20 July 2020

Sukatan Cawan Bahan-bahan Masakan Yang Wajar Ambil Tahu Apabila Tiada Penimbang...

Banyak resepi yang aku jumpa memerlukan menggunakan penimbang. Lebih-lebih lagi jenis kek dan biskut yang canggih sekarang ini. Ia membuatkan aku merasakan memasak ini menjadi leceh. Aku lebih suka memasak mengikut resepi yang menggunakan sukatan cawan atau sudu berbanding resepi yang menggunakan sukatan metrik. Di rumah aku ni ada alat penimbang, tapi tetap lebih suka menggunakan sukatan cawan dan sudu juga.. hahaha!

Sukatan Cawan Bahan-bahan Masakan Yang Wajar Ambil Tahu Apabila Tiada Penimbang...       
Alatan Masakan Sukatan Cawan 

Sebenarnya kalau kita menggunakan cawan kemungkinan kuantiti bahan tersebut adalah tidak tepat kerana cawan di rumah kita tidak sama dengan cawan orang lain. Lepas tu mula la merungut resepi yang diberi salah. Bengang gila apabila masakan tidak menjadi seperti yang di harapakan. Mesti pernah megalami situasi tersebut.. kan!



Di pasaran kini terdapat cawan dan sudu yang dikhususkan untuk menyukat. Alatan tersebut boleh di dapati di pasaraya atau di kedai-kedai kek. Aku sudah pun membeli peralatan tersebut untuk memudahkan aku menggunakan sukatan cawan dan sudu. Selepas ini tidaklah aku terperangkap lagi dengan sukatan yang tidak tepat. Lebih-lebih lagi setelah mengikuti carta sukatan di bawah yang aku dapatkan di FB yang di kongsi oleh Yatie Zelani.

Sukatan Cawan Bahan-bahan Masakan Yang Wajar Ambil Tahu Apabila Tiada Penimbang...


# SUKATAN TEPUNG

1 cawan = 125 gm
2 cawan = 250 gm
3/4 cawan = 90 gm
1/2 cawan = 65 gm
1/4 cawan = 45 gm
10 gm = 2 sudu kecil
3/4 cawan = 90 gm
2 sudu besar = 15 gm
2 sudu kecil = 10 gm

# SUKATAN GULA

1 cawan = 250 gm
2 cawan = 500 gm
3/4 cawan = 190 gm
1/2 cawan = 125 gm
1/4 cawan = 80 gm
1 sudu kecil = 10 gm
1 sudu besar = 15 gm

# SUKATAN CECAIR

1 cawan = 250 ml
3/4 cawan = 180 ml
1/2 cawan = 125 ml
1/4 cawan = 50 ml
1 liter = 1000 ml

# SUKATAN/MARJERIN/BUTTER

1 cawan = 250 gm
3/4 cawan = 190 gm
1/2 cawan = 125 gm
1/4 cawan = 80 gm
1 sudu besar = 15 gm
1 sudu kecil = 10 gm

Selain itu antara tips sukatan cawan yang perlu di ikuti adalah :

  • Apabila ingin menyukat tepung, ayak atau gemburkan dahulu tepung tersebut sebelum di sukat atau di timbang.
  • Sekiranya sukat tepung menggunakan cawan, elakkan menekan tepung kerana ia akan menjadi padat dan sukatannya akan berlebihan. Ratakan dengan menggunakan pisau dan tidak disukat membumbung.
  • Cecair boleh disukat dengan gram (gm) atau dengan mililiter (ml). 100 gm air adalah lebih kurang sukatannya dengna 100 ml.


Untuk yang baru berjinak-jinak dalam dunia masakan, sukatan cawan ini sangat membantu. Tidaklah terkial-kial menyukat menggunakan cawan biasa yang di gunakan di rumah. Bolehlah memasak dengan lebih yakin dam masakan pun menjadi dengan jayanya. Ini tidak, asyik tak menjadi saja.... hehe!

Nak dapatkan informasi dan tips bermanafaat klik SINI

p/s; Aku lah tu, masak kek asyik ke laut dalam. Gara-gara nak cepat dan sukat main agak-agak saja... huh!

#kredit info & pic fr Yatie Zelani

No comments:

Post a Comment

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...