31 October 2019

Tepung Kek dan Tepung Naik Sendiri, Dah Tahu Tak Payah Beli Siap Dah, Bila Nak Guna

Hari ini nak berkongsi maklumat antara tepung kek dengan tepung naik sendiri. Dulu selalu fikir tepung pasal apa tepung ini ada nama lain-lain. Kenapa kegunaannya berlainan dan apa yang di campur dalam tepung kek dan tepung naik sendiri tu. Pada aku yang cetek dengan ilmu baking berfikir tepung adalah tepung. Itu yang berlegar di fikiran. Payah nak fikir ni.... haihh!

Tepung Kek dan Tepung Naik Sendiri, Dah Tahu Tak Payah Beli Siap Dah, Bila Nak Guna
Tepung Kek dan Tepung Naik Sendiri, Dah Tahu Tak Payah Beli Siap Dah, Bila Nak Guna

Sebelum belajar untuk bab baking, elok la kita tahu serba sedikit tentang jenis-jenis tepung untuk yang ada di pasaran tu. Nak masak kek tapi kurang faham jenis-jenis tepung dan serabut dengan tepung membuat kek yang macam-macam jenis.  Ada dua jenis tepung yang kebiasaanya di gunakan membuat kek. Jangan terkeliru. Nanti lain kek yang jadi ataupun tak menjadi langsung.

Tepung Kek dan Tepung Naik Sendiri, Dah Tahu Tak Payah Beli Siap Dah, Bila Nak Guna

Tepung Naik Sendiri

Tepung naik sendiri (self raising flour) atau juga dipanggil tepung berserbuk penaik mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder / soda bicarbonate). Tepung jenis ini banyak dijual di pasarayaBerikut di di bawah adalah cara membuatnya sendiri dan tak payah lagi membeli di pasaraya.

Bahan:

500gm tepung gandum
7 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam

Cara:

Campurkan semua dan ayak sebanyak 3 kali dan dah siap tepung naik sendiri. Boleh simpan dalam bekas bertutup dan bila nak nak guna bolehlah menggunakannya tanpa was-was.




Tepung Kek 

Ia adalah sejenis tepung yang mempunyai kandungan gluten yang lebih rendah dengan terdapat sedikit tepung jagung didalamnya. Tepung ini juga dikenali sebagai tepung superfine. Kalau di pasaraya, tepung kek @ tepung superfine ni boleh didapati dibahagian yang menjual barang-barang baking. Selalunya dibungkus di dalam kotak.

Bahan:

3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung

Cara:

Ayak keduanya dan jadilah untuk secawan tepung kek. Kalau nak banyak buatlah lagi sebanyak mana kita mahu. Hanya satu resepi tepung yang mudah. Cubalah! 

Ada resepi kek menggunakan tepung naik sendiri Ada juga menggunakan tepung kek. Ramai yang tersilap cara dan silap tepung semasa membuat kek. Hasilnya kek tak menjadi seperti yang di harapkan. Selepas itu di salahkan pula resepi yang tak betul. Lain kali kena pastikan menggunakan tepung yang sebenar. Barulah kek menjadi cantik dan sedap seperti yang di harapkan.

Nak lihat pelbagai informasi di blog ini, klik SINI

p/s ; Sekarang dah tahu tepung kek dengan tepung naik sendiri berbeza .... so, pastikan betul-betul yek!

5 comments:

  1. buat kek ni best tp proses leceh la huhuhu. dan sy pun tak berapa pandai bab baking nii

    ReplyDelete
  2. info yang bagus .. saya baru tau camana nak buat .. kalau tak jenuh nak beli asing-asing .. padahal semua bahan ada

    ReplyDelete
  3. Laa, senang je. Syiok kalau pandai bab baking ni kan? ^^

    ReplyDelete
  4. ok boleh jimat banyak bahan-bahan dah ada dekat rumah

    ReplyDelete
  5. ammi tak pernah lagi guna self raising flour sbb memang letak sendiri baking powder dan baking soda tu.

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...