Pemandu Ajar Cara Guna Apps Grabcar Dengan Betul...

1:28:00 PM Noor Akma 0 Comments

Sekarang ni aku dah tahu guna apps Grabcar bila nak kemana-mana kini. Sebelum ni rajin juga aku naik Grabcar ni tapi anak perempuan aku yang uruskan dengan apps dari telefon dia. Beberapa hari lepas beberapa kali aku terpaksa guna apps Grabcar tu sendiri. Anak perempuan aku dah sambung belajar, jadi terpaksa buat sendiri. 

Pemandu  Ajar Cara Guna Apps Grabcar Dengan Betul...
Pemandu  Ajar Cara Guna Apps Grabcar Dengan Betul... 

Ini cerita beberapa hari lepas, aku ambil perkhidmatan Grabcar nak pergi beli barang @ shopping. Biasalah tempat  yangg aku tinggal ni tak boleh letak alamat terus dalam apps. Carian google hanya detect jalan besar berhadapan tempat ni  saja. Puas aku cuba, memang tak dapat. Aku ada terfikir juga, macam mana pemandu Grabcar nak cari lokasi aku selain dengan menelefon. 

Ini di sebabkan aku tak betul-betul memahami cara  guna apps lagi. Jadi aku di sekolahkan dek pemandu Grabcar yang aku naik tu. Katanya boleh letak sedikit info dalam apps tu. Hanya klik di bahagian 'Notes to driver'  tu dan tulis alamat atau informasi di mana lokasi penumpang. Senang sangatlah, kan!

Contohnya, kalau di pusat membeli belah, biasanya banyak pintu keluar dan tak semestinya keluar dan menunggu di pintu depan saja. Bolehlah penumpang letak sedikit nota kawasan mana tempat menunggu. Samada pintu depan, kiri atau kanan. Tidaklah pemandu terpaksa pusing keliling pusat membeli belah dan menghubungi penumpang. Dah jimat masa dekat situ, lebih-lebih lagi di kawasan yang sesak. 

Selain tu, ada juga bahagian di apps tu yang membolehkan mesej dengan pemandu. Di sudut kanan bahagian bawah apabila apps telefon penumpang bersambung dengan apps telefon pemandu. Tak perlulah pemandu menelefon penumpang dah. Jimat kredit pemandu... heh!

Aku tak marah pun pemandu tu sekolahkan@ ajar aku tu, malah sangat berterima kasih dengannya. Aku bagi 5 bintang lagi kat dia. Anak perempuan aku tu ada ajar serba sedikit sebelum ni tapi tak sampai habis rupanya. Hanya setakat macam mana nak dapatkan harga promosi bila menggunakan perkhidmatan ini saja. 


Pada yang belum tahu tentang nak dapatkan promosi, aku beritahulah sikit. Kadang-kadang bila buka je apps tu ada keluar notis @ notification. Kalau tidak pun klik garisan 3 baris di sebelah kiri apps. Cari notification dan dapatkan promosi tu dengan taip kod promosi dengan klik tulisan 'Promo'di sebelah kiri tengah apps ni. 

Nilaian harga  yang perlu di bayar akan berubah serta-merta. Nanti bayar ikut harga yang tertera di situ. Sesekali bila ada promosi, boleh naik percuma saja Grabcar ni bila promosi tu dah meliputi kos tambang.  Itu yang seronoknya menggunakan perkhidmatan Grabcar ni. 

Selepas ni makin bertambah rajin lah aku keluar ke sana-sini. Ada aku tanyakan pemandu tu, kalau ada tol  macam mana,  siapa yang kena bayar. Pemandu tu beritahu, biasanya penumpang yang bayar. Oh yeke, tak kisahlah .. Belum naik yang melepasi tol lagi... nantilah.. huhu!

Nak baca berbagai informasi di blog ni... boleh klik je SINI

p/s : Apapun kos menaiki Grabcar dan satu lagi perkhidmatan macam ni, jauh lebih murah dari teksi yang biasa tu.....


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...