20 January 2020

Jimat! Beli Dan Simpan Barang Basah Dalam Peti Ais Untuk Kegunaan Sebulan

Aku tengok satu idea ini dari sebuah FB iaitu FB Fieya Bakar berkenaan membeli barang basah sebulan  sekali dan susun dalam peti ais untuk kegunaan masakan selama hampir sebulan. Bagus juga idea beli dan simpan barang basah dalam peti ais untuk kegunaan  sebulan itu. Di sini aku nak kongsi idea beli dan simpan barang basah dalam peti ais untuk kegunaan sebulan di blog ini. Ini untuk aku jadikan rujukan di kemudian hari.... huhu!

Jimat! Beli Dan Simpan Barang Basah Dalam Peti Ais Untuk Kegunaan Sebulan
Jimat! Beli Dan Simpan Barang Basah Dalam Peti Ais Untuk Kegunaan Sebulan

Inilah perkongsian itu di bawah ini.... !

Untuk barang basah kami peruntukkan rm150 - rm200 je sebulan. Berbanding kalau beli kat pasar hari-hari memang akan over bajet gila la kan.

Eh segar ke ikan tu?
Eh tahan lama ke?
Eh manis lagi ke bahan tu bila masak?
Eh masih sedap ke?

Meh nak ajar ye.

Kalau salah mohon maaf. Tapi ku buat gini dari azali. Kihkihkih. Jimat wehh.

Daging

- 1- Kalau beli daging. Macam fie daging beli daging beku tu sekilo kat pasor besar baru sekitar rm24/kg. Cara nak bagi tak hilang manis daging tu. Balik terus la potong. Macam aku 2 bekas selalunya dihiris nipis. 1bekas aku hiris cube. In case nak masak daging masak itam mamak ke kan. Ha. Sambil kau hiris kau boleh pikir nak buat menu apa.

- 2- Jangan basuh ye daging. Lepas hiris terus masuk bekas tutup. Simpan.

- 3 - Nak masak. Keluarkan sebekas. Biar dia cair sendiri. Jangan gatai pi rendam air ke apa. Bila dah cair sendiri. Nak masak baru basuh bersih2. Ha cenggitu. Baru lah daging uolls tak keras jegung. Tak liat. Dan tak rase tawar. Elok je cek oii.

Ikan

- 1- Bergantung gak ikan apa kau borong. Macam aku semua ikan yang aku nampak aku beli selagi cantik lagi rupa dia. Macam dalam gambar. Aku borong ikan temenung, ikan cencaru, ikan siakap.


- 2 -Ikan cencaru, ikan siakap jangan isi air ye. Nanti hilang manis ikan. Sama macam ikan tongkol ikan nyok2. Ikan pari. Ikan patin.Kalau aku beli. Siang. Basuh. Then simpan tanpa bubuh air.

- 3 -Ikan temenung. Ikan sardin. Ikan sebelah. Siang bersihkan bubuh air hapus ikan. Nanti nak masak sama jugak. Jangan nak rendam air. Kecut ikan tu. Tak manis dah. Biar je dia cair sendiri. Sebelum simpan dah basuh bersihkan. Ha masak toskan je. Campak la nak masak apa pun.

Udang/sotong

- 1- Potong. Bersihkan. Letak air hapus paras udang/sotong/ikan kemudian boleh tutup kemas2 dan simpan.

- 2- nak masak sama gak macamku cakap kat atas tu hokeh.

Ayam/itik

Tak payah letak air. Kau basuh bersih2. Letak dalam bekas. Simpan. Siap. Nak masak kau rendam sekali bekas. Jangan rendam isi saje. Pucat ayam/itik tu nanti. Tawar lak.

Sekian.

Sumber: Fieya Badar

Jimat! Beli Dan Simpan Barang Basah Dalam Peti Ais Untuk Kegunaan Sebulan


Pada aku, taklah semua perkongsian dia ni aku nak ikut. Salah satu sebabnya peti ais rumah aku kecik comel jer. Jadi tempat bekunya pun amatlah kecil. Takkan muat nak sumbat lauk pauk ini banyak sebegitu. Sebab lain, tak larat pula ak menghadap bahan-bahan masak banyak begini untuk di potong dan di bersihkan sekaligus. Letih lepas balik shopping barang-barang tu tau.. hehe!



Aku dan en suami taklah  pula beli lauk pauk hari-hari. kebiasaannya 3 - 4 hari sekali samada ke pasar malam, pasar pagi, pasar tani atau pasaraya. Bila sekali pergi tu kami akan beli ikan atau sayur atau daging. Satu jenis sajalah barang basah dalam iaitu dalam kuantiti 1kg atau lebih sikit. Balik rumah, bersihkan dan asingkan untuk beberapa kali masak. Jadi dalam satu masa, taklah banyak sangat bekas lauk pauk basah di dalam peti ais. Hanya 4 - 5 bekas saja.

Lauk iringan yang mesti ada di rumah aku selain barang-barang basah semua itu adalah telur,  kentang dan ikan bilis. Kalau terputus lauk pauk barang basah, bahan iringan inilah yang jadi penyelamatnya. Selain itu ia di gunakan untuk menambah lauk yang ada iaitu seperti kentang di campur dalam masakan dan telur di buat telur dadar. 

Selagi boleh berjimat, cara ini memang menjimatkan masa dan duit. Cuma pada aku cara menyimpan tu tak adalah terperinci macam dia ni. nanti boleh tiru cara dia, Mana tahu mungkin lebih bagus lagi jadinya. Apapun terpulang pada diri masing-masing. Kalau rajin, boleh buat macam dia, kalau tidak ikut mana sukalah. gaya hiddup masing-masin takkan sama... haihh!

p/s: Perkongsian yang bermanafaat tapi kena ikut kesesuaian kehidupan juga... huh!

#gambar dan info dari FB Fieya Bakar

2 comments:

  1. aida normally beli ikan / ayam / sotong nii 3-4 hari sekali.
    sebab, ada hari kami tak makan haiwan2 tu.
    akan beli, cuci terus masuk fridge. maintain dgn freshness.
    sayur plak, akan beli bila nak masak. if not, nanti berakar kat dlm fridge :) ha ha ha ha...

    ReplyDelete
  2. nice idea tapi x penah cuba buat untuk sbulan. x muat peti hehe fridge kicik..
    selalunya sminggu skali. kdg2 yg lebihan sminggu dok ada lagi.
    tapi kitee sukala cara dia organize tu kemas je..

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...