Password Mudah Ingat, Yang Mudah Digodam 2015.....Hati2 Yer!

10:49:00 AM Noor Akma 3 Comments



Hati2 dengan password kita di laman sosial atau perbankan online. Pencerobohan akaun mudah berlaku jika kita tidak berhati2. Pakar keselamatan telah mengesyorkan agar kita semua supaya menggunakan kata laluan yang panjang, mengandungi nombor serta abjad dan memasukkan huruf besar. Tapi tu lah.... kalau panjang sangat cenderung lah jadi pelupa.

So, kata laluan yang baik adalah penting untuk mengelakkan maklumat atau data peribadi kita jatuh ke tangan individu yang tidak bertanggungjawab. Pilihlah password yang bersesuaian, yang mudah di ingati, yang susah di cerobohi dan paling penting selamat. Sensitif isu ni dan wajar di ambil berat.

Berikut adalah 25 senarai kata laluan paling  mudah dicerobohi pada tahun 2015....
  • 123456
  • password
  • 12345678
  • qwerty
  • 12345
  • 123456789
  • football
  • 1234
  • 1234567
  • baseball
  • welcome
  • 1234567890
  • abc123
  • 111111
  • 1qaz2wsx
  • dragon
  • master
  • monkey
  • letmein
  • login
  • princess
  • qwertyuiop
  • solo
  • passw0rd
  • starwars
Jangan pilih kata laluan diatas tau. Gunakanlah kata laluan atau prasa sehingga 12 aksara atau lebih dengan mencampurkan huruf kecil, huruf besar dan nombor. Elakkan menggunakan kata laluan yang sama dengan web-web berbeza. Contohnya satu kata laluan digunakan untuk Facebook, Twitter dan Maybank2u.

Kalaulah merasakan kata laluan yang digunapakai sekarang tak selamat, tukarlah kepada yang lebih selamat untuk mengelakkan maklumat anda terdedah kepada individu yang tidak dikehendaki.  Bila maklumat kita dah bocor dan akaun laman sosial  dah terdedah rumit sungguh kehidupan kita nanti. Berhati2lah sentiasa....

p/s :  jika menggunakan kata laluan seperti diatas, cepat-cepatlah tukar sebelum terlambat....



3 comments:

kena tukar kalau guna password mcm nie kan

izzeyda said...

kalau banyak sangat password nak kena ingat, maunya boleh jadi pelupa..

Nice sharing. Thank you^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...