Resepi Kuih Badak Berendam Versi Kuih Koci, Stail Sendiri Tau...

12:46:00 PM Noor Akma 0 Comments

Teringin makan kuih koci tapi terjadi kuih badak berendam pula... Pelik tapi itu yang terjadi pada masakan aku ini. Kuih ini aku panggil begitu sebab kalau kuih badak berendam yang biasa aku buat di kukus. tapi yang ini berlainan sekali. Versi stail sendiri punya. Tak taulah cara orang lain pernah buat macam ni kot atau panggil nama kuih lain ... hihi!

Resepi Kuih Badak Berendam Versi Kuih Koci, Stail Sendiri Tau...
Resepi Kuih Badak Berendam Versi Kuih Koci, Stail Sendiri Tau...

Terjadinya macam ni sebab aku nak buat kuih koci. Tapi tak dapat cari daun pisang sebab kalau tak ada daun pisang macam mana nak balut kuih koci tu. Dah beberapa kali pesan en. suami kalau pergi pasar, belikan daun pisang. Tapi tak di belinya sampai ke sudah. Pergi pasar malam lagi la tak jumpa daun pisang.. hmmm!

Jadi, tergerak hati nak buat kuih koci berkuah, ala- ala kuih badak berendam gittew!. Kuih ni inti macam kuih koci juga iaitu kelapa gula merah. Kuahnya buat bagi rasa masin-masin manis sikit. Barulah terasa lemak kuahnya tu, Nak bagi pekat kuah tu campur sikit tepung jagung. 

Kuih tu selepas di letak inti bulat-bulatkan macam biasa dan rebus dalam air mendidih macam buat kuih buah melaka. Bila kuih terapung dan menandakan dah masak, angkat dan letak dalam kuah yang telah di masak terlebih dahulu. 

Resepi Kuih Badak Berendam Versi Kuih Koci, Stail Sendiri Tau...
Resepi Kuih Badak Berendam Versi Kuih Koci, Stail Sendiri Tau...

Senang sangat membuatnya tapi ada 3 langkah yang perlu di buat. Nak resepi mudah yang tak terjangka ni, di sini di sertakan. Sayugia di ingat, resepi ini di buat tak tak ada sukatan yang tepat. pandai-pandailah laraskan ikut kehendak sendiri yer...!

Bahan-bahan:

Untuk inti:
2 cawan kelapa parut
1 cawan gula merah
2 sudu besar gula putih

Untuk Kuah:
2 cawan santan pekat
2 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam halus
1 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan air

Untuk kuih badak berendam:
1/2 paket tepung pulut
Air secukupnya
Secubit garam

Cara-cara:

Untuk membuat intinya kacau kelapa parut, gula merah, dan gula putih di dalam periuk dengan api yang kecil. Kacau sehingga inti menjadi sebati dan bergaul serata. Dah siap bolehlah di sejukkan.

Untuk membuat kuahnya pula, campurkan santan pekat bersama gula dan garam halus di dalam sebuah periuk. Di sebuah bekas, cairkan tepung jagung bersama air sehingga tidak bergentel. Campurkan sekali ke dalam periuk dam masak di atas api sehingga kuah menjadi pekat. Ketepikan

Untuk membuat kuih badak berendam @ kuih koci pula, Campurkan tepung pulut dengan air dan garam sehingga menjadi doh yang boleh di bentuk. Masukkan air sedikit demi sedikit agar adunan tak menjadi lembik.



Selepas tu ambil sedikit doh, bulatkan sebesar bola pingpong dan leperkan sedikit. Dengan berhati-hati, masukkan inti dan tutup perlahan dengan cermat agar inti tak terkeluar. Buat sehingga habis. Sediakan bekas yang di tabur tepung untuk meletakkan bebola adunan yang telah siap.

Sementara tu didihkan air dalam sebuah periuk. Masukkan bebola kuih ke dalam air panas itu. Apabila bebola timbul, bolehlah diangkat dan masukkan ke dalam kuah yang telah disediakan sebelum ni. Buat sampai habis. Dah selesai, tunggu sejuk....bolehlah di hidangkan. 

Alhamdulillah, lepas kempunan aku nak makan kuih koci. Anak-anak pun suka sangat. Berkali-kali mengulang makan. Lepas ni nak cari tepung pulut lagi. Buat ini pun dari tepung pulut lebihan buat kuih buah melaka bulan puasa ari tu. 

Nak tengok resepi dari blog ni... klik SINI tau.

p/s:  Resepi sedap yang tak terungkap asalnya tak dapat daun pisang jer... !


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...