis Yang Mantap Sedap!
Resepi Ayam Goreng Sambal Masam Manis Yang Mantap Sedap!

Ayam masak cara bagaimana pun gerenti sedap dan di sukai ramai. Buktinya KFC tu sentiasa penuh dengan orang. Tak jemu-jemu makan lauk ayam. Satu sumber protin yang mudah. Apatah lagi di zaman ini harga ayam sama saja dengan harga ikan. Baik masak dan makan lauk ayam, lebih berbaloi. Bila jemu makan berlaukkan ayam baru sesekali tukar lauk ikan.. hehe!

Dulu-dulu ayam ini di kategorikan sebagai hidangan yang orang senang saja mampu makan. Nak merasa makan ayam kena tunggu hari raya atau kenduri kahwin ataupun bila nak sambut majlis tertentu. Kiranya masa tu, lauk ayam untuk orang berada saja. Orang miskin biasanya makan ikan dan sayur saja. Itu pun tangkap di sungai atau laut dan sayur tanam sendiri.



Resepi masakan aku ini main campak-campak dan agak-agak saja macam orang dulu-dulu. Tapi sebab nak tulis di sini aku pun main agak-agak sajalah menulis kuantiti bahan yang di masukkan dalam lauk masakan ini. Ikut suka koranglah nak mempelbagaikan masakan ayam goreng masam manis ini. Kita buat dia, pandai-pandailah sesuaikan rasanya ikut tekak sendiri... yer!

Resepi Ayam Goreng Sambal Masam Manis Yang Mantap Sedap!


Bahan-bahan:

6 ketul ayam
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 sudu besar cili kisar 
1 sudu besar cili sos
1 sudu besar tomato sos
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 biji bawang besar
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya
Sedikit serbuk kunyit dan tepung jagung untuk lumur pada ayam sebelum di goreng
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

Ayam di bersihkan dan di lumur dengan tepung jagung, garam dan serbuk kunyit. Goreng ayam sehinggga masak dan garing. Ketepikan di dalam pinggan yang sesuai untuk terus di hidangkan nanti.

Bawang merah dan bawang putih di cincang halus. Bawang besar di potong kasar. Tumis bawang putih sehingga hampir garing. Masukkan cili kisar dan goreng sehingga pecah minyak. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram dan sedikit air.

Renihkan bahan di dalam kuali dengan api kecil sehingga agak pekat. Seterusnya masukkan sedikit lagi air bersama bawang besar dan kacau. Tunggu sampai bawang merah menjadi layu dan sebati. 

Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.Selepas tu, bolehlah sambal masam manis ini di tuang ke atas ayam goreng untuk di hidangkan. 

Masakan ini lebih kurang masak sambal ikan tiga rasa. Apa salahnya masakan ini di aplikasikan pada ayam pula. Sedap dan membangkitkan selera apabila kegaringan ayam di gaul bersama sambal masam manis pedas ini. Terangkat tau!

Nak cari pilihan resepi lain yang pelbagai... klik SINI

p/s: Ayam goreng siapa yang tak suka. Buat dan masak tiap hari pun tak apa... huh!

3 comments:

  1. Ya Allah, laparnya tengok menu ni.. Aien blom makan lagi ni..*-*

    ReplyDelete
  2. Tu la kan, dulu orang makan ayam kaya. Sekarang orang makan ikan lak yg kaya. Ikan mahal sangat kat kedah ni

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...