7 Perkara Yang Perlu Sebelum Masuk Dapur.....

10:46:00 AM Noor Akma 2 Comments


Dapat info ni tadi.... bacalah artikel ni, bagus sangat untuk kita alert keluarga tersayang kita tu. Peralatan yang betul selain memudahkan kerja, boleh mejaga keluarga kita dari segenap segi. Kebersihan, kesihatan dan yang pasti rasa mesti enak dan lazat. Ok, bacalah yer...

Makanan sihat sangat berkait rapat dengan proses penyediaan yang bersih. Jangan sampai terlepas pandang dalam soal penyediaan makanan pula, ya. Peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan perlu diambil kira. Kena bersih, sempurna bagi memastikan makanan yang disediakan terpelihara kandungan nutrisinya dan pencemaran juga dapat dielak.

Macam mana pun, anda wajib semak balik beberapa peralatan yang perlu diambil perhatian ketika di dapur...

1. Pisau Tajam
Guna pisau tumpul boleh menyebabkan bahan makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, daging atau ikan hilang sarinya. Pisau seramik ternyata lebih tahan lama dan tak perlu diasah untuk satu jangka masa yang lama. Menjadi pilihan kebanyakan chef kerana membantu mengekalkan rasa, aroma, struktur atau warna makanan. Satu lagi kelebihan pisau seramik ialah ringan!

2. Papan Pemotong
Tak cukup hanya satu pemotong tetapi tiga. Satu khusus untuk sayur-sayuran atau buah-buahan (lebih-lebih lagi yang dimakan segar), papan pemotong kedua untuk memotong daging atau ikan dan papan pemotong ketiga untuk kuih muih dan roti. Pengasingan ini membantu mengelakkan pencemaran bakteria salmonella yang mengganggu kesihatan. Papan pemotong yang diperbuat daripada kayu adalah pilihan sesuai dan tepat.

3. Kuali/Periuk Tak Lekat
Alatan ini juga membantu anda mengawal pemakanan kerana hanya beberapa titis minyak sahaja yang diperlukan ketika menggunakannya. Ada kalanya, langsung tidak diperlukan. Bagus untuk kesihatan anda, bukan?

4.Pengukus
Teknik mengukus ialah cara terbaik penyediaan makanan sihat. Selain memelihara nutrisi makanan, ia juga membantu mengekalkan rasa asli makanan tersebut. Pastikan anda memilikinya di rumah untuk penyediaan makanan yang lebih sihat, okey!

5.Pengisar
Pengisar, peralatan wajib ada dalam penyediaan makanan berkisar yang segar dan berkhasiat! Pengisar jus juga mesti ada di rumah. Memang anda boleh membeli jus di luar tetapi khasiatnya sangat kurang berbanding anda menyediakan sendiri di rumah. Oh, ya! Bersihkan peralatan pengisar dengan berus khusus supaya ia boleh mencapai segala kekotoran yang mahu dibersihkan. Kemudian, keringkan dengan sempurna.

6. Penimbang
Mungkin tak ramai ada alat ini di dapur tapi alat ini amat penting bagi anda yang sedang melalui program penurunan berat badan. Sangat berguna bagi memastikan jumlah bahan yang digunakan tepat untuk jadual pemakanan anda. Selain itu, ini perlu bagi memudahkan anda mencuba pelbagai resipi yang sesuai dengan komposisi makanan yang tepat.

7. Bekas Makanan
Bekas makanan kaca atau plastik yang bebas BPA penting untuk anda memastikan penyimpanan makanan dalam keadaan baik. Bahan-bahan makanan juga tidak mudah tercemar dan kekal segar seperti potongan sayur, buah mahu pun lauk-pauk yang anda simpan untuk makan tengah hari atau malam.

p/s : Info yang bagus dan sangat menarik kan?..... sharing is caring.. :)

#kredit SINI


2 comments:

Maria Firdz said...

Nice sharing... Bab pisau tajam tu memang setuju sangat...

YieN said...

Semua ade kecuali no.6, hehe~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...