Tapak Tanah Teratak Kasihku....

10:12:00 AM Noor Akma 0 Comments



Pagi semalam tuan2 tanah melawat tanah yang bakal didirikan rumah nanti.... Berbincang nak pecah geran, tukar status, nak tambak tanah, tebas belukar dan semak samun yang ada.... nak bina rumah le katakan...  Teratak kasih kami sekeluarga... :)

Gambar di atas tulah kawasannya....Laluan yang nampak tu lah laluan ke tapah rumah yang  bakal ku diami nanti. Tanah sebelah tu sedang di tambak dan di ratakan untuk  pembinaan rumah nanti. Tanah tapak rumahku dah dimampatkan hampir 10 tahun lalu. Tinggal tebas je semak samun, buang pokok kelapa sawit tu.... dah boleh buat rumah.

Besar harapan ini agar pembinaan rumahku  akan dilakukan secepatnya..... agar sebelum menjelang hujung tahun ni boleh tinggal di rumah baru.... Moga segalanya berjalan dengan lancar dan menjadi kenyataan. Aminnnn...............!

p/s : Dari tapak tanah yang semak tu dapatlah ku kutip secekak dua pucuk ubi yang tumbuh meliar kat situ.... Tengahari semalam bergulai lemak ciki api pucuk ubi le kami sekeluarga.... huhu!

*****************************
Vote mimpi indahku ini.. please!
klik SINI 

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...